Assalamualaikum


Saya harapkan doa sejahtera daripada sesiapa yang yang baca blog yang simple-mimple+sengal ini. Insya Allah, saya balas doanya kembali.Matlamat blog ini diwujudkan adalah untuk menjadi medium penceritaan sebahagian perjalanan hidup saya, perkongsian pendapat dan juga menjadi tempat penyimpanan cerpen saya.. Just wanna share.Sharing is caring, caring is loving. :D

Be katang, eh?


December 26, 2011

Khabar 22/12/2011

Muhammad Danial, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Terengganu yang mengalami masalah autisme.



(Saya bangga dengan budak autisme ni.Dialah yang mendatangkan rasa insaf dan rasa kesyukuran yang tidak terhingga sampai pipi saya banjir mengingatkan kejayaan luar biasanya.)

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah...Malikiyaumiddin..Rezeki datang semua daripada-Nya.22/12/2011 adalah tarikh yang paling bermakna bagi saya.Nampaknya tarikh itu sudah banyak mengubah saya.Secara mental semestinya.Allah telah memberi apa yang terbaik untuk saya dan kawan-kawan.Calon PMR 2011 SMA Al-Khairiah yang berjaya mendapat 9A, 11 orang.Dua lelaki, sembilan perempuan. Saya datang ke sekolah agak lambat,dalam pukul 11.15 pagi...Pagi itu, hujan agak lebat.Sampai saja di dewan terbuka, terdengar Ustaz Syukri mengumumkan nama pelajar.Saya bertanya pada kawan yang terdekat.
"Cikgu umumkan apa nih?" saya bertanya dalam keadaan gemuruh.

"Budak yang disebut nih, yang dapat 8a.."

Saya betul-betul terkejut.Rasa nak tercabut jantung mendengarnya.Lepas ini, mesti pelajar 9A.Saya masa itu jugalah rasa nak menangis kerana dihambat rasa gundah.Mahu tak rasa bergelojak perut.Sepanjang ke sekolah pun saya tak henti berselawat dan membaca potongan ayat Kursi.

Sampai ke nama yang terakhir penerima 8A, iaitu rakan baik saya, Nurul Huda, Ustaz Syukri mula menyebut pelajar 9A. 1,2,3...Dan 4!Alhamdulillah...!Tiada apa yang boleh disebutkan lagi.Berjalan di tengah orang ramai rasa macam cuak dan segan.Naik pentas dan bersalam dengan Ustazah Rahmah.Masa itulah mata ini mula membaraikan empang air.Fuh...bergetarnya hati.Lepas dah turun dari pentas, saya terus menyusun langkah ke arah Abah, Ma, Along, Kak Jiji dan anak saudara, Wafa' dan Nuha.Dari kejauhan,saya dah nampak mata Abah merah dan berkaca.Dia pasti gembira sangat.Saya hanya tersenyum dengan juraian air mata yang langsung tak dapat ditahan.Masa itu jugalah baru teringat sapu tangan.Malu jugalah menangis depan orang.

Saya amat bersyukur.Tiada apa yang boleh disebut melainkan Alhamdulillah. Saya sebenarnya tidak percaya dengan keputusan yang saya dapat.Saya rasa agak teruk semasa menjawab kertas dulu.Tapi, syukurlah.Rezeki memang sudah disediakan.Memang ramai yang dapat keputusan yang tak kurang hebatnya.Saya memang rasa bangga dengan pelajar SMA Al-Khairiah, terutama rakan sekelas 3 Bukhari dan rakan seperjuangan yang lain.Apabila membuka akaun facebook, saya menanyakan khabar kawan lama.Boleh dikatakan semuanya mendapat keputusan yang baik.

Saya ada mengisi borang untuk ke KISAS dan SBPI yang lain.Tapi, saya rasa macam tak layak.Sebabnya, saya tak rasa 9a saya 'gemuk-gemuk'.Saya tak yakin dengan peluang saya untuk diserap ke sekolah kluster.Entahlah,biarlah Allah yang tentukan nasib saya dimana.Saya juga tak kisah kalau masih kekal di SMAKT, tapi, sudah pasti ada rasa terkilan.Satu famili mengharapkan saya pindah ke KISAS, mengikut jejak abang saya.Tapi,persoalannya, layak ke?Am I deserve for that?Kita hanya merancang.Allah yang tentukan, kerana Allah yang sebaik-baik perancang.Saya harapkan saya mendapatkan apa yang terbaik untuk saya, dan bagi saya apa yang terbaik itu adalah pindah sekolah.

August 16, 2011

cerita imtihan 2011

Cerita Imtihan

*sayasukabuku*
17 Ogos, satu masa untuk rasa tenang sedikit. Tak banyak ketenangan, sekelumit cuma. Haha, memang agak pelik kalau ada perhentian ditengah-tengah peperiksaan. Tiba-tiba rasa lega. Entahlah. Mungkin sebab kertas Sejarah dan Bahasa Inggeris dah lepas dijalani. Kalau senior, mesti akan cakap, "Relaks lah dik. Percubaan je kowt." Apa boleh terima ke nasihat take it easy macam tu?Itulah saya. Masa tingkatan 3 nak pulun beria-ia. Masa tingkatan 2 entah apa yang diangankan. Memang kalau diingatkan semua masa yang lalu, bodohnya tak menghargai masa! Pemikiran langsung tak terbuka. Tanpa tuisyen, hanya nak harapkan study group, membaca, dan membuat latihan...entah cukup entah tak. Harap 9A bukan sekadar mimpi.Memang nampak sukar untuk memperoleh keputusan sebegitu rupa kalau kurang persediaan. Sempat ke nak buat persediaan dalam masa sebulan?
Subjek yang sangat mengerikan : Sains
Kemahiran Hidup (ERT)
Sejarah
Geografi
Entah macam manalah boleh tersangkut subjek Geografi. Kalau calon PMR lain mesti cakap, "Hello, geografi kacang giler!" Ahah, kacang 'giler' bagi diri sendiri...Harap semuanya berjalan dengan lancar. Hari ini cuti nuzul Quran, dan Khamis, akan menduduki peperiksaan Matematik. Fuhh, boleh ke dapat A?Erm, boleh..kowt...
(tawakal lepas ikhtiar itu lebih baik..)

July 24, 2011

Curahat plus Kerbau Pendek

Hari ini, 24 Julai 2011...boleh dibilang dengan jari, hari menjelangnya trial exam untuk PMR...Sekarang, ruang untuk bernafas sudah terbuka sedikit setelah menjalani sesi seminar mathematics dan science. Pintu cahaya sedikit terbuka. Sebelum ini, kurang kepercayaan diri dan tidak semangat sering saja menakluki cara pemikiran. Alhamdulillah...Berbekalkan usaha, pertolongan guru, ma dan abah, kawan-kawan dan yang utama Allah tuhanku, Rabbi, Ilahi... Memang agak payah menjalani kehidupan remaja. Kadangkala,ada terselit rasa ingin kembali pada zaman kanak-kanak ribena...
Masalah itu menjadi imitihan hidup.Subhanallah, tidak kuat rasanya.Tekanan dari individu yang sangat tidak disenangi. Perkara itu menjadikan saya sedikit gusar untuk menjalani pembelajaran di sekolah. Saya cukup menghargai rakan-rakan yang terus membantu menenangkan fikiran dan mendukung saya untuk terus bersemangat belajar. Unggun amarah yang dicipta oleh individu yang kurang disenangi itu membuatkan nilai rasional saya sedikit tercabar...Mujur saja, Allah mengurniakan saudara serahim yang sudi mendengar curahat saya, serta rakan-rakan yang lain...Siti Aisyah, Atiqah Emran... Terima kasih sangat-sangat...!


Tutup kisah curahat. Kembali kepada kehidupan seharian. Pagi tadi, sibuk mencangkul di Pamah Kasih. Apabila sampai, sudah nampak kesan pijakan sejenis makhluk. Pokok jagung yang semangat bertunas telah dimusnahkan.Ah, sayangnya! Habis patah batang pokok jagung. Mujur bukan semua. Jiran sebelah memberitahu saya.

"Itu, kerja kerbau pendek. Kalau lembu mesti makan."

Saya yang agak kepanaan berasa pelik. Kerbau pendek?Apa itu? Anak kerbau ke?Kakak saya tersengih sambil berkata.

"Kena samaklah jawabnya." Terus tersenyum kambing.

Saya masih pana.Hah, kerbau pun kena samak ke?

"Kerbau pendek tu babi lah!"

Subhanallah. Pana betul. Benda senang macam itu pun tak dapat tangkap.Bengang jugalah rasanya. Ma yang melihat kesan 'sodokan' binatang itu pun menggeleng kepala. Kerbau pendek ni, teruk betullah!





June 18, 2011

cerpen: DALAM KOMA ( ada apa dalam koma?)

Semoga mendapat pedoman.Sayanglah diri kamu sendiri..

