Assalamualaikum


Saya harapkan doa sejahtera daripada sesiapa yang yang baca blog yang simple-mimple+sengal ini. Insya Allah, saya balas doanya kembali.Matlamat blog ini diwujudkan adalah untuk menjadi medium penceritaan sebahagian perjalanan hidup saya, perkongsian pendapat dan juga menjadi tempat penyimpanan cerpen saya.. Just wanna share.Sharing is caring, caring is loving. :D

Be katang, eh?


June 18, 2011

cerpen: DALAM KOMA ( ada apa dalam koma?)

Semoga mendapat pedoman.Sayanglah diri kamu sendiri..

Cerpen:DALAM KOMA….
Malam itu hujan lebat.Petir berteriak kencang. Mereka meneruskan perjalanan meskipun keadaan jalan yang kurang geserannya tatkala hujan membasahi tar-tar berdebu itu. Masih ada kereta-kereta yang meneruskan perjalanan, seperti mereka berempat. Tetapi, nasib mereka memang malang. Esoknya, di dada akhbar tercetak, ‘Kemalangan ngeri libat treler dan dua kereta. Itu berita tentang mereka.
Aku Husna. Aku telah mati. Aku nampak kemalangan ngeri itu berlaku. Aku takut. Aku begitu teringatkan apa yang aku lakukan. Sebenarnya, perjalanan itu bertuju ke sebuah rumah teman aku untuk meraikan parti hari jadi. Aku tak rasa itu salah, jadi aku hanya mengikut kawanku yang lain. Memang takdir aku mati pada malam itu.
Aku sedar sebelum aku mati itu, aku tidak melaksanakan tugasku sebagai soerang umat Islam. Ya, aku tahu apa yang kau fikrikan, aku tidak melakukan tugasku iaitu solat! Meskipun aku bertudung litup menutupi dada dan pinggul, aku tahu aku masih tidak sempurna. Ah, aku juga tahu aku ini terdidik dengan pelajaran agama. Aku alumni Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Belajar dalam jurusan syariah. Kenapalah aku boleh menjadi seperti fasik begitu?
Malam itu, Aisya mengetuk pintu rumah aku. Malam itu tepat pukul 7.45 malam. Aku belum melangsaikan tugas maghribku.
“Husna, jomlah, ikut aku pergi parti Sheila. Hari ini kan birthday dia. Siaplah. Aku tunggu. Kau solat dululah.aku boleh tunggu.”
Aku hanya tersengih. Dalam benakku, aku teringat, parti itu turut dihadiri oleh Ilham, seorang lelaki yang sangat aku suka. Aku bergegas ke tingkat atas. Umi dan ayah aku bertanyakan ke mana aku pergi. Aku hanya bilang ke rumah teman. Tidak aku nyatakan untuk pergi ke parti. Aku memakai minyak wangi, tujuan untuk mendapat perhatian nanti di parti. Aku begitu teruja sehingga tidak melaksanakan solat maghrib.
“Kau solat dah?”Aisya bertanyakan kepadaku.
“Uzur.”
Pendek aku menjawab. Celaka betul aku. Selepas itu, aku menaiki keretanya. Aisya yang memandu kereta itu terus meluncur ke Taman Kenanga untuk menjemput dua lagi rakanku. Malam itu jugalah, hujan mencurah-curah turun. Aku begitu seronok pada malam itu sehingga tidak teringatkan tugas aku. Tidak terlintas di fikiran, aku akan mati sebentar lagi.
Aku Aisya. Aku penuntut Universiti Sains Islam Malaysia tahun akhir dalam jurusan Usuluddin .Aku sememangnya anak yang derhaka. Pada hari kemalangan itu, aku telah menghancurkan hati ibu dan ayahku. Aku telah dipaksa untuk bertunang dengan seorang anak kenalan ayah yang dulu merupakan teman sekolahku juga.
