Assalamualaikum


Saya harapkan doa sejahtera daripada sesiapa yang yang baca blog yang simple-mimple+sengal ini. Insya Allah, saya balas doanya kembali.Matlamat blog ini diwujudkan adalah untuk menjadi medium penceritaan sebahagian perjalanan hidup saya, perkongsian pendapat dan juga menjadi tempat penyimpanan cerpen saya.. Just wanna share.Sharing is caring, caring is loving. :D

Be katang, eh?


December 25, 2012

RESULT 24/12/12

Assalamualaikum, my leb berterbangan dalam perjalanan ke hati anda, cepat!grab it !~nampak sangat bosan nya.

Alhamdulillah. Tidak ada apa yang boleh dikatakan lagi, kecuali Alhamdulillah. Saya dapat juga keputusan yang saya impikan. Tapi, saya diberitahu, nama saya tak ada di Ihsan. Woooo~sedih kowt!
Tapi,mungkin juga ustazah tak perasaan dah ramai-ramai.Akak ipar saya yang kerja di JAIP sudah mengesahkannya.So, what's kind of matter i want to feel worried right?ahahha-english tunggang terbalik V^^

Ada aku kesah nama aku ada ke tak.Asal dpt mumtaz sofi,cukup la.LANTAK la nama kat mana-mana pun.~bahasa pasar

Dengar cerita, pelajar Ihsan, 30 orang mumtaz sofi.Tahun lepas 3 orang je kalau tak silap.Pergh,terbaek!
Dengar cerita, pelajar Khairiah 14 orang dapat mumtaz sofi.Huuu, meningkat dari tahun lepas!Mantap!

Then, kesian lah kepada saya yang hanya dapat mendengar khabar result. Sejak 22/12 hingga hari ini 23/12, saya masih berada di Kelantan, hantar my dearest sister,along balik rumah.

Besties Khairiah saya kebanyakan dapat result yang terbaik.Alhamdulillah~
Besties Ihsan? Tak ada besties lagi,baru kawan rapat,Mereka-mereka pun mantap jugak.Untungla~

Apa-apa pun, saya dah rasa puas hati dan memang berbaloi apa yang saya sudah korbankan. 
(gila kau tak berbaloi,kelas siang malam, jadi kelawar, trial dua kali.Tak dapat mumtaz sofi?Tak taw la nk cakap ape,dodol betul la kalau tak dapat gak!) -bahasa kasar+pasar

*memang malas nak tulis ayat-ayat panjang. Mood tengah tak baik sekarang nih. Teruk~ Entah apa yang tak puas hati lagi. poyo sungguh

lalalalalalala~ saya budak khairiah,perlu ke kau kesah?
*Mar0 tetibe.ditujukan kepada teeettttttt, tak boleh bagitahu.alalalala

*pelik sikit result kali ni rasa macam tak ada perasaan.Bila abah cakap
                   "awak dapat straight a!"

Saya ketawa kecil.Rasa macam, kosong,kosong. . .oooooooo.
Tapi, esoknya,mula rasa terharu, then nangis. Ada jugak receptor gembira kat hati ni, ingatkan hilang dah deria rasa happy. lol
 *rasa macam tak layak dapat.KENAPA?
*Allah mungkin nak hilangkan rasa keselesaan aku sekarang.Dia biarkan aku rasa sedar diri. sungguhlah Dia hebat, betapa Dia yang mampu membolak-balikkan hati.
*SPM, tak tahu macam mana. Harap okey macam UPSR,PMR dan SMA.Aamiin!
 *Btw, congratz untuk kawan-kawan yang dapat mumtaz sofi,mumtaz,jayyid jiddan, jayyid dan maqbul.Kalau tak dapat sofi pun,okey la, asal ada result kan. .. 

sesiapa nak bagi hadiah, boleh bagi melalui post, mimpi atau face to face. ~mimpi tu gimik jer keyh~

doakan kesihatan dan kebahagiaan saya sokmo-sokmo. hohohoh~








December 5, 2012

Ada otak fikir

Assalamualaikum.


       Hari ini, 5/12/2012, kelas penghabisan silibus matematik moden berjalan lancar. Pada mulanya, saya datang sekolah dalam pukul 9.10 pagi. Sampai saja di sekolah, kawan-kawan yang lain masih berjalan-jalan di kawasan sekolah. Saya pun menyapa kawan yang berdiri di telefon publik.Entah apa yang dibuatnya, I don't know lah. Telefon buayafirend kowt! LOL

saya: Hai, sayang-sayang. Kenapa tak masuk kelas lagi?Cikgu tak datang lagi ke?
kawan: Eh, hai. Cikgu tak datang lagi.Kelas start pukul 10.