Cerpen:DALAM KOMA….
Malam itu hujan lebat.Petir berteriak kencang. Mereka meneruskan perjalanan meskipun keadaan jalan yang kurang geserannya tatkala hujan membasahi tar-tar berdebu itu. Masih ada kereta-kereta yang meneruskan perjalanan, seperti mereka berempat. Tetapi, nasib mereka memang malang. Esoknya, di dada akhbar tercetak, ‘Kemalangan ngeri libat treler dan dua kereta. Itu berita tentang mereka.
Aku Husna. Aku telah mati. Aku nampak kemalangan ngeri itu berlaku. Aku takut. Aku begitu teringatkan apa yang aku lakukan. Sebenarnya, perjalanan itu bertuju ke sebuah rumah teman aku untuk meraikan parti hari jadi. Aku tak rasa itu salah, jadi aku hanya mengikut kawanku yang lain. Memang takdir aku mati pada malam itu.
Aku sedar sebelum aku mati itu, aku tidak melaksanakan tugasku sebagai soerang umat Islam. Ya, aku tahu apa yang kau fikrikan, aku tidak melakukan tugasku iaitu solat! Meskipun aku bertudung litup menutupi dada dan pinggul, aku tahu aku masih tidak sempurna. Ah, aku juga tahu aku ini terdidik dengan pelajaran agama. Aku alumni Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Belajar dalam jurusan syariah. Kenapalah aku boleh menjadi seperti fasik begitu?
Malam itu, Aisya mengetuk pintu rumah aku. Malam itu tepat pukul 7.45 malam. Aku belum melangsaikan tugas maghribku.
“Husna, jomlah, ikut aku pergi parti Sheila. Hari ini kan birthday dia. Siaplah. Aku tunggu. Kau solat dululah.aku boleh tunggu.”
Aku hanya tersengih. Dalam benakku, aku teringat, parti itu turut dihadiri oleh Ilham, seorang lelaki yang sangat aku suka. Aku bergegas ke tingkat atas. Umi dan ayah aku bertanyakan ke mana aku pergi. Aku hanya bilang ke rumah teman. Tidak aku nyatakan untuk pergi ke parti. Aku memakai minyak wangi, tujuan untuk mendapat perhatian nanti di parti. Aku begitu teruja sehingga tidak melaksanakan solat maghrib.
“Kau solat dah?”Aisya bertanyakan kepadaku.
“Uzur.”
Pendek aku menjawab. Celaka betul aku. Selepas itu, aku menaiki keretanya. Aisya yang memandu kereta itu terus meluncur ke Taman Kenanga untuk menjemput dua lagi rakanku. Malam itu jugalah, hujan mencurah-curah turun. Aku begitu seronok pada malam itu sehingga tidak teringatkan tugas aku. Tidak terlintas di fikiran, aku akan mati sebentar lagi.
Aku Aisya. Aku penuntut Universiti Sains Islam Malaysia tahun akhir dalam jurusan Usuluddin .Aku sememangnya anak yang derhaka. Pada hari kemalangan itu, aku telah menghancurkan hati ibu dan ayahku. Aku telah dipaksa untuk bertunang dengan seorang anak kenalan ayah yang dulu merupakan teman sekolahku juga.
Lelaki itu bernama Hassan.Aku memang tidak menyukainya kerana kecacatan tangannya, iaitu dia mempunyai enam jari pada tangan kanan. Aku betul-betul tidak menyukainya.Meskipun dia ialah penuntut di sebuah universiti yang terletak di Ireland. Aku tidak berfikir lurus.Aku sudah ada orang lain di dalam hati.
Jarum panjang tepat menunjukkan angka lima manakala jarum pendek itu menghala ke angka enam. Aku sudah mula bertengkar dengan ibu dan ayah.
“Kak Long tak nak! Tak sukalah dia itu. Cacat! Kak Long dah ada orang lain.Kak Long tak nak ibu dengan ayah tentukan jodoh Kak Long.”
“Apa ni? Cacat, cacat! Kak Long jangan nak mengutuk dia lebih-lebih.Dia itu budak baik. Kau dah ada orang lain ya? Siapa?Dani tu? Tak payahlah kalau orang tak berbudi pekerti itu! ibu tak setuju.Ibu nak yang terbaik untuk Kak Long. Ibu dengan ayah mahukan Hassan menjadi menantu kami. Kak Long tak faham ke?”
Aku waktu itu hilang pertimbangan. Aku berteriak.
“Kalau itu keputusan ibu dengan ayah, Kak Long tak nak lagi balik rumah ni. Titik.”
Aku menaiki tingkat atas, mengemas baju-baju aku dan keluar.Ibu memanggil nama aku. Aku buat-buat tuli dengan panggilan itu. Aku terus menaiki kereta jenis Honda civic dan meluncur pergi ke asrama aku. Aku tidak endah lagi tentang ibu dan ayah aku. Benarkan, aku anak derhaka? Kini, aku telah berada di dunia lain.Menanti kelaurga aku menuntut aku di rumah mayat itu, tempat yang aku diami sekarang.
Nama aku Aini. Aku alumni Universiti Malaya dalam jurusan sains kemasyarakatan. Aku ialah seorang penganggur. Aku tinggal di Taman Kenanga dengan kawan-kawanku yang lain. Aku anak orang kaya. Aku tidak perlu bekerja, menggunakan tulang empat kerat aku untuk mencari duit. Duit sentiasa di salurkan dalam akaun setiap minggu. Bagaimana tidak aku terjebak dalam maksiat? Aku sering melakukan ikhtilat. Aku ada teman lelaki. Aku memang remaja yang tidak sempurna. Aku tidak menjaga solat ku, hubungan dengan ibu ayahku, hubungan dengan Tuhanku yang maha satu itu. Tidak.Aku tidak melakukan kebaikan.
Layak saja aku mati dengan keadan su’ul khatimah. Tapi, aku tidak menyangka, aku telah berubah sejak dua menjak ini. Hati aku terpanggil untuk beribadah, membaca al-quran yang sering aku tinggalkan. Aku juga begitu berminat membaca buku-buku berunsurkan keagamaan.
Aku terlalu menginsafi apa yang telah aku lakukan dalam tempoh kehidupan aku yang menjangkau 24 tahun ini. Aku tidak hidup dalam didikan agama. Aku jauh dari itu semua.Kepala aku sebelum ini terdedah, diliht oleh semua lelaki tanpa permit sebagai seorang suami. Aku layak masuk ke neraka. Tapi kini, aku sudah berjinak-jinak memakai jilbab. Meskipun tidak labuh, tetapi cukup menutup dadaku.
Malam itu, aku diundang ke parti hari jadi kawan lamaku, Sheila.Aku serba salah, mahu pergi atau tidak.Tetapi, disebabkan aku tidak ingin dia terasa hati, aku ikutkan juga.Aku sudah merencana, aku tak akan lama di sana.Aku aka buat helah untuk cepat-cepat pulang dari parti itu nanti.Rencana itu sudah terlekat dalam fikiranku aku.
Tapi, malam itu juga, aku terlibat dengan kemalangan ngeri itu.Kini, aku terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan, dengan tiub yang disambungkan pada tanganku untuk mengalirkan darah.Ya, aku koma.Tidak mampu bangun lagi.Aku hanya mengharapkan tuhan tidak mengambil nyawa aku sekarang.Aku masih belum merasa semua kemanisan hidayah yang telah dihadiahkan oleh tuhanku.
Telah tercatat di langit sana yang aku akan ditimpa kemalangan pada malam hujan berat itu.Aku Hanis.Penuntut Universiti Putra Malaysia.Aku seorang anak tunggal.Dilahirkan di Singapura.aku memang terdidik dengan fahaman sekular.Aku sebenarnya tidak mampu menerima fahaman itu, yang memisahkan agama dengan kehidupan dunia.Itu tidak dapat aku menerima sepenuhnya.
Aku sudah rimas dengan mama dan papaku yang sering memberikan contoh yang tidak baik kepadaku.mama dan papa aku tidak pernah mendirikan solat.Itu aku tahu.Tapi, tidak dinafikan mama dan papa selalu memberikan sedekah jariah kepada pertubuhan anak-anak yatim.Memang mama dan papa ialah VIP ataupun dalam kata panjangnya, very important person.Bekerja sebagai ahli korporat, mustahil sangat tidak mempunyai harta yang banyak.
Bagiku, mama dan papa hidup untuk menerima sebanyak-banyaknya.Bukan memberi sebanyak-banyaknya.Aku pernah menasihati orang tua aku itu, tapi, ia bagai mencurah air pada daun keladi.Aku tidak mampu mengubah pendirian mereka itu.Aku juga tidak digalakkan untuk menutup aurah ku, seperti mamaku yang tidak pernah menutup aurahnya.Aku berdegil.Aku tetap mengenakan tudung.
Malam itu, aku telah mengikut Aisya untuk pergi ke parti kawan aku, Sheila.Aku tidak pula terfkir yang parti itu adalah parti yang bersifat lagha.Sheila yang mengundang aku hanya bilang, majlis sambutan hari lahir.Bukan parti.Aku terdengar suara Husna yang berbisik pada Aisya.
“Nanti, dekat parti itu, tolonglah tacklekan Ilham untuk aku.Aku begitu sukakannya.Aku tahu, Sheila pasti menjemput ramai lelaki handsome.”Husna tersengih.
Aku yang terdengarkan ayat yang diucapkan Husna itu, terlalu marah.
“Hei, Aisya!Apa kau ni?Ini parti atau majlis hari lahir?Kenapa Sheila memilih lelaki handsome saja untuk pergi ke majlis itu?Bukan ke majlis itu hanya melibatkan rakan-rakan lama kita?Bukan lelaki sembarangan.Aku tak mahu pergi.Berhentikan kereta ini!Aku mahu turun.Aku tak mahu pergi ke parti hari jadi lagha begini.” Aku berteriak.
Aini di sebelah aku seperti bersetuju dengan aku.Dia menyuruh Aisya memberhentikan kereta.Tetapi, belum sempat Aisya memberhentikan kereta, tiba-tiba treler yang datang dari arah bertentangan merempuh kereta kami.Hanya kereta kami yang berada di jalan beretentangan dengan treler itu.Nasib kami.Aku kini terlantar di katil,dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk terus bernyawa.Aku hanya menunggu bila Tuhan akan membangunkan aku dari tidur lamaku ini.
Perempuan berkulit kuning langsat itu tersedar.Matanya masih kabur.Dia merenung ke atas.Sedikit demi sedikit dia dapat mengesan di mana dia berada.Dia meraba-raba tangannya.Oh Tuhanku, aku masih hidup!Ibunya yang tertidur di sebelahnya terjaga.
“Oh My God!Aini dah sedar!”Perempuan bergelar ibu itu memanggil doktor dan jururawat untuk memeriksa anaknya.
“Syukur, anak puan sudah sembuh.Dia akan dibenarkan pulang dalam seminggu lagi untuk menjalani beberapa proses penyembuhan.Ini perkara yang hebat.Anak puan mempunyai semangat yang kuat untuk terus hidup.”Doktor itu tersenyum memandang perempuan itu.
Perempuan bernama Aini itu meraba kepalanya.Dia menyedari yang dia tidak memakai tudung.
“Ibu, tudung.Tudung Aini mana?”Dia menanyakan ibunya.
“Aini sakit ni.Tak payah pakai lagi ya.”Ibunya memujuk.
“Tak.Aini nak pakai tudung.Nanti ada saudara mara kita datang nanti nampak rambut Aini.cepat, ibu.Aini nak tudung Aini.”perempuan itu menggesa ibunya.
Doktor itu menyuruh jururawat untuk mengambil tudung Aini di dalam beg baju yang ada di almari kecil bersebelahan dengan katil.Ibu Aini hanya terdiam.Tidak menyanggah perbuatan jururawat itu.Jururawat yang bermuka manis itu membantu untuk menyarungkan tudung Aini.
“Puan jangan menambah stres atau tekanan kepada Aini.Dia tidak boleh berfikir perkara yang berat-berat buat masa sekarang ini.Dia perlukan keadaan yang aman.Seelok-eloknya, ikutkan kehendak dia.”
Ibu Aini yang bergelar pensyarah itu hanya mengangguk, memahami apa yang dinasihatkan doktor.Sejurus, jururawat dan doktor keluar dari wad Aini.
“,Ibu macam mana keadaan kawan Aini?”Aini mennyakan pada ibunya.
“Aini, Husna dan Aisya…Dah meninggal dunia.Hanis masih koma.Bersabarlah ya sayang.”Ibunya cuba mententeramkan.
Aini terlalu kaget.Dia hanya mampu mengucapkan, innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.Sesungguhnya kepada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali.Rantaian air mata yang terpendam akhirnya terbarai juga, mengalir pada pipinya yang kepucatan .
25 Mei itu, Hanis telah kembali ke rumahnya di Gombak.Dia terlalu gembira pulang ke rumahnya.Tetapi, dia juga terlalu sedih mengenangkan kejadian yang menimpa dua kawannya.Esok, dia merancang menjenguk Aini di rumahnya, Nilai. Disebabkan Hanis yang duduk di belakang pemandu sewaktu kemalangan itu berlaku, kecederaannya lebih parah daripada Aini.
Nah, apa kau tidak jelas lagi?Bagaimanalah agaknya kesudahan Aisya dan Husna di alam barzakh nanti.Itu aku tak perlu nyatakan, kau sebagai orang Islam patut mengetahuinya.Aku mahu kau mengambil iktibar.Tidak semestinya orang yang berpelajaran tinggi itu, imannya juga setaraf dengan ilmunya.Kita harus hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.
Kau harus jelas tentang itu.Ingat, walaupun sebesar zarah dosa kau, Allah mengiranya tanpa ada tersalah satu perkara.Kau sedarlah, kini.Apa yang ditunggukan?Bertaubat itu pengapus dosa.Kau tidak mahu dosa kau dihapuskan?
Aku siapa, tidak perlu kau tanya, usah sibuk mencari identiti aku, cukup untuk menyedarkan orang.Betapa aku mengharap kau mengerti.Kau lulusan dari luar negara, bukankah kau bisa berfikir dengan waras, seperti orang yang ada otak, akal, telinga dan mata untuk mengawasi, menilai, dan memerhati dunia sekeliling seadanya.
Omelanku ini,simpan dalam benak kau.Jangan buang ke tepi.Dengar ucapku.Hidup ini sementara, jangan cuba kau menyanggah realiti itu dengan membetulkannya, hidup itu masih panjang dan harus dinikmati kemanisannya.Jangan kau salah.Sebab kau juga, kawan-kawan kau terkorban.Jangan kau fikir aku ini hanya entiti misteri yang cuba mengujar kata mistik.Kau reti menilai.Ucapku untuk kau,Sheila, untuk akhir kalinya, sedarlah dari hidup kau yang penuh maksiat itu, bangkitlah menyemai iman!
Sheila tersentak dari komanya.Dia seperti terkena renjatan elektrik.Matanya terbuka luas.Dia yang terlantar di atas katil hospital itu seperti tercungap-cungap.Seperti baru mendapat nyawa yang telah dicabut seketika.Jururawat segera datang padanya bersama doktor untuk memeriksa nadinya.
Nadinya stabil.Dia ditenangkan.Sepupunya, Rini, menemaninya.Sheila teringat mimpi sewaktu komanya.Dia tahu semua tentang kemalangan yang melibatkan empat rakannya, Husna, Aisya, Aini dan Hanis.Dia begitu terpana.Takut juga ada.Bisikan yang menceritakan tentang peristiwa itu begitu menakutkannya.Dia begitu sedar, disebabkan parti yang diadakan, kawannya telah mendapat kecelakaan.Peristiwa itu menari-nari dalam kotak fikirnya.Benarkah Aisya dan Husna telah meninggal, seperti yang ada dalam mimpinya?Sheila terlalu takut atas apa yang terjadi.Mimpinya itu langsung tidak diceritakan kepada sesiapapun.
Ahad itu, Sheila sudah boleh pulang ke rumahnya.Di rumah, dia menanyakan kepada sepupunya, Rini.
“Rini, macam mana aku boleh masuk hospital?Aku sudah kabur tentang apa yang berlaku pada aku.”
“Kau tak sedarkah?Bukankah kau kemalangan sewaktu dalam perjalanan membeli makanan ringan.Kau turut berlanggar dengan treler yang kemalangan dengan kereta kawan kau.Lupakah?”Rini menanyakan kepada Sheila.
Sheila kelihatan terkejut.Aku kemalangan dengan kawan aku?
“Begini, kau keluar malam parti itu untuk membeli makanan ringan tambahan dekat pasaraya.Mak telefon kau, supaya tak payah beli, sebab ada simpanan lagi, entah macam mana panggilan terputus.
“Tidak lama lepas itu, mak terima panggilan telefon dari polis, kau terlibat kemalangan yang sama dengan kawan kau, Aisya, Husna, Aini dengan Hanis.Aisya dengan Husna dah meninggal dua minggu lepas.Aini dan Hanis terselamat.”
Sheila yang medengar apa yang sepupunya khabarkan tiba-tiba teringat, seperti tersedar dari khayalan.Dia ingat apa yang terjadi.Dia memandu kereta, pada malam hujan lebat itu,dia terpesong ke pembahagi jalan yang sudah dirempuh oleh treler itu, dan, dia juga berada di tempat kejadian.Tetapi, Allah belum mengambil nyawanya.Dia begitu bersyukur.
Malam Khamis itu, Sheila dan keluarganya mengadakan kenduri tahlil.Dia turut mengajak Aini dan Hanis ke majlis tahlil itu.Kini, Sheila, atau nama penuhnya, Nurul Shahila telah berubah dengan sebaik-baiknya.Dia begitu insaf atas apa yang terjadi pada dirinya.Mimpinya dalam koma itu, akan dia ingat sampai bila-bila.Dia betul-betul menikmati manisnya iman.
Lihat sajalah, sahabat, orang yang dulunya jahil juga boleh berubah menjadi baik.Kenapa masih belum sedar orang lainnya.Sedar dari kehidupan lagha mu itu.Penghijrahan itu untuk kebaikanmu.Mampu membantumu menjalani kehidupan di akhirat nanti.Hidupmu di ladang akhirat ini, kumpul amal sebaik-baiknya.Jangan persiakan masamu.Hidup penuh amal ilmu, pasti berkat.jangan lupa nasihatku ini.Biarlah kau ingin mengatakan aku ini apa-apa sekalipun, aku ada identiti aku yang tidak perlu untuk kau mengetahuinya.Wallahu alam.
Akhir huruf:2:10 petang
19 September 2010

