Assalamualaikum w.b.t
Uhuk uhuk. Alhamdulillah, minggu terakhir Januari dapat
kifarah dosa. Batuk+tonsil bengkak+demam+selsema+sakit kepala. Hebat betul.
Siap dapat MC dua hari. Seronok betul dapat MC.Tapi, terpaksa abaikan MC untuk
berjihad di sekolah. Wah, baik tak saya? Huhuhuh~
*Kalau bukan dikenangkan kita ini budak sains, dah lama cuti seminggu.
Well, Sabtu minggu lepas, tak ingat berapa haribulan,
pandai-pandai lah kira. Ada kenduri lagi. Woha, ramai betul orang kahwin, kan.
Kenduri anak sepupu lagi. Kenduri sendiri lambat lagi, kan. Kali ini, anak
sepupu saya itu lelaki. Amar namanya. Muka bleh tahan handsomenya. Saya pergi
kenduri sebelah pengantin perempuan dekat Felda Sungai Tekam Utara, Jerantut.
Kira jauh jugaklah dengan Kuantan. Saya dan famili sampai lambat, sebab salah
jalan. Famili yang lain ramai dah balik ke negeri masing-masing.Almaklumlah, famili-famili
sebelah abah ramai yang menetap di negeri yang bersekolah pada hari Ahad.Tak
apalah, asalkan jumpa juga dengan pengantin.
Masa kami sampai, ada lagi family abah,
tapi, tak ramai. Orang yang datang kenduri pun dah tinggal berapa orang sangat.
Apa yang buat saya suka, pengantinnya pakai jubbah putih, berkopiah.Isteri dia
siap pakai niqab a.k.a purdah. MasyaAllah, sweet sungguh. Eh, bukan yang ini
nak difokuskan. Sebenarnya nak fokuskan, kenduri sebelah perempuan ini sangat simple,
sederhana betul. Tak ada pelamin,tak ada makan beradab bagai. Simple sangat. Biasanya,
kenduri sebelah perempuan mesti grand-grand. Ada pelamin bertingkat, kek pun
nak jugak bertingkat-tingkat. Tapi, kenduri yang ini, macam kenduri sambut
menantu. Orang melayu, biasanya, kenduri menyambut menantu yang simple mimple.
Suka saya tengok. Perangkaan perbelanjaan yang sangat bijak. Cer tengok gambar
kat bawah. Handsome kan?
Mungkin tak nampak sangat lah handsome nya sebab dia tak
fotogenik. Hehe~ memandai je aku.
Tapi memang betul, tengok muka dia secara live, tenang saja.
Umur baru 23. Actually, both of them, student UPSI, dalam bidang kimia. Pengantin
perempuan muda setahun dari Amar. Amar pulak tahun ni baru nak grade. Suka hati
aku je panggil Amar.Tak mengapa, anak sepupu,kan.
Jangan nak label saya gelenya ya, asyik update pasal
kenduri. Haip, bukannya saya dah ada semangat untuk kahwin. Bukan,bukan. Saya Cuma
nak fokuskan, perkara tersirat dari kenduri-kenduri yang saya hadiri.
Kebanyakan orang kita sibuk bermegah-megah, nak buat kenduri tak nak kalah
dengan artis.Kalau nak sangat ada pelamin, lantak lah , asalkan jangan mengada
nak bersanding pulak.Tak salah ada pelamin, tengok pada kegunaannya juga. Kalau
setakat tempat untuk ambil gambar, it’s okay. Bersanding, hanya adat. Adat itu
pulak menyerupai adat agama lain. So, buat apa kita praktikkan lagi adat yang
macam itu?Tak salah ikut adat.Tapi, tengok dulu adat itu molek ke tidak. Biarlah
kita bersederhana, baru Allah suka. Nak Allah suka ke, orang yang datang
kenduri suka? Grand tak grand majlis kahwin tu, balik-balik kahwin jugak. Ikatan
itu yang penting.
Suami
Isteri
Saksi
Wali
Akad
Cukup lima, barulah ikatan itu sah. Remaja-remaja sekarang,
nak kahwin, kononnya nak elak maksiat. Mereka perlu tahu, kahwin bukan untuk
seronok-seronok saja, tapi, disebalik ikatan itu, ada satu tanggungjawab besar
yang perlu dilaksanakan.
Nasihat untuk remaja-remaja dan diri sendiri yang juga
remaja, sabar-sabar lah dulu. Bukan masanya. Jangan pernah mulakan langkah
kecil ke arah zina. Couple satu langkah ke arah zina, tahukah anda?
Update awal bulan ini, bukan sibuk nak fokus pasal kahwin
semata-mata. Maklumlah, Feqah, bab
1,Tingkatan 5 pasal Talak. Banyak cerita ustaz keluarkan. Dari situ,
saya sedar tentang banyak perkara. Tapi, malaslah pulak nak huraikan apa yang
ustaz cerita. Apa yang penting, kita kena jalankan tanggungjawab kita sebagai
hamba Allah, anak dan pelajar.Fokus, fokus dan fokus.
Habis cerita pasal kenduri dan perkahwinan, saya nak selit sikit bab exam.
Alhamdulillah, setakat ini 2G, 2 A-, 1B.'Seronok' weyh (T_____T) dapat gagal, rasa macam diuji betul walaupun soalan-soalan dia sikit sangat dan bukan semua bab yang masuk. Tak mengapalah, bersyukur dan redha je lah apa adanya. Masih ada
waktu. Banyak lagi subjek yang tak ada result lagi. Harap yang lain tak gagal dah.
Ini permulaan. Setiap nikmat itu bermula dengan musibah.Hehehehe.
Result total,nanti-nanti lah saya update. Bukan untuk
menunjuk hebat atau menunjuk bodoh, tapi, untuk pengajaran kita semua. Biar
jadi motivasi untuk kita. Tengah rajin beri nasihat. Huhhuhu.
Akhir kalam, (ayat nak lain sokmo), fikir dulu sebelum buang.Kaitan? ggrr~
nope,nope. Fikir dulu sebelum berkata-kata. Kata-kata menggambarkan siapa diri kita.
(Rasanya tak ada kaitan langsung dengan update kali ini, tapi, tak apa, pesanan umum,untuk diri sendiri dan readers.Ayat budak sakit tekak memang cenggini. Geeeee~)
Till then,see ya.
anak siapa nabelle?
ReplyDeleteanak kak ma, kak ma tu anak che su yah, akak abah.
ReplyDelete