Lelaki itu bernama Hassan.Aku memang tidak menyukainya kerana kecacatan tangannya, iaitu dia mempunyai enam jari pada tangan kanan. Aku betul-betul tidak menyukainya.Meskipun dia ialah penuntut di sebuah universiti yang terletak di Ireland. Aku tidak berfikir lurus.Aku sudah ada orang lain di dalam hati.
Jarum panjang tepat menunjukkan angka lima manakala jarum pendek itu menghala ke angka enam. Aku sudah mula bertengkar dengan ibu dan ayah.
“Kak Long tak nak! Tak sukalah dia itu. Cacat! Kak Long dah ada orang lain.Kak Long tak nak ibu dengan ayah tentukan jodoh Kak Long.”
“Apa ni? Cacat, cacat! Kak Long jangan nak mengutuk dia lebih-lebih.Dia itu budak baik. Kau dah ada orang lain ya? Siapa?Dani tu? Tak payahlah kalau orang tak berbudi pekerti itu! ibu tak setuju.Ibu nak yang terbaik untuk Kak Long. Ibu dengan ayah mahukan Hassan menjadi menantu kami. Kak Long tak faham ke?”
Aku waktu itu hilang pertimbangan. Aku berteriak.
“Kalau itu keputusan ibu dengan ayah, Kak Long tak nak lagi balik rumah ni. Titik.”
Aku menaiki tingkat atas, mengemas baju-baju aku dan keluar.Ibu memanggil nama aku. Aku buat-buat tuli dengan panggilan itu. Aku terus menaiki kereta jenis Honda civic dan meluncur pergi ke asrama aku. Aku tidak endah lagi tentang ibu dan ayah aku. Benarkan, aku anak derhaka? Kini, aku telah berada di dunia lain.Menanti kelaurga aku menuntut aku di rumah mayat itu, tempat yang aku diami sekarang.
Nama aku Aini. Aku alumni Universiti Malaya dalam jurusan sains kemasyarakatan. Aku ialah seorang penganggur. Aku tinggal di Taman Kenanga dengan kawan-kawanku yang lain. Aku anak orang kaya. Aku tidak perlu bekerja, menggunakan tulang empat kerat aku untuk mencari duit. Duit sentiasa di salurkan dalam akaun setiap minggu. Bagaimana tidak aku terjebak dalam maksiat? Aku sering melakukan ikhtilat. Aku ada teman lelaki. Aku memang remaja yang tidak sempurna. Aku tidak menjaga solat ku, hubungan dengan ibu ayahku, hubungan dengan Tuhanku yang maha satu itu. Tidak.Aku tidak melakukan kebaikan.
Layak saja aku mati dengan keadan su’ul khatimah. Tapi, aku tidak menyangka, aku telah berubah sejak dua menjak ini. Hati aku terpanggil untuk beribadah, membaca al-quran yang sering aku tinggalkan. Aku juga begitu berminat membaca buku-buku berunsurkan keagamaan.
Aku terlalu menginsafi apa yang telah aku lakukan dalam tempoh kehidupan aku yang menjangkau 24 tahun ini. Aku tidak hidup dalam didikan agama. Aku jauh dari itu semua.Kepala aku sebelum ini terdedah, diliht oleh semua lelaki tanpa permit sebagai seorang suami. Aku layak masuk ke neraka. Tapi kini, aku sudah berjinak-jinak memakai jilbab. Meskipun tidak labuh, tetapi cukup menutup dadaku.
Malam itu, aku diundang ke parti hari jadi kawan lamaku, Sheila.Aku serba salah, mahu pergi atau tidak.Tetapi, disebabkan aku tidak ingin dia terasa hati, aku ikutkan juga.Aku sudah merencana, aku tak akan lama di sana.Aku aka buat helah untuk cepat-cepat pulang dari parti itu nanti.Rencana itu sudah terlekat dalam fikiranku aku.