April 25, 2011

Seputar masa April

          Terlalu bertimbun kerja sekolah ditambah dengan kerja kursus dan aktiviti sekolah.Sudah separuh siap, membuatkan saya terbuka hati untuk menjenguk laman yang barangkali sudah 'bersawang' kerana sudah lama tidak di update...Tidak ada masa...jawapan tipikal..sesiapa..boleh tenteramkan saya..Macam mana nak stabilkan diri apabila kolam kesabaran sudah dipancing orang?Aduh, saya kadangkala stres juga.Memikirkan banyak perkara.Apa yang saya akan hadapi pada bulan Oktober nanti.Itu sudah cukup menggegarkan jantung.Saya mengharapkan..tiada siapa yang cuba memancing tatkala emosi sedang terganggu.Sebagai contoh mudah...di sekolah, bertarikh 25/4/2011.Pelajar-pelajar atau boleh dipanggil rakan sekelas memang tak pandai menjaga hati kawannya.Saya ini bukan penyabar orangnya.Jadi, bila tidak dapat meletuskan gunung berapi dalam hati, letusan air mata pun keluar..Perempuan..saya..Bukan sesiapa..Bukan seorang yang istimewa, bukan seorang yang tidak berguna..Saya hanya perlukan sikap respek dan kesopanan apabila berbual atau berkawan dengan saya.Itu sahaja...Kawan-kawan!Tolonglah memahami...

             Ungkapan hati saya rentetan daripada peristiwa belasungkawa 18/4/2011, dengan perginya senior saya, Arwah Faiz Jamaludin..Saya sangat hiba!Saya selalu bertembung dengannya..Di kawasan masjid depan sekolah, di kantin, di tangga, di pintu pagar sekolah...Dia ialah senior contoh.Tapi, memang terbukti Allah terlalu sayangkan dia..Saya teringat sewaktu berada di Tingkatan 1, dia pula Tingkatan 3.Melawat kelas 1 Bukhari.Dia berpesan-pesan kepada kami.Paling tidak boleh dilupakan..Dia menggelarkan dirinya, 'Abang Bukhari'.Dia memang penyegan.Tetapi, penuh wawasan.Saya memujuk diri saya dari terus berduka."Nabilah, Allah sayang dia.Bersyukurlah kau tidak terlalu rapat dengan dia.Kalau tidak, pasti kau tidak mampu menahan limpahan empangan di tasik mata.Bukan kau sahaja yang bersedih, orang lain pun sama juga.dia ibarat berlian.Tidak mampu di beli tunai.Redhailah atas segala apa yang terjadi.Senior yang menjadikan saya sedar bahawa saya pelajar sekolah agama, secara tidak langsung, dia sedarkan...

          Entah bagaimana mahu diterangkan perasaan saya sewaktu mendengarkan berita dari ma saya...Kak Jamilah atau nama comelnya Kak Buntat meninggal dunia pada 24/4/2011..Arwah memang sudah lama menghidap penyakit.Tidak pasti pula saya penyakit apa.Saya sedih juga.Kalau ingin dikira mengikut umur, dia layak menjadi ibu saya, tapi mungkin sudah terbiasa..Dia sahabat ma dan abah saya di Singapura...Bulan April, bulan kelahiran saya..Dalam pada itu juga...Bulan kepergian dua orang yang saya kenal dengan baik.Senior terpuji dan kenalan yang disayangi..Sungguh buat saya makin sedar.Nyawa saya entah bila-bila saja akan di ambil...Iktibarnya...Muhasabah diri, baiki diri sebelum tidak ada masa untuk berbuat demikian..Hidup mati Allah tentukan.Hidup saya?Harapnya dalam keadaan husnul khatimah..Amin!




February 14, 2011

Cerpen- Hidup untuk Mati


Aku kenal dia sudah lama. Bukan setahun dua. Malahan lebih satu dekad. Wajahnya yang begitu persih amat menyenangkan. Keningnya yang halus itu sudah lama aku kagumi. Matanya yang begitu tipikal membuatkan aku rasa dia nampak begitu sederhana tetapi sangat istimewa. Aku?Bermata sepet. Berkening lebat dan kulitku kuning langsat. Aku sebenarnya seperti merasakan tidak layak bergandingan dengannya. Tapi sekarang, aku tidak pernah tahu yang aku akan berjumpa dengannya lagi bersama status barunya, janda. Aku mula-mula kaget mendengar berita itu.Aku memang tidak pernah terdengar berita perceraian perempuan yang amat aku kagumi sejak di bangku sekolah ini.Namanya, Dhamia. Aku masih teringat sewaktu aku berada di darjah enam, aku pernah mengutuskan surat padanya.

