Assalamualaikum


Saya harapkan doa sejahtera daripada sesiapa yang yang baca blog yang simple-mimple+sengal ini. Insya Allah, saya balas doanya kembali.Matlamat blog ini diwujudkan adalah untuk menjadi medium penceritaan sebahagian perjalanan hidup saya, perkongsian pendapat dan juga menjadi tempat penyimpanan cerpen saya.. Just wanna share.Sharing is caring, caring is loving. :D

Be katang, eh?


January 19, 2013

Kenduri,Exam,Baju,Tudung


Assalamualaikum!

Muqaddimah:
Hari ini rasa seronok sebab dapat jalan-jalan lepas exam diagnostik tingkatan 5 yang baru saja habis semalam. Jalan-jalan dekat Muadzam Shah je pun.Tadi, tak sempat habis kelas Bio,dah kena gerak. Ada jemputan kenduri anak datuk mana entah(ada aku kesah datuk siapa?harhar)

Actually, anak sepupu saya yang kahwin dengan anak datuk.Anak sepupu saya tu perempuan.Sepupu saya tu pulak umur dah lebih kurang abah jugak lah.Almaklum lah, big family. Tapi, nama je sepupu dan anak sepupu, kenal pun tak.Teruk kan ukhuwah masa kini? Ahahah *ketawa sinis~

Payahkan nak bersaudara dengan orang-orang kaya.Almaklumlah,kita kaya budi dan akhlak saja(berlagak pulak) :p.So, saudara-saudara saya yang kaya dan yang jenis bajet 2020, semua saya ignore, macam bukan saudara.Tapi,mana yang peramah tu, layankan saja.Saya bukan apa, kami jarang jumpa, umur jauh beza, macam mana nak rapat, kan? *alasan. . .


-Maaf, saya tidak suka bergaul dengan anak orang atasan/kaya yang bajet 2020. 
Bagi saya, ia agak tetttttttttt.(jawapan peribadi) :P-

Malas nak panjang cerita lah pasal kenduri tu.Back to exam.Fuh, memang soalan-soalan yang keluar, memang mantap!Nak nangis jawab sebab terlalu senang.Okey, ini antonim ya, tolong faham. geee...Dah boleh say bye-bye dekat kimia,fizik,bio dan addmath. Hurm.Nanti saya dah dapat result,saya update di blog ya.Macam la orang nak tahu sangat,huhuh.Tak mengapa, sharing is caring.Caring is loving,ehehehe.

Punya lah panjang muqaddimah. Layankan~

Isi:
Hakikat sebenar nak update kali ini, bukan nak sangat cerita pasal exam ataupun kegembiraan dapat on facebook hari ini(o.O?),tapi,nak cerita pasal perempuan,tudung dan berkemban. Huh, agak teruk bunyi dia.Seriously, saya betul-betul bengang, perempuan sekarang dah buta nak pilih baju macam mana nak dipakai. Agak-agak lah kan, nak melawa pun. Anda tahu tak macam mana baju berkemban?Dapat imagine? Tak payah beria nak imagine ya.Tengok saja gambar di bawah.




Perkara yang membuatkan saya rasa sakit hati tengok, yang pakai baju macam tu, perempuan bertudung!Tahu tak macam apa?Macam __________.Pandai-pandai lah letak apa di tempat kosong tersebut.Nak pakai baju molek-molek pun tak reti, nak kena ceramahkan ke baju apa kena pakai dengan baju apa yang tak boleh pakai?Nak cantik?Boleh, tapi pilihlah baju dengan baik.Ladies, jadilah bijak dalam memilih baju,bukan dalam pelajaran sahaja. Ingat cantik pakai macam tu?Serius,tak!

Pengajaran:
Jangan pernah nampakkan apa yang tak boleh nampak dengan apa yang boleh membuatkan orang nampak apa yang sebenarnya tak patut orang lain selain kita nampak.

Agak-agak boleh faham tak ayat ini?

Senang cerita,tutup aurat molek-molek.Memang kita tak perfect, tapi, kita patut jadi orang yang maju memperbaiki diri.Bukan sibuk berbuat salah atas alasan everybody are not perfect.Tolong ya, Muslimah generasi Y,X,Z, alfa dan seterusnya? Kita pasti boleh ubah apa yang patut diubah, sebab semua benda boleh berubah,kadangkala,perubahan itu berlaku tanpa sempat kita ubah pun.

Ayat budak tengah holiday memang memeningkan.

Ampun ya, update kali ini bukan nak cakap saya ini baik atau apa, cuma saya nak kongsi pendapat saya. Pakai macam itu tak boleh!Nak jugak pakai baju macam itu, boleh.Takkan tak boleh.Dah beli mahal-mahal kan.Caranya, pakai tudung yang labuh, yang boleh tutup design tu.Tak payah pakai tudung bulat pun tak mengapa, hanya pakai shawl atau tudung bawal, tapi, pastikan labuh kan sikit di depan,dibelakang pun jangan lupa labuhkan.Senangkan?Apa susah?Tak nak pakai tudung labuh, payah nak bergerak? Apa yang payah kalau kita buat itu untuk jaga maruah?Betul tak?

Satu lagi, peringatan kepada diri sendiri yang kerdil ini dan saudari-saudari se-Islam yang lain, kalau dah tahu tudung yang nak dipakai itu agak jarang atau nipis, berkemungkinan nampak leher atau telinga kalau kena pada cahaya matahari/lampu, sila-silalah pakai tudung kecil atau nama manjanya inner.Baru okey,kan?Ikutlah nak pakai tudung bawal,tak nak pakai tudung labuh, tapi, pastikan ciri-ciri dia betul-betul macam tudung labuh, yang boleh tutup aurat dengan sempurna.

Kengkadang, kita tak sedar tudung itu jarang, tapi, cuba bayangkan, kalau ada cahaya, nampak ke tak bahagian dalam tudung(anggota badan)?Kita tak perasan benda-benda remeh macam itu, tapi, kita mesti kena teliti perkara ini. Untuk kebaikan kita juga,sayang.

Penutup: Akhir kalam, Pilihlah cara pemakaian yang diredhai Allah.Semoga kita sama-sama mendapat redha-Nya, bukan murka-Nya.

:D
(Saya pun tak perfect juga, tapi, apa salahnya kita saling memperingatkan?)



~Kalau awak tak cantik macam princess pun, tetap nampak cantik dengan tudung,kalah princess kowt.Eh eh, salah.Cantik itu subjektif. Semua makhluk Allah cantik.kan?~

No comments:

Post a Comment