Tapi, malam itu juga, aku terlibat dengan kemalangan ngeri itu.Kini, aku terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan, dengan tiub yang disambungkan pada tanganku untuk mengalirkan darah.Ya, aku koma.Tidak mampu bangun lagi.Aku hanya mengharapkan tuhan tidak mengambil nyawa aku sekarang.Aku masih belum merasa semua kemanisan hidayah yang telah dihadiahkan oleh tuhanku.
Telah tercatat di langit sana yang aku akan ditimpa kemalangan pada malam hujan berat itu.Aku Hanis.Penuntut Universiti Putra Malaysia.Aku seorang anak tunggal.Dilahirkan di Singapura.aku memang terdidik dengan fahaman sekular.Aku sebenarnya tidak mampu menerima fahaman itu, yang memisahkan agama dengan kehidupan dunia.Itu tidak dapat aku menerima sepenuhnya.
Aku sudah rimas dengan mama dan papaku yang sering memberikan contoh yang tidak baik kepadaku.mama dan papa aku tidak pernah mendirikan solat.Itu aku tahu.Tapi, tidak dinafikan mama dan papa selalu memberikan sedekah jariah kepada pertubuhan anak-anak yatim.Memang mama dan papa ialah VIP ataupun dalam kata panjangnya, very important person.Bekerja sebagai ahli korporat, mustahil sangat tidak mempunyai harta yang banyak.
Bagiku, mama dan papa hidup untuk menerima sebanyak-banyaknya.Bukan memberi sebanyak-banyaknya.Aku pernah menasihati orang tua aku itu, tapi, ia bagai mencurah air pada daun keladi.Aku tidak mampu mengubah pendirian mereka itu.Aku juga tidak digalakkan untuk menutup aurah ku, seperti mamaku yang tidak pernah menutup aurahnya.Aku berdegil.Aku tetap mengenakan tudung.
Malam itu, aku telah mengikut Aisya untuk pergi ke parti kawan aku, Sheila.Aku tidak pula terfkir yang parti itu adalah parti yang bersifat lagha.Sheila yang mengundang aku hanya bilang, majlis sambutan hari lahir.Bukan parti.Aku terdengar suara Husna yang berbisik pada Aisya.
“Nanti, dekat parti itu, tolonglah tacklekan Ilham untuk aku.Aku begitu sukakannya.Aku tahu, Sheila pasti menjemput ramai lelaki handsome.”Husna tersengih.
Aku yang terdengarkan ayat yang diucapkan Husna itu, terlalu marah.
“Hei, Aisya!Apa kau ni?Ini parti atau majlis hari lahir?Kenapa Sheila memilih lelaki handsome saja untuk pergi ke majlis itu?Bukan ke majlis itu hanya melibatkan rakan-rakan lama kita?Bukan lelaki sembarangan.Aku tak mahu pergi.Berhentikan kereta ini!Aku mahu turun.Aku tak mahu pergi ke parti hari jadi lagha begini.” Aku berteriak.
Aini di sebelah aku seperti bersetuju dengan aku.Dia menyuruh Aisya memberhentikan kereta.Tetapi, belum sempat Aisya memberhentikan kereta, tiba-tiba treler yang datang dari arah bertentangan merempuh kereta kami.Hanya kereta kami yang berada di jalan beretentangan dengan treler itu.Nasib kami.Aku kini terlantar di katil,dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk terus bernyawa.Aku hanya menunggu bila Tuhan akan membangunkan aku dari tidur lamaku ini.
Perempuan berkulit kuning langsat itu tersedar.Matanya masih kabur.Dia merenung ke atas.Sedikit demi sedikit dia dapat mengesan di mana dia berada.Dia meraba-raba tangannya.Oh Tuhanku, aku masih hidup!Ibunya yang tertidur di sebelahnya terjaga.
“Oh My God!Aini dah sedar!”Perempuan bergelar ibu itu memanggil doktor dan jururawat untuk memeriksa anaknya.
“Syukur, anak puan sudah sembuh.Dia akan dibenarkan pulang dalam seminggu lagi untuk menjalani beberapa proses penyembuhan.Ini perkara yang hebat.Anak puan mempunyai semangat yang kuat untuk terus hidup.”Doktor itu tersenyum memandang perempuan itu.