“Kehadapan Dhamia yang saya sukai…
Saya sebenarnya memberi surat ini hanya untuk berkenalan dengan awak.Saya sangat suka perangai awak yang pendiam dan baik.Saya harap awak sudi berkawan dengan saya.Kalau betul awak sudi berkawan dengan saya, datanglah ke kedai Pak Deris.Saya belanja awak aiskrim.Ok, Assalamualaikum.”

Kawan awak,
Haneef

Aku masih ingat apa isi surat itu. Bermula dari hari itu, aku berkawan dengan Dhamia.Memang senang berkawan dengannya.Dia pernah berjanji denganku sewaktu berada di tingkatan dua.

“Nif, saya janji saya tak akan pernah putus kawan dengan awak. Awak memang kawan baik saya. Saya harap awak tak akan lupa saya bila besar nanti. Kalau awak buat nasi minyak nanti, ajaklah saya datang. Jangan lupa.”

Kata-kata itu diucapkan dengan intonasi bercanda. Aku hanya ketawa. Dia memang menyukai aku juga, tetapi aku dan dia tidak pernah berpacaran. Ah, aku rasa malu sebenarnya.Tidak sangka aku akan berjumpa dengan perempuan yang dari dulu aku suka. Aku tidak patut suka dengan mana-mana perempuan sebenarnya, tapi, mungkin fitrah, selama hidup itu mesti ada yang kita suka semasa di zaman remaja. Kalau ingin diingatkan semua kisah dulu,alangkah indahnya!

Pagi subuh yang tenang.Embun masih berputik tatkala aku bangun dari maut sughra. Jam tepat pukul lima pagi. Aku kebiasaannya bangun sekitar 4.30 pagi, mungkin badanku letai kerana sibuk menguruskan halku di pejabat. Aku seperti biasa solat subuh jemaah dengan rakan sekerjaku di surau berdekatan.

Selepas sarapan mi goreng dan teh tarik segelas, aku menyambung tugasku.Aku menjenguk pesakit-pesakitku seperti biasa.Macam-macam kerenah yang aku lihat.Ada yang terlentang di tengah lorong kaki lima.Ada yang menyanyi seperti membuat konsert.Aku beralih ke bilik wanita. Aku bertemu dengan Dhamia. Aku ajaknya berbual. Dia meninggalkan menungannya sedari tadi dan mengikuti aku ke taman yang berada di sebelah barat. Aku menyuruhnya duduk.Dia hanya menurut.

“Mia, hiruplah udara di sini. Tumbuhan hijau yan segar baik untuk penglihatan. Lihat sekeliling baik-baik.Perhatikan keindahan alam ini.”

Aku seperti biasa menyuruhnya relaks, tidak stress dengan suasana sekitar. Dhamia tiba-tiba berdiri.Duduk disamping pokok rendang.Dia tiba-tiba melaung kuat.

“Kita patut memperluaskan pengaruh.Kita mampu menakluk dunia dengan fahaman ini.Kita boleh berkongsi dunia yang kaya melimpah.Kita hancurkan semua benda yang boleh menggoyahkan persatuan kita ini.Ingat, semua minit mesyurarat akan diberikan kepada Sir Frankfurt Adolf.Biar dia akan memberi saranan kepada kita untuk terus memajukan pengaruh.”

Dia tersenyum dengan gah.Aku hanya memandang dengan pandangan lesu. Aduhai,Dhamia!Kau kah itu?

Tatkala matahari menggila menyinari alam, tepat pukul 12.30 tengah hari, aku melangkah menuju ke kantin bersama rakan setugasku, Afif.Aku memesan sup perut dengan nasi putih.Afif seperti biasa memesan mi tom yam.Aku berbual dengannya.

“Fif, aku sebenarnya nak tahu sesuatu.Aku belum buat pencarian tentang satu fahaman yang menular sekarang ini.Mungkin aku tak berapa prihatin dengan dunia sekeliling.Fahaman ateis.Kau tahu pasal benda ini?”

Afif hanya tersengih.Dia masih menyedut teh ais limaunya.Sudah tinggal separuh.Pesanan kami datang.Aku mengangguk dan seperti biasa mengucapkan terima kasih.Aku masih menunggu jawapan dari Afif.

“Fahaman Ateis itu?Aku tahu sikit-sikit je. Ateisme ini satu fahaman dan ia bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang mengatakan ketiadaan Tuhan. Memang ada berlaku penafian tiada tuhan ini,sejak zaman-zaman kuno lagi. Tapi semasa abad ke-19, barulah fahaman ini seperti boleh diterima pakai untuk menjadi salah satu cara pemikiran alternatif.
Kalau kau mahu tahu lagi, dalam fahaman ini, ada ahli-ahli fikirnya yang cuba memasakkan dalil-dalil yang dicipta melalui ideologi mereka sendiri terhadap kejadian Tuhan, sama ada Tuhan itu ada atau tidak.

Pada zaman Yunani kuno kalau tak silap aku, ateisme muncul di Athena pada paruh kedua abad kelima.Tapi, tokoh ateis bukan muncul di Athena. Sewaktu itu, antara penganut ateisme yang terkenal telah memberi penyataan yang menegaskan kepercayaan ateisme ini.Dia adalah ahli tokoh sofis. Namanya,Protagoras. Ada satu orang yunani yang pernyataannya betul-betul berdasarkan atiestik.Namanya Bellerophon. Aku belum habis cari lagi pasal benda ini.Kenapa nak tahu ini, ada orang yang pernah melemparkan ayat yang berbau ateistik pada kaukah?”Afif bertanya sambil tersengih.

Aku menggeleng cepat.Afif bercerita dengan panjang lebar. Aku meneliti kata-katanya.Ada sebahagian daripada fakta yang disebutkan itu aku sudah sedia maklum.
Afif menyambung lagi.” Perkataan ateis ini berasal dari dua perkataan yang berbeza dalam bahasa Yunani.Huruf ‘a’ itu maknanya tanpa atau tiada dan theos maknanya tuhan. Jadi bila disambungkan, jadilah tanpa tuhan.”

“Ah, letih lah aku nak bagitahu kau semua.Aku nak makan ni.Dah berokestra perut aku ni kau tahu tak.Kalau nak tahu banyak lagi, pandai-pandailah cari dalam internet.”Afif akhirnya memutuskan perbicaraannya. Aku hanya tersengih dengan kerenah Afif ini. Aku turut menikmati hidangan tengah hari sambil otak aku ligat memikirkan jadual kerja seusai rehat.

Afif.Dia rakan sekerja aku. Mukanya agak kecinaan. Matanya yang sepet. Ditambah dengan cermin matanya.Nampak seperti tauke cina. Dia memang rakan yang baik. Aku sering juga berbual dengannya.Maklumlah, rakan sekerja dan rakan serumah, pastinya selalu berjumpa. Saling curahat,dan dia mendengar dengan sepenuh hati. Umurnya tua setahun dari aku. Aku kenal dia sewaktu di universiti lagi. Aku cukup senang berkawan dengannya. Aku ada menceritakan tentang Dhamia kepadanya. Dia tersenyum kambing.

“Apa kau suka dengan orang sakit mental?”Dia mengujar pertanyaan yang berbaur sinis itu.Aku rasa tersinggung.Mujur dia cepat memujuk dan meminta maaf.

Petang yang hening itu, aku memikirkan banyak perkara.Tentang kenaikan harga minyak dan barang asas keperluan.Ekonomi aku walaupun belum goyah, tetapi, terdetik di hati aku. Bagaimana dengan orang awam yang berada di kawasan pedalaman dan latar belakang keluarga daripada golongan yang berpendapatan rendah menjalankan hidup dengan kos sara hidup yang tinggi. Aku kadang-kadang lemas dengan isu semasa sekarang. Masalah gejala sosial yang berlarutan tidak ada penghujungnya. Banyak aku dengar tentang masalah-masalah sosial dan pergaulan.Aku pernah membaca daripada majalah, ada beberapa pelajar belasan tahun yang sanggup mengukir nama pasangan masing-masing pada lengan mereka menggunakan pisau lipat dan jarum peniti!Bukan itu sahaja, pasangan mereka itu bukan lelaki, tetapi perempuan!Aku beristighfar panjang. Betapa goyahnya iman mereka. Ia dikenali sebagai tatu, ukiran seni zaman sekarang yang didakwa kononnya ia hanya seni dan cepat hilang apabila diukir dengan pisau lipat.Aku merasakan keanehan yang amat sangat. Betapa bodohnya! Menyakitkan diri itu pun sudah dilarang oleh agama, inikan pula mengukir tatu buatan sendiri.Aduh, dunia!

Aku bukan sahaja lelah melihat fenomena zaman sekarang, malah kerisauan aku tentang pegangan dan mentaliti orang Islam zaman sekarang makin keliru.Aku terfikirkan fahaman-fahaman barat yang cuba mendominasi pemikiran manusia zaman sekarang.Freethinker, Ateis dan bermacam-macam lagi fahaman yang gila. Ateis. Itu fahaman Dhamia. Aduhai, sejak bila dia menganut fahaman itu, aku bingung memikirkannya .Setahu aku, dia seorang yang sangat serius orangnya.Dia berfikir mengikut rasional.Dia juga seorang yang idealistik, tegas dan berani. Tetapi, aku rasa, cirri-ciri dia itu mungkin menyebabkan fikirannya terlalu taksub dengan kesempurnaan yang boleh menyebabkan dia keluar dari agama asalnya, Islam. Mana tidaknya, fahaman ateisme itu menafikan kewujudan semua Tuhan. Betapa gilanya!

Aku juga membaca media cetak yang sering mengeluarkan isu-isu negatif. Mak nyah, lesbian, gay dan pengkid. Aduh, majoritinya terdiri daripada umat Islam.Kenapa, kenapa dan kenapa?Mereka butakah, tak pernah belajar agamakah atau mereka itu tidak salah dan patut dilabel dengan ayat begini,semua manusia tidak sempurna dan tidak lepas daripada melakukan kesalahan.Logikkah? Rasionalkah? Andai iman mereka kuat, tidak mungkin ada berlakunya kekufuran begitu. Tidak pernah terdengarkah hadis nabi yang mengatakan betapa Allah melaknati lelaki menyerupai perempuan manakala perempuan menjadi lelaki. Tetapi, sekarang, ia lebih daripada semua itu! Aku mengusir pelbagai fikiran tentang isu-isu negatif itu.Aku menyampah untuk terus memikirkannya.Matahari sudah melabuhkan tirainya dan bulan bertukar kerja dengan si suria itu. Aku bersiap dan menuju ke surau untuk solat jemaah.

“Sudah, sudah!Kenapa payah sangat nak kembangkan pengaruh kita ini?Kau semua takkan tidak tahu, Friedrich Nietzsche, tokoh besar kita yang memperjuangkan fahaman kita ini dengan begitu berani.Untuk pengetahuan, dia begitu berani dan lantang memberi penyataan, “Tuhan sudah mati”.

Kita patut berani macam dia.Yakin kan bakal pengikut-pengikut kita, bahawa fahaman kita ini mengikut logik dan benar belaka. Tokoh-tokoh ateisme yang terkenal ialah Friedrich Nietzsche pada tahun 1844 hingga 1900 dan juga Karl Marx pada tahun 1818 hingga 1883. Kita patut jadikan mereka roll model. Kita akan menguasai dunia jika kita terus dengan fahaman kita ini. Ha!Ha!Ha!”

Dia ketawa dengan riak muka bangga dan angkuh sambil berdiri di atas katilnya seolah-olah sedang memberi taklimat. Aku hanya terdiam melihat dia. Apa punca dia jadi begitu?Sungguh aku mahu tahu. Aku sepertinya tidak boleh terima betapa dia tercampak dalam golongan orang yang tidak siuman. Aku terfikirkan seseorang.Ya, abang tirinya, Farhan. Aku harus berjumpa dengan Farhan. Aku mahu tahu apa yang terjadi selama ini yang tidak pernah aku tahu.

Lot 4563, Jalan Orkid.

Rumah ini memang rumah lama keluarga Dhamia.Betul lah alamat ini.Tapi, kenapa rumah ini nampak sunyi, macam tak berpenghuni. Aku berkata-kata dalam hati. Agak curiga sebenarnya. Aku membuka pagar rumah itu.Tidak berkunci. Aku mengetuk daun pintu. Aku memberi salam beberapa kali.Tidak ada balasan.Tiba-tiba daun pintu itu terbuka.Aku masuk.Sekitar rumah itu bersawang. Mungkin tidak ada orang.Aku lalu melangkah ke arah pintu untuk pulang. Tetapi, aku tiba-tiba mendengar orang berjalan sambil bunyi kasut yang diseret menandakan cara perjalanannya yang lambat dan malas. Aku cepat-cepat bersembunyi di dalam almari kosong.
Aku pantas menahan pintu almari yang ingin terbuka. Aku melihat tampang Farhan melalui celah pintu.Dia duduk di sofa berhabuk itu.Dia yang sedari tadi memegang setin air berkarbonat, mencampaknya ke dalam plastik yang penuh dengan tin kosong. Dia nampak tidak terurus. Aku benar-benar takut jika dia juga orang yang tidak betul hati. Aku memerhatikannya lagi. Dia bangun.Menghadap ke meja usang. Dia mengambil satu foto dari atas meja itu.

“Ibu, maafkan abang sebab tak dapat jaga adik. Adik sekarang dah masuk hospital sakit jiwa. Ini salah abang. Abang biarkan dia kahwin dengan Delson. Abang tak tahu Delson itu masuk Islam sekejap saja. Abang betul-betul tak tahu. Delson yang menyebabkan dia murtad dan jadi gila. Sebab Delson ibu. Bukan salah abang seorang. Abang rindu ibu dan adik…”

Manik-manik jernih yang terkumpul di tubir mata Farhan akhirnya terbarai lantas membasahi pipinya yang agak kecengkungan.Dia aku lihat begitu daif.Aku pasti, dia tidak gila.Dia sihat. Cuma, mungkin, dia mengalami kemurungan.Farhan melepaskan gambar ibunya, Mak cik Wardah, dan terus menyelinap keluar melalui pintu utama.

Aku melangkah ke rumah yang selang tiga daripada rumah Farhan.Aku melihat rumah lamaku .Betapa aku merasakan sesuatu perasaan yang sangat sayu. Tiba-tiba aku merasakan seperti berada di masa lalu.

Aku dan Dhamia sedang berehat di pangkin kecil itu. Aku dan dia begitu suka menikmati ais krim. Helaian buku yang berterbangan di tampar angin. Pokok yang melindungi pangkin itu membiarkan dahan yang memberat dengan daun hijau malar itu mengikut rentak angin yang bersenandung pada petang yang hening.

“Assalamualaikum, Haneef.”

Aku mendengar orang menyapaku. Aku segera berpaling. Farhan!

“Wa..Waalaikumussalam, Bang Farhan.Apa khabar?”

Aku menghulur tangan untuk berjabat.Farhan menyambut tanganku dengan mesra. Dia tidak menjawab pertanyaanku sebaliknya hanya tersenyum dan mengangguk kecil.

“Rindu dengan rumah lama? Setelah tujuh tahun kau berpindah, sudah jarang sekali menjenguk-jenguk di sini.”

Aku hanya sengih mendengarnya.

“Bang, jomlah, kita pergi makan dulu.Saya rasa abang mesti belum makan tengah hari lagi.Saya ajak abang makan di hospital tempat saya kerja mahu? Sedap makan di sana. Macam-macam menu.”

“Hospital Nif? Tempat adik akukah Nif?”

Farhan menanyakan padaku bersungguh.

“Ya. Jom.”

Aku mengiyakan. Aku begitu yakin, Farhan pasti tertanya-tanya, kenapa selama dia melawat adiknya di sana, tidak pernah ke temu aku. Sebenarnya,aku sudah banyak kali menemui Farhan. Cuma aku memilih untuk tidak mahu berjumpa dengannya. Entahlah, kadangkala aku rasa apabila aku melihat Farhan berjumpa dengan adiknya di taman, aku rasa sebak.Aku mungkin terlalu rindukan masa laluku.

“Abang, kenapa abang tak cari kerja yang bagus-bagus bang. Kalau tak silap saya, abang dulukan ambil degree dekat UPM. Betul tak abang? Saya memang dah putus hubungan dengan keluarga abang selepas kami sekeluarga berpindah ke Selangor. Lagipun saya sebenarnya begitu kecewa apabila dapat tahu yang Mia dah bertunang dengan orang luar. Saya…saya..tak dapat nak…”

Aku tiba-tiba menjadi sebak.Aku rasa ingin menangis semahu-mahunya.Tetapi, aku masih dapat mengawal emosi aku yang tergugat. Farhan cuba menenangkan hatiku. Aku hanya menekup mukaku dengan sebelah tanganku. Aku melenyapkan air mata yang merembes keluar. Dia menepuk belakangku.

“Nif, mungkin aku patut ceritakan pada kau. Apa yang telah terjadi kepada Dhamia selama kau sekeluarga pindah.”

"Dhamia dan Delson berkenalan di internet. Delson ialah pelajar di fakulti Kejuruteraan di UPM. Abang kenal dia. Delson kacuk Jerman dan Cina. Dia memang kacak orangnya. Sewaktu abang di tahun akhir, dia baru tahun kedua.Memang abang sempat berkenalan. Dhamia sebenarnya tidak mahu sukakan orang lain kecuali kau, Nif, tapi, dia rasa sangat sedih bila kau mengambil jurusan psikologi dan mengambil masa lama berada di luar negara. Mia mengambil keputusan untuk tidak menunggu kau. Dia perempuan,pastilah tidak mahu kahwin lambat. Abang pernah menasihati dia, beritahulah kau tentang hubungan barunya itu. Dia hanya senyap.Tidak memberi respon. Abang hanya mampu membiarkannya. Sejak dari itu, Mia banyak berubah.
Setahun kemudian, Dhamia mengatakan Delson akan melamarnya dan datang ke rumah. Abang tanya padanya, Delson mahu masuk Islam kah?Mia hanya mengangguk. Abang dengan rela hati mengizinkannya. Entah kenapalah abang begitu percaya pada kata Mia. Akhirnya, mereka selamat menikah.Abang yang menjadi walinya. Selepas itu, Delson membawa Dhamia ke Indonesia. Akhirnya, mereka menetap di sana. Kau tahu kan Nif, aku ini sibuk dengan kerjaku di pejabat. Bagiku, Mia sudah menjadi isteri orang, jadi tak perlu aku mencampuri urusan mereka berdua. Tetapi, aku silap. Dhamia sudah terpesong. Dia sudah terjebak dengan fahaman ateis. Rupa-rupanya, Delson itu ateis!Patut sajalah dia tidak kisah untuk memeluk agama Islam. Dia tidak pernah mempercayai mana-mana tuhan, Nif. Aku sangat terkejut apabila mengetahui berita ini dari Shauki, kawan aku , yang menetap di sana.Dia berjumpa dengan Delson dan Dhamia di markas kumpulan ateis di Jakarta. Dhamia dan Delson yang menjadi ketua dalam kawasan Jakarta. Shauki hanya perisik. Dia mengetahui ada satu majlis perjumpaan penganut fahaman ateisme ini. Jadi dia memberitahu aku. Aku mengupahnya untuk menjadi perisik Dhamia. Aku terpaksa menggunakan duit gaji aku untuk membayar Shauki. Emosi aku terganggu dengan keadaan Dhamia. Disebabkan aku sudah semakin sambil lewa bekerja, aku sudah menerima tiga kali surat amaran. Akhirnya, aku dipecat.Aku sebenarnya sudah sangat kecewa. Apatah lagi, aku ni Nif, menghidap penyakit tumor otak tahap kedua. Aku merasakan tidak ada guna hidup di dunia. Tak lama, Nif.Aku dengar berita, Mia kena cerai talak tiga.Dia juga telah didakwa kerana telah melakukan cubaan membunuh anaknya dengan Delson.Dia terlalu tertekan apabila skandal Delson sudah terbongkar.Aku yang mendengar berita itu, rasa bagai dicabut nyawa. Aku terlalu terkilan. Aku marah, sedih, bengang. Semuanya bercampur aduk. Aku stress Haneef. Aku rasa lebih baik aku mati. Tetapi, aku masih ingat agamaku. Agamaku melarang keras membunuh diri. Aku masih ada agama, bukan macam Dhamia! Dia terlalu bodoh! Tolol! Sudah murtadkan dia? Dia jadi gila kerana perbuatannya. Dia serabut dengan cara hidupnya. Aku seakan mahu melepaskan dia. Tapi apabila aku mengingat arwah ibu dan ayah, yang sudah meninggalkan kami berdua semasa kami masih remaja, membuatkan aku sedar kembali. Haneef, tidakkah kau merasa belas kepadaku?Aku…aku ini lemah…Aku memang tidak bertanggungjawab.Aku tahu Nif, Dhamia sudah disihir.Kerana itu, dia langsung tidak mengingati aku lagi. Dia seolah-olah hilang akal. Aku sangat sedih…Aku tak tahu nak cakap apa lagi.Hidup aku sudah mati.”

Kini giliran Farhan yang mengalirkan air mata.Ya, jangan cuba percaya yang lelaki tidak menangis. Lelaki mampu menangis!Bukan kerana lemah seperti wanita, tetapi lelaki, mempunyai satu perasaan kasih sayang dan lembut jauh di sudut hati. Aku tiba-tiba merasakan hidup ini diselubungi dengan peristiwa melankolik.Setiap apa yang berlaku, aku rasa seperti satu bebanan. Aku cepat-cepat beristighfar.Betapa tidak moleknya membenci takdir. Aku tiba-tiba mendapat satu akal.