Perempuan bernama Aini itu meraba kepalanya.Dia menyedari yang dia tidak memakai tudung.
“Ibu, tudung.Tudung Aini mana?”Dia menanyakan ibunya.
“Aini sakit ni.Tak payah pakai lagi ya.”Ibunya memujuk.
“Tak.Aini nak pakai tudung.Nanti ada saudara mara kita datang nanti nampak rambut Aini.cepat, ibu.Aini nak tudung Aini.”perempuan itu menggesa ibunya.
Doktor itu menyuruh jururawat untuk mengambil tudung Aini di dalam beg baju yang ada di almari kecil bersebelahan dengan katil.Ibu Aini hanya terdiam.Tidak menyanggah perbuatan jururawat itu.Jururawat yang bermuka manis itu membantu untuk menyarungkan tudung Aini.
“Puan jangan menambah stres atau tekanan kepada Aini.Dia tidak boleh berfikir perkara yang berat-berat buat masa sekarang ini.Dia perlukan keadaan yang aman.Seelok-eloknya, ikutkan kehendak dia.”
Ibu Aini yang bergelar pensyarah itu hanya mengangguk, memahami apa yang dinasihatkan doktor.Sejurus, jururawat dan doktor keluar dari wad Aini.
“,Ibu macam mana keadaan kawan Aini?”Aini mennyakan pada ibunya.
“Aini, Husna dan Aisya…Dah meninggal dunia.Hanis masih koma.Bersabarlah ya sayang.”Ibunya cuba mententeramkan.
Aini terlalu kaget.Dia hanya mampu mengucapkan, innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.Sesungguhnya kepada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali.Rantaian air mata yang terpendam akhirnya terbarai juga, mengalir pada pipinya yang kepucatan .
25 Mei itu, Hanis telah kembali ke rumahnya di Gombak.Dia terlalu gembira pulang ke rumahnya.Tetapi, dia juga terlalu sedih mengenangkan kejadian yang menimpa dua kawannya.Esok, dia merancang menjenguk Aini di rumahnya, Nilai. Disebabkan Hanis yang duduk di belakang pemandu sewaktu kemalangan itu berlaku, kecederaannya lebih parah daripada Aini.
Nah, apa kau tidak jelas lagi?Bagaimanalah agaknya kesudahan Aisya dan Husna di alam barzakh nanti.Itu aku tak perlu nyatakan, kau sebagai orang Islam patut mengetahuinya.Aku mahu kau mengambil iktibar.Tidak semestinya orang yang berpelajaran tinggi itu, imannya juga setaraf dengan ilmunya.Kita harus hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.
Kau harus jelas tentang itu.Ingat, walaupun sebesar zarah dosa kau, Allah mengiranya tanpa ada tersalah satu perkara.Kau sedarlah, kini.Apa yang ditunggukan?Bertaubat itu pengapus dosa.Kau tidak mahu dosa kau dihapuskan?
Aku siapa, tidak perlu kau tanya, usah sibuk mencari identiti aku, cukup untuk menyedarkan orang.Betapa aku mengharap kau mengerti.Kau lulusan dari luar negara, bukankah kau bisa berfikir dengan waras, seperti orang yang ada otak, akal, telinga dan mata untuk mengawasi, menilai, dan memerhati dunia sekeliling seadanya.
Omelanku ini,simpan dalam benak kau.Jangan buang ke tepi.Dengar ucapku.Hidup ini sementara, jangan cuba kau menyanggah realiti itu dengan membetulkannya, hidup itu masih panjang dan harus dinikmati kemanisannya.Jangan kau salah.Sebab kau juga, kawan-kawan kau terkorban.Jangan kau fikir aku ini hanya entiti misteri yang cuba mengujar kata mistik.Kau reti menilai.Ucapku untuk kau,Sheila, untuk akhir kalinya, sedarlah dari hidup kau yang penuh maksiat itu, bangkitlah menyemai iman!