“Abang, saya akan bantu abang.Bantu Dhamia.Kalau betul dia di sihir kita akan cuba menyuruh pakar perubatan Islam untuk mengubatinya.Masalah penyakit abang, saya akan usahakan abang.Insya Allah.Saya hantar abang pulang dulu.Saya akan fikirkan yang terbaik untuk hidup kita.Memandangkan kita mengalami nasib yang sama, tiada ibu bapa dan tiada adik beradik.Abang, saya janji bang. Saya akan hidupkan kehidupan abang yang sudah mati itu, dan juga...hidup saya.”

Aku merasakan perasaan sedih.Tetapi, disebalik kesedihan itu, aku seperti mendapat satu semangat.Hidup harus hidup! Aku meminta cuti hari ini.Aku tidak berapa sihat badan.Aku menjejakkan kaki di bank.Aku melihat akaun aku.Ahamdulillah.Simpanan aku mencecah lima angka.Pada tanganku ada dua ribu ringgit. Aku pergi ke bank satu lagi. Akaun aku mencecah empat angka, sudah lama aku tidak mengeluarkan duit daripada mana-mana akaun. Aku berhasrat untuk mengeluarkan duit itu.Aku merancang sesuatu. Pertama, aku mahu mengupah orang membersihkan rumah Farhan.Rumah lamaku yang sudah ada penyewa itu aku hanya biarkan saja.Berapa lama penyewa itu mahu tinggal di situ, aku tidak kisah.Aku sekarang ingin membangunkan rumah Farhan.Ada misi yang aku tanam. Aku akan membantu Farhan dan Dhamia ‘hidup’ kembali di rumah itu.

Pagi itu, aku dan dua orang pembantu aku bersama Farhan membawa Dhamia ke tempat perubatan Islam. Aku sudah meminta izin dari hospital untuk membawa keluar Dhamia sebentar dengan diawasi dua orang petugas hospital. Beberapa bulan Dhamia berulang ke tempat perubatan itu menjalani rawatan, aku sudah dengar banyak cerita yang baik. Dhamia seolah sedar dari lamunan. Dia sudah mahu bercakap. Dia seperti baru sihat daripada penyakit amnesia. Dia bercakap dengan abangnya begitu normal. Aku belum bertemu dengan Dhamia lagi semenjak dia beransur sihat. Dia ku perasan begitu gembira dengan hidup barunya. Farhan kini tinggal denganku. Sementara rumahnya diperbaiki. Farhan seperti pulih emosinya. Dia sering mengikutiku ke surau di kuarters hospital. Dia seperti mendapat semangat baru. Ya, semangat untuk terus hidup. Hidup di bumi sebelum disedut ke padang Mahsyar untuk dihisab.

Usaha-usahaku bukan habis di situ.Aku telah mendapat info dari Afif, ada rawatan psikologi di luar negara, iaitu di Australia. Dhamia boleh mendapatkan rawatan psikologi di sana.Aku akan menanggung segala kos rawatannya. Aku sanggup berhabis duit semata-mata untuk melihat Dhamia hidup bahagia. Aku betul-betul ingin dia kembali dalam hidup sebenar.Kalau ingin difikirkan secara logik, untuk apalah aku, yang bukan ada kaitan darah daging dengan Dhamia, menghabiskan duit aku untuk kehidupan dia? Untuk apakah? Aduhai, sudahlah.Tidak perlu ditanya. Aku sememangnya menyayangi dia sebagai kawan, sahabat dan...teman.

Farhan, dia sudah menjalani pembedahan otak.Dia sudah bebas dari penyakitnya. Bebas! Betapa aku berasa begitu bersyukur. Apatah lagi, Farhan.Dia sujud syukur tatkala dia sudah sembuh secara total selepas pembedahan itu.Dhamia? Dia masih berada di Australia.Menjalani rawatan. Aku mendengar cerita, Dhamia sudah banyak berubah. Dia tidak lagi mengingati kisah lamanya. Dia seperti kehilangan memori lukanya bersama Delson.Perasaan terharu, gembira dan syukur tidak terkata. Betapa besarnya hikmah yang tersembunyi di sebalik pahit jerih yang dilalui.

Pagi yang cerah itu, aku telah terserempak dengan seorang teman lamaku, Raihana.Dia kawan lamaku di luar negara.Dia anak jati Pahang.Aku pernah berjumpa dengannya di sebuah majlis ilmu di masjid dalam negeri Pahang. Dia sebagai penganjur. Sekarang, aku merasakan pintu hatiku terbuka untuk menerima seorang lagi perempuan dalam hidupku selain Dhamia.
Farhan mengkhabarkan aku, Dhamia sudah memperbaharui keIslamannya di Pejabat Agama. Dia juga sudah banyak menghadiri kelas-kelas agama. Itu semua untuk menyucikan hatinya daripada perkara-perkara yang boleh membinasakan imannya. Aku sangat bersyukur kerana Farhan sedia menghantar Dhamia ke majlis-majlis ilmu yang ingin dia pergi. Bagi aku, ia satu perkembangan yang sangat baik. Farhan begitu berterima kasih denganku. Dia tidak mampu membalas dengan apa-apa. Tetapi, dia ada berkata padaku.

“Nif, andai kau masih mencintai Dhamia, nikahilah dia.Aku sangat izinkan.Kami berdua berhutang nyawa dengan kau.Entah dengan apalah hendak dibalas segala kebaikan kau,Nif.”

Aku membalas.

"Abang, saya rasa cinta saya padanya payah untuk pudar.Tapi saya mahu menganggap cinta saya padanya sudah berakhir. Saya mahu dia memulakan cintanya.Tapi bukan dengan saya. Sebab, saya mahu dia hidup sekali lagi dengan nafas baru.Saya tidak mampu menjaganya.Kalau betul saya setia, saya tak akan lari ke Selangor. Andai saja abang tahu.S aya sekeluarga pindah ke Selangor kerana kehendak saya yang terlalu kecewa. Itu salah saya. Jadi, saya tidak mahu berundur. Biarlah bang. Cukuplah saya bantu dia mulakan hidupnya. Lagipun saya sudah ada calon isteri.”

Farhan tidak menunjukkan reaksi marah atau hampa.Tetapi, sebaliknya.Dia hanya senyum.

“Yalah, Haneef.Aku harap kau bahagia dengan orang yang telah kau pilih.Mungkin bukan jodoh kau dengan Dhamia.Walaupun kau tidak menikahi Dhamia, aku dan Dhamia masih berhutang nyawa dengan kau.”

Farhan memegang erat bahuku.Aku hanya mampu mengukir senyum.

Majlis perkahwinan aku meriah.Mungkin boleh dikatakan semua temanku semasa sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti datang menyambut hari kebahagiaan aku. Tidak lupa juga rakan sekerjaku di hospital. Aku sangat gembira. Tiada apa yang boleh dikatakan lagi, melainkan, Alhamdulillah. Dhamia dan Farhan turut hadir, itu semestinya.

Dhamia menghulurkan dua sampul surat kepadaku.Aku membuka dan membacanya dengan debaran di hati. Satu, surat tawaran bekerja di sebuah syarikat penerbitan di Melaka. Satu lagi, kad undangan perkahwinan. Dua sekaligus kad undangan. Aku membuka kedua-duanya.Dhamia dan Izlan. Farhan dan Aisya. Aku terkejut bercampur bahagia.

“Tahniah!Alhamdulillah.Akhirnya kita semua bertemu jodoh.Tidak sangka.Tapi, siapa Izlan?”
Dhamia tersenyum.”

"Haneef, kenapa kau cepat lupa?Afif Izlan itu siapa?"

Aku diterkam perasaan terkejut tidak terhingga. Afif dengan Dhamia? Oh,Tuhan!Kenapa Afif tak bagitahu aku? Aku mula pelik dan geram dengan Afif yang suka berahsia.

“Afif ,dia pergi mana ya? Tadi nampak sibuk nak tolong uruskan agihan bunga telur.Ah, dia tu memang nakal lah.Tak sangka.”

“Anyway,hope you will have a new life with him.And not with me.Our relationship now is over, Dhamia.But, I will remember everything about us.I will miss all of them so much.”

Aku separuh berbisik kepada Dhamia. Dia ku lihat bergenang air mata. Dia hanya mengangguk dan tersenyum. Apa-apa pun, aku sudah melepaskan Dhamia dari hidup aku. Biar dia melalui hidupnya dengan tenang bersama bakal suaminya. Biarlah. Biar semua berlaku. Aku, Dhamia dan Farhan, sudah hidup kembali. Bahagianya aku hari ini ku harap berpanjangan dalam hidup ku. Tetapi, sebenarnya aku makin merasakan bahawa mati itu saangat sementara.Dan kita semua hidup adalah untuk menghadapi...kematian!

Akhir huruf:2246 hrs(10.46 mlm)
28/12/2010

Rujukan-Majalah Mastika
Internet
Apabila cinta ku berakhir, sudah bermula cinta untuk dirinya...


February 8, 2011

Cerpen : Identiti Anas Furqan

ASSALAMUALAIKUM..! UNTUK CERITA YANG SIMPLE NI, SAYA MEMPERSEMBAHKAN CERITA TENTANG IDENTITI DAN TAKDIR.SAYA NAK SENTUH CERITA PASAL TAKDIR NI BUKAN APA, CUMA NAK REMIND KAT MANUSIA DI BUMI NI, SEBAGAI SAUDARA SE-ISLAM, YANG KITA TAK BOLEH NAK TOLAK TAKDIR.APA YANG BERLAKU, ITULAH YANG SEBENARNYA.LUPAKAN CERITA DULU, INGATKAN MASA AKAN DATANG. GO FORWARD, DON’T LOOK BACK.EVEN YOU IN TROUBLE, REMEMBER ALLAH ALWAYS.SAYA HARAP SAHABAT SEMUA DAPAT TERIMA KISAH TANGKAP MUAT INI.OWH YER…ADA SATU JALAN CERITA CERPEN INI DISUMBANG OLEH MY SISTER, NAJIHAHFAIZAH..SYUKRAN, KAK FROG!CERPEN YANG DITAIP DALAM MASA BEBERAPA JAM SAHAJA.JADI, BAHASANYA TIDAKLAH BERBUNGA-BUNGA.HARAP DAPAT MORAL DARI CERPEN SAYA INI.SAYONARA...


SMA Al-Khairiah, 28000, Temerloh-2 Bukhari ^_^


FAIZ NABIL AZAMAN


(- LION96 -)


Tanah yang didirikan vila itu banyak erti. Di situ tersimpan rahsia.Cerita zaman silam. Memberitahu akan salasilah hidup Anas Furqan. Hidupnya ada secebis rahsia. Punya cerita. Siapa dia? Siapa keluarganya? Bila tanggal lahirnya? Di mana tempat tinggalnya yang sebenar? Hidupnya tidak seperti orang lain. Andai aku ceritakan kisahnya bagaimana? Hanya untuk diambil iktibar dan teladan. Sungguh, aku mahu kau menerima cerita ini, Amanina.

Anas menyusur barisan pokok bougainvillea yang beraneka warna. hidupnya tidak seceria itu. Dia tinggal di rumah ibu angkatnya, Puan Zarmila. Dia wanita yang baik. Janda beranak satu terlekat pada namanya. Raut wajahnya masih berona indah meski umurnya mencecah awal 40-an. Pada tahun awal 1998, Anas dipertemukan dengan ibu angkatnya. Dilihat seorang kanak-kanak lelaki berwajah mongel, putih merah bermain dengan rakan sebayanya di rumah kebajikan itu. Puan Zarmila inginkan anak kecil molek itu. Dipendekkan cerita, rasmilah Anas sebagai anak angkatnya.Waktu itu, Puan Zarmila sudah ada seorang anak berumur dua tahun empat bulan yang menghidap penyakit down sindrom.

Walau bagaimanapun, takdir Allah menentukan jalan hidup Puan Zarmila. Anas penghibur hatinya selepas sepeninggalan anak kurang upayanya yang dibawa oleh bekas suaminya. Hidup Anas Furqan tidak mewah. Seperti orang biasa, tetapi, identitinya tidak pasti. Sampai sekarang, Anas tinggal di rumah itu. Acapkali dia bertanya pada ibunya, siapa keluarga asalnya. Puan Zarmila hanya mengatakan, dia anak yatim piatu. Tersimpan cerita sebenar.

Anas Furqan. Sudah menjadi remaja lampai. Berumur 16 tahun, sudah nampak halkumnya. Urat hijau sudah timbul di permukaan kulit. Rupanya kelihatan matang. Dia bersekolah di sekolah menengah agama yang dekat dengan rumahnya. Dalam kad pengenalannya, tercatat Anas Furqan Bin Abdullah. Pernah dia bertanya pada ibunya, apa dia anak luar nikah? Pipinya yang putih itu dilayangkan lempangan. Menangis ibu angkatnya itu.

“Aku menjagamu, dan menanggapmu sebagai anakku. identitimu aku tidak tahu! Jangan cuba lagi bertanya akan dirimu! Aku tidak mahu menjelaskannya! ”Puan Zarmila emosi. Anas terpaku. Tidak pernah dia dimarahi sebegitu rupa.

Puan Zarmila mengelap air yang berjatuhan dari matanya.

“Maafkan ibu. Ibu Cuma tidak dapat terima perkataanmu. Ibu mengambil kamu sebagai anak angkat. Surat lahirmu tidak memberitahu keberadaan ibu-bapamu. Usah kau sebut apa-apa lagi.Ibu boleh jadi hiba.”

Dia mahu membelai pipi Anas, tapi teringat bahawa dia hanya anak angkat. Segera dia tersenyum nipis. Anas senyap. Mengangguk dan mengukir senyum kelat seraya berlalu pergi. Sedar dirinya terlepas cakap. Selama dia hidup 16 tahun, tidak pernah dia buat ibunya marah padanya. Dia nekad, akan mencari identitinya. Intipati hidupnya.

“Anas, mari makan. Ibu gorengkan kamu ayam berempah. Cepat. Selepas makan lekas bersiap pergi solat jumaat.”

Puan Zarmila memanggil Anas. Remaja itu melangkah masuk ke dapur. Dia sudah menyediakan baju melayu cekak musang hijau mudanya untuk solat jumaat nanti. baju itu siap digosok dan digantung. Kain yang akan dililit sebagai serban juga sudah tersedia.Sejak dia bersekolah di sekolah agama, dia terbiasa mengenakan serban atas kepalanya. Kain lebar itu juga telah digantung. Umur meningkat dewasa, harus teliti dengan sebarang kerja. Dia juga teringat bahawa dia sudah berjanji dengan Lebai Zaki ingin mengemas stor masjid. Janji itu harus dilunasi.

Tangannya cekatan mengumpul kayu lebihan yang berselerak dalam almari usang coklat tua itu. Sudah lama stor itu terbiar tidak diendahkan. Masjid di kawasan perumahannya baru di naik taraf. Stor di luar masjid itu dikemas untuk diletakkan karpet lama. Boleh juga karpet itu dihampar untuk sebarang kenduri atau majlis. Dia membuang sampah. Dia terpijak sekeping kertas. Diambil dan ingin direnyuk,tetapi, entah mengapa dia ingin meneliti isinya. Ia keratan akhbar yang agak kotor berdebu.

Dia membaca. “Cucu Dato’ Zahari Hasyim dijumpai di rumah kebajikan.” Tajuk utamanya. Anas senyum sinis. Apa nak jadi orang akhir zaman ini? Dia meneliti. Tarikhnya 20 Julai 1998. Sudah lama surat khabar ini. Dia membaca.

”Cucu Dato’ Zahari Hasyim, Muhammad Rafique Bin Hafiz, lima tahun, telah dijumpai di Rumah Anak Yatim Tunas Harapan, dekat sini, semalam. Kontroversi pembuangan cucunya pada 1996, iaitu dua tahun lepas oleh anaknya, Rosdi Zahari Hasyim telah terbongkar. Mengikut cerita yang didengari, tanah pusaka milik Dato’ Zahari akan berpindah milik kepada cucu sulungnya apabila lahirnya cucu sulung tersebut. Dikatakan, Rosdi yang tidak berpuas hati tentang hal itu telah menculik kanak-kanak terbabit dan menghantarnya ke rumah anak yatim. Anak itu tetap tinggal di situ kerana tiada ahli keluarganya yang ingin menuntutnya. Rosdi, yang mengaku anak itu anak saudaranya tidak ambil kisah memandangkan Dato’ Zahari sudah tiada dan ibu bapa kanak-kanak itu turut meninggal dunia dalam kecelakaan jalanraya setahun lepas.”

Gambar kecil, tercetak figura kanak-kanak lelaki yang disebut-sebutkan. Otaknya tersentak. Diteliti lagi gambar itu.Ya, itu gambarnya sewaktu berumur empat tahun! Gambar itu telah diambil oleh pemilik rumah kebajikan itu semasa Hari Raya Aidilfitri. Otaknya bejat. Lebai Zaki memanggilnya. Cepat-cepat dia melipat keratan akhbar itu, dan di simpan dalam poket seluarnya. Dia menyelesaikan kerjanya dan bersegera pulang. Ibu, ibu kena jawab soalan Anas! Jerit hatinya.

Puan Zarmila menyiram pokok rosanya tatkala Anas sampai di rumah. Tidak mahu menganggu, hanya memberi salam dan tersenyum, terus menapak masuk ke bilik. Dia mengunci tombol pintu. Menukar baju kepada baju biru gelap lengan pendek dan berseluar panjang hitam. Selepas itu, dia membaca kembali keratan akhbar itu.

“Rosdi telah ditangkap kerana telah mengaku melakukan percubaan membunuh ke atas Encik Hafiz Zakwan dan Puan Zarinah Zahari, iaitu ibu bapa kepada cucu Dato’Zahari Hasyim, setahun lepas. Motif dia melakukannya adalah supaya ibu bapa kanak-kanak itu tidak mengetahui tentang keberadaan anak mereka yang sudah diberikan kepada pihak rumah kebajikan. Pemilik rumah kebajikan, Puan Hajah Azizah, diminta ke balai polis untuk membantu siasatan tentang kes cucu ahli korporat terkenal itu.”

Buat pertama kalinya, kolam matanya mengumpul rantaian manik jernih lalu membanjiri pipinya yang agak cengkung itu. Pantas dia menyeka air matanya apabila terdengar suara ibunya memanggil sayup. Dia menempatkan kertas itu di bawah bantalnya dan membuka kunci tombol pintunya.

“Ya, bu.Ada apa?” Anas hanya menanya dari dalam bilik. Tidak mahu ibunya melihat kesan tangis di wajah. Ibunya masuk ke dalam biliknya. Anas gelabah dan menggenyeh-genyeh matanya.

“Anas tidur ke? Merah mata. Penat kemas stor tadi? ”Puan Zarmila bertanya mesra. Anas hanya senyum nipis. Digeleng kepala berkali-kali. Kemudian, mengangguk pula. Puan Zarmila mengerutkan dahi. Dia duduk di sebelah anak angkatnya.

“Kenapa dengan anak ibu ni?” Puan Zarmila bertanya.Anas senyum lagi.

“…..Ibu….” Anas memulakan bicara. Puan Zarmila rasa aneh. Kenapa anaknya ini?

“Ibu, cuba baca keratan akhbar ni.” Anas mengeluarkan kertas yang lunyai itu kepada ibunya. Segera ibunya mencapai.

Dibaca isi kandungannya yang agak berjela-jela itu. Ditenung gambar kanak-kanak itu. Dia teresak. Anas tunduk.

“Ibu, tak mungkin ibu tidak mengetahui tentang identiti Anas, bu. Cerita ini pernah kecoh ibu. Kes penculikan cucu ahli korporat, dikaitkan dengan percubaan membunuh dan perampasan harta. Ini cerita besar ibu. Yang boleh menceritakan siapa Anas sebenarnya. Kenapa ibu sanggup pisahkan keluarga Anas? Apa ibu tidak ada kasihan pada anak yatim?” Anas menyoal. Puan Zarmila makin teresak. Anas rasa bersalah.

Perlahan dia menyeka air mata, dan mula berbicara dengan anaknya.

“Anas, ibu ada sebab kenapa ibu ambil Anas jadi anak angkat ibu. Ada sebab. Ibu rasa tidak sanggup nak ceritakan.” Puan Zarmila menahan air mata yang ingin berhamburan.

Dia keluar dan masuk semula sambil memegang satu keratan surat khabar. Tarikhnya 18 Ogos 1996. Tercatat satu tajuk, “Kemalangan ngeri libat pengurus produk perubatan.” Anas membaca akhbar lama itu.Ia digunting kemas.

“Sungai Buloh, Selangor: Kemalangan ngeri yang berlaku pada petang Ahad semalam telah meragut nyawa pengurus produk perubatan, Encik Hafiz Zakwan dan isterinya, Puan Zarinah Dato’ Zahari yang merupakan anak dan menantu kepada Dato’ Zahari Hasyim. Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta proton Wira dari arah bertentangan yang hilang kawalan merempuh kereta jenis Mercedes milik kedua-dua suami isteri. Pemilik Proton Wira itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh kerana mengalami kecedaraan yang serius di kepala. Suami isteri itu pula telah meninggal dunia sebaik sahaja mereka sampai di hospital.” Hanya sampai situ Anas mampu membaca. Jiwanya diruntun pilu yang teramat sangat.