Sheila tersentak dari komanya.Dia seperti terkena renjatan elektrik.Matanya terbuka luas.Dia yang terlantar di atas katil hospital itu seperti tercungap-cungap.Seperti baru mendapat nyawa yang telah dicabut seketika.Jururawat segera datang padanya bersama doktor untuk memeriksa nadinya.
Nadinya stabil.Dia ditenangkan.Sepupunya, Rini, menemaninya.Sheila teringat mimpi sewaktu komanya.Dia tahu semua tentang kemalangan yang melibatkan empat rakannya, Husna, Aisya, Aini dan Hanis.Dia begitu terpana.Takut juga ada.Bisikan yang menceritakan tentang peristiwa itu begitu menakutkannya.Dia begitu sedar, disebabkan parti yang diadakan, kawannya telah mendapat kecelakaan.Peristiwa itu menari-nari dalam kotak fikirnya.Benarkah Aisya dan Husna telah meninggal, seperti yang ada dalam mimpinya?Sheila terlalu takut atas apa yang terjadi.Mimpinya itu langsung tidak diceritakan kepada sesiapapun.
Ahad itu, Sheila sudah boleh pulang ke rumahnya.Di rumah, dia menanyakan kepada sepupunya, Rini.
“Rini, macam mana aku boleh masuk hospital?Aku sudah kabur tentang apa yang berlaku pada aku.”
“Kau tak sedarkah?Bukankah kau kemalangan sewaktu dalam perjalanan membeli makanan ringan.Kau turut berlanggar dengan treler yang kemalangan dengan kereta kawan kau.Lupakah?”Rini menanyakan kepada Sheila.
Sheila kelihatan terkejut.Aku kemalangan dengan kawan aku?
“Begini, kau keluar malam parti itu untuk membeli makanan ringan tambahan dekat pasaraya.Mak telefon kau, supaya tak payah beli, sebab ada simpanan lagi, entah macam mana panggilan terputus.
“Tidak lama lepas itu, mak terima panggilan telefon dari polis, kau terlibat kemalangan yang sama dengan kawan kau, Aisya, Husna, Aini dengan Hanis.Aisya dengan Husna dah meninggal dua minggu lepas.Aini dan Hanis terselamat.”
Sheila yang medengar apa yang sepupunya khabarkan tiba-tiba teringat, seperti tersedar dari khayalan.Dia ingat apa yang terjadi.Dia memandu kereta, pada malam hujan lebat itu,dia terpesong ke pembahagi jalan yang sudah dirempuh oleh treler itu, dan, dia juga berada di tempat kejadian.Tetapi, Allah belum mengambil nyawanya.Dia begitu bersyukur.
Malam Khamis itu, Sheila dan keluarganya mengadakan kenduri tahlil.Dia turut mengajak Aini dan Hanis ke majlis tahlil itu.Kini, Sheila, atau nama penuhnya, Nurul Shahila telah berubah dengan sebaik-baiknya.Dia begitu insaf atas apa yang terjadi pada dirinya.Mimpinya dalam koma itu, akan dia ingat sampai bila-bila.Dia betul-betul menikmati manisnya iman.
Lihat sajalah, sahabat, orang yang dulunya jahil juga boleh berubah menjadi baik.Kenapa masih belum sedar orang lainnya.Sedar dari kehidupan lagha mu itu.Penghijrahan itu untuk kebaikanmu.Mampu membantumu menjalani kehidupan di akhirat nanti.Hidupmu di ladang akhirat ini, kumpul amal sebaik-baiknya.Jangan persiakan masamu.Hidup penuh amal ilmu, pasti berkat.jangan lupa nasihatku ini.Biarlah kau ingin mengatakan aku ini apa-apa sekalipun, aku ada identiti aku yang tidak perlu untuk kau mengetahuinya.Wallahu alam.
Akhir huruf:2:10 petang
19 September 2010