“Pemilik Proton Wira itu ibu, Nas. Ibu yang melanggar kereta ibu ayah Anas. Masa itu, ibu stres fikirkan pasal surat perceraian yang ibu terima dari suami ibu. Ibu sedih sangat Anas. Ibu tak sangka ini yang terjadi.” Puan Zarmila kelu selepas itu. Berhenti daripada berkata-kata.

Anas tunduk menangis. Tangisnya tidak berbunyi. Hanya air mata yang bergenang. Kotak fikirnya bercelaru. Marah, sedih dan kecewa memenuhi segenap perasaan. Ingin saja dia memarahi ibu angkatnya itu, tetapi, kesopanan dan tatasusilanya masih dijaga. Dia keluar dari biliknya. Masuk ke bilik air dan membasuh muka. Empang air matanya dihamburkan yang sudah lama ditahan . Sakit hatinya menguasai diri. Tidak sanggup dia menerima ujian seberat ini. Dia merasakan hidupnya sebatang kara. Ayah saudara sudah membuangnya. Ibu bapanya sudah pergi. Datuknya juga telah pulang ke Penciptanya. Dia menolak daun pintu bilik air dan melangkah ke biliknya. Puan Zarmila masih terpaku di atas katil bujang itu. Anas mengambil buku pelajarannya, pakaian dan alat tulis. Tidak lupa mushaf coklatnya. Dia letakkan semuanya ke dalam beg yang agak besar. Puan Zarmila tercengang.

“Anas nak pergi mana? Jangan lari, Anas. Ibu akan cerita semuanya. Anas akan faham nanti.” Puan Zarmila merayu pada remaja tinggi lampai itu.

“Tak perlu. Anas dah tahu siapa ibu angkat Anas sebenarnya. Orang yang jaga Anas selama ini adalah penyebab kematian ibu bapa Anas! Anas nak pergi rumah anak yatim tu. Anas nak duduk kat sana selama cuti minggu ni. Anas mahu tenangkan fikiran yang tengah kusut ni.” Tekad Anas. Puan Zarmila tidak putus menangis.

“Anas jangan buat ibu macam ni. Jangan tinggalkan ibu, Nas. Ibu seorang dekat sini. Maafkan ibu.” Desak wanita itu lagi. Anas berkeras. Dia membawa dompetnya yang berisi duit-duit yang selama ini tidak digunakan. Dia memberi salam dan menuruni tangga rumah separuh kayu itu. Puan Zarmila luluh.

Anas melambai-lambai tangan ke arah teksi. Dia membuka pintu dan melabuhkan punggung. Anas memberitahu destinasi yang ingin dituju. Dia beristighfar berkali-kali dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad. Dia tertidur selama teksi bergerak jauh meninggalkan kawasan perumahannya dan meluncur laju ke Rumah Kebajikan Tunas Harapan.

Dia lihat ramai anak-anak kecil di sana sedang bermain di satu kawasan lapang. Dia berasa sedih. Inilah rumahnya dahulu. Tempat dia hidup selama dua tahun. Dia pergi ke tempat pertanyaan. Dia ingin berjumpa dengan Hajah Azizah. Mujur saja, wanita itu masih sihat walaupun sudah tua nampaknya.

“Assalamualaikum, mak cik. Saya Anas Furqan Bin Abdullah. Dulu, saya pernah tinggal sini tahun 1996 hingga 1998. Saya cucu Dato’Zahari Hasyim.”

Anas memperkenalkan diri. Orang tua itu menyambut baik kedatangan Anas. Tersenyum dia melihat Anas sudah tahu identiti dirinya. Anas menimbulkan hasrat hati ingin tinggal di situ selama cuti seminggu bulan Mac ini.

“Kecil telapak tangan, nyiru mak cik tadahkan. Oh ya, Furqan, panggil Tuk Umi saja. Semua orang kat sini panggil Tuk Umi.Harap selesalah ya.” Sengih wanita separuh abad itu menampakkan kedut di pipinya. Anas bersyukur.

Malam bera itu, dia makan malam bersama-sama penghuni di situ. Anak-anak yang kecil itu ditenung lama-lama. Pilu menusuk hati. Dia berkenalan dengan beberapa remaja yang sama umur dengannya. Seorang perempuan yang dikenali sebaya dengannya, Izyan. Wajah perempuan itu nampak penuh sendu meski senyum sering menghias bibir. Ada juga yang berumur 17 tahun. Anas cepat mesra dengan mereka. Rasa seperti sudah lama kenal. Usai makan malam itu, Anas berbual dengan Tuk Umi Azizah. Dia bertanyakan hidupnya pada Tuk Umi.

“Ibu angkatmu tidak sengaja merempuh kereta ibu dan ayahmu. Dia tidak merancang. Malah, tidak mengenali siapa ibu dan ayahmu, Furqan. Itu takdir. Kita tak boleh nak sanggah takdir. Ingat, Allah memberikan ujian kepada hamba-Nya yang mampu memikul ujian itu. Furqan hamba yang disayangi Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Biar kau cuba hidup berdikari, berusaha memahami liku-liku kehidupan, mencebur dalam onak duri sepanjang kau hidup di ladang akhirat ini. Biar kau berusaha untuk mengerti betapa besarnya nilai kehidupan berkeluarga. Bagaimana bosan hidup sebatang kara.” Tuk Umi Azizah terbatuk-batuk. Lantas dia meneguk air di sisinya. Sambil-sambil dia memicit-memicit hujung kakinya.

“Ibu Zarmila itu baik budi pekertinya. Dia mengambilmu sebagai anak angkat setelah dia dapat tahu tiada tuntutan penjagaan terhadapmu. Dia ingin menebus kesalahannya. Dia mahu membantumu. Patutnya kau bersyukur masih ada yang sudi membantu kau dalam kesusahan dahulu .Kau tiada keupayaan untuk membantu diri kau sendiri. Kau masih kanak-kanak. Tidak mengerti apa-apa. Sungguh, Ibu Zarmila orang yang baik. Tidak betul apa yang kau lakukan sekarang ini, anakku Furqan.” Tuk Umi Azizah meneguk air lagi.

Anas tunduk. Insaf datang membolosi hatinya. Dia beristighfar. Memang benar, dia telah melakukan kesilapan besar. Dia meminta maaf kepada Tuk Umi dan turut berterima kasih kepada wanita itu. Puan Rohayu, anak Tuk Umi yang mengambil alih pengurusan rumah anak yatim itu datang menghidangkan air kopi suam. Anas hanya melempar senyum nipis. Dia akan menghabiskan masanya di sini, di tempat pembuangannya dulu.

Tengah hari Ahad itu, Anas sampai di rumah ibu angkatnya. Dia memberi salam. Ibunya membuka pintu.

“Alhamdulillah, anak ibu dah balik!” Puan Zarmila terlalu gembira dan sekonyong-konyong memeluk Anas. Anas terpempan. Puan Zarmila cepat meleraikan.

“Anas tak marah ibu lagikan?”Puan Zarmila bertanya dalam tangis rianya. Anas menggeleng pantas. Ukiran senyuman Anas manis kepada ibunya.

“Ibu tahu, Anas akan faham juga nanti. Memang ibu merancang untuk menceritakan cerita itu pada Anas, tetapi, belum apa-apa Anas sudah dapat tahu sebelum ibu ceritakan. Maafkan ibu sekali lagi ya.”Riak muka Anas gembira.

“Demi Allah, ibu. Anas tak marah ibu. Anas dapat terima ibu seadanya. Sepatutnya, Anas bersyukur sebab nasib Anas lebih baik daripada Izyan.”

“Amboi, Anas. Sudah dapat kekasih ke? Jangan lagi. Tunggu habis belajar dulu.” Puan Zarmila bercanda. Anas tersedar bicaranya tadi. Telinganya merah. Tetapi, dia kembali tersenyum.

Sedekad telah berlalu. Anas bukan remaja, tetapi dewasa. badannya sasa. Rambutnya hitam pekat berpotongan kemas. Kaca matanya disemat pada poket kemejanya. Dia sudah menjadi orang besar. Bukan orang kecil seperti dahulu.Tinggalnya dia di vila milik ibu dan ayahnya. Dia tinggal bersama pemandu, tukang kebun dan tukang masaknya. Mereka semua dibenarkan tinggal di bilik sedia ada. Anas tidak merendahkan martabat pembantunya. Dianggap sama rata saja.

Di mana Puan Zarmila? Wanita itu sudah memenuhi seruan Rabb Azza Wa Jalla untuk kembali. Ayah saudaranya, telah dipenjarakan atas segala perbuatannya. Rupa-rupanya, ayah saudaranya itu terlibat dalam kes pecah amanah. Disebabkan duit syarikat ayahnya telah diseleweng oleh rakan sejawatnya, dia dituduh bersubahat.

Tapi, apa yang meresahkan Anas kini ialah tentang Amanina. Sungguh, Amanina telah memikat hatinya. Tapi, bagaimana ingin dinikahinya perempuan itu sedangkan ayahnya,Rosdi, meringkuk dalam sel. Anas merencana. Dia akan mengikat jamin ayah saudaranya dan akan memaafkan ayah saudaranya itu. Bukan semata-mata untuk menikahi anaknya, bahkan disebabkan belas kasihan Anas. Anas tahu, Pak Ngahnya itu telah mengupah orang untuk mencelakakan ibu dan ayahnya, tetapi, takdir telah melintas rencana. Anas redha. Itu takdir.

Takdir. Takdir. Takdir. Tiada seorang yang mampu merubah takdir. Anas yakin dia mampu mendapatkan kehidupan yang saadah apabila dia memaafkan semua orang disekelilingnya. Hatinya hanya untuk kebaikan.

Sudah berakhir cerita aku untuk dikisahkan pada kau,Amanina. Kau ku harap mengerti dan dapat mengambil faedah dari kisah Anas Furqan ini. cerita ini tentang identiti. Siapa dirinya. Siapa keluarganya. Apa keperibadiannya.Vila itu miliknya. Tanah pusaka. Termasuklah tanahnya di Pahang sana. Keturunannya datang dari Pantai Timur. Kini dia tahu tanggal lahirnya, 5 April 1994. Dia tahu siapa dirinya. Amanina, ketahuilah, ini ceritaku. Sekelumit pedih yang tidak disedari orang, dan aku mahu kau tahu tentang itu. Cerita tentang bakal suamimu, Anas Furqan atau dikenali oleh kau sebagai MUHAMMAD RAFIQUE.

Akhir huruf:3 April 2010-10.45 p.m.