        Huh?10?Ceh, kalau saya tahu pukul 10.00, tak de lah saya berlari-lari macam kambing nak kena sembelih tadi. Lagipun, boleh sambung tidur yang enak macam KFC (eh,lupa pulak, BOIKOT!). Mujur my abah tak gerak dulu.Saya pun pergilah ikut abah pergi bank kejap, pergi pasar tapi kena tinggal dalam keretalah sebab pakai baju macam nak pergi beraya, takkan nak pergi pasar pula, tempat ayam-ayam, ikan-ikan.

       Tengah abah sibuk nak cari parking dekat pasar Kuantan, saya ternampak dua orang perempuan jalan tergedek-gedek. Perempuan pertama muka putih-putih, sanggul macam orang berpantang(saya biasa buat rambut macam itu, tapi di rumah saja.hohoho~), rambut pulak memang warna karat lah. Second, gelap sikitlah, jalan  macam terhuyung hayang sikit dengan high heels dia(ye ke pakai heels?aahah.tak ingat),make-up tebal tu adalah dalam 2-3 inci. Memang dahsyat betul. Tapi, mataku mata perempuan. Payah sangat ke nak beza itu perempuan tulen atau tidak? Mudah saja lorh!(lorh?layan lah, nak sangat cakap macam cina)\






             *Hei, ingat handsome ke guy make-up macam tu?

-photo credit to : http://akustressgiler.blogspot.com/

        Disebabkan perawakan mereka berdua itu agak kelakar dengan jalan cat walk yang dibuat-buat, saya pun terucaplah " Ya Allah!" sambil gelak-gelak dengan bulat-bulat mata. Jahat tak saya? Jahat kan? Kalau saya duduk atas katil tu, boleh golek-golek bawah katil dah. Bukan nak mengutuk atau nak memperlekeh, tapi, memang lawak cara mereka-mereka itu. Mereka kena belajar dengan saya dulu cara nak berjalan comel dan hot.(selingan nak cover diri)

        Sebenarnya, terdetik dalam hati yang nakal ini, kalau lah mereka itu lelaki betul, mesti handsome. Pakai t-shirt berkolar, pakai seluar slack warna hitam, pakai sneaker, rambut kasi kemas, pakai pulak sling bag tak pun bag sandang. Fuh, kompem smart sangat!




 Tapi, kenapa jalan itu yang mereka pilih?

Lepas saya dah gelak-gelak itu, abah pun apa lagi bisinglah.

Abah: "Awak tak boleh nak ketawakan dia, dia manusia jugak. Tak baik ketawa-ketawa macam itu.Patutnya awak rasa kesian dan nak rasa bantu dia. Bla bla. (tak ingat sangat lah)

Saya: " Bukan nak gelak apa, dah memang lawak.Tapi, kalau dia bukan dilahirkan macam itu(i meant, khunsa), dah jadi haram."

Abah: " Awak patutnya kalau boleh(KALAU BOLEH,TAK BOLEH TAK MENGAPA) pergi nasihatkan dia, tegur dia molek-molek.Nanti, kalau awak tak tegur, awak yang dapat double(dosa). Sebab awak tahu, tapi awak biarkan orang lain hanyut. (maksudnya tak nahi mungkar). Sepatutnya, awak doakan dia semoga berubah dan bla bla. (tak ingat jugak)

       Banyak lagi sebenarnya abah bebelkan yang membuatkan saya terdiam, tak reti nak jawab apa.You're right, Abah. Walaupun abah saya sekolah inggeris dekat Singapura dulu dan menjalani zaman remaja dan bertemu jodohnya di sana, tapi, dia punya pemikiran dah lebih bagus dari saya yang sekolah agama. Lepas abah saya cakap macam itu, saya pun terfikirlah, kesiannya orang-orang yang macam tu dan teruknya orang-orang yang macam saya, yang tahu ini haram, ini halal tapi hanya nak diri sendiri saja baik(maksudnya, tak mahu cuba doakan orang supaya berubah ataupun tegur, KALAU BOLEH)

Jangan pernah kutuk orang itu jahat, orang ini jahat dengan perlakuan maksiatnya, tapi bencilah dengan perbuatan itu. Jika kita benci orang yang melakukan dosa itu, takut kita pula yang jadi seperti mereka. Tapi, jika kita benci perbuatan jahat itu, insyaAllah kita boleh elakkan perkara itu berlaku kepada kita. Oleh itu, kalau kita jumpa/kenal/tahu orang yang buat dosa, tapi, kita tak mampu nak nasihat, doalah untuknya dan untuk diri sendiri.Doa, supaya dia berubah, dan kita tak akan jadi macam dia. Orait, bebeh? ^_^
Paham dop agy?*kata-kata UAI

Ada satu pemikiran saya nak kongsikan di sini. Macam ini,biasa kita tegur/nasihat orang, orang akan cakap:

 "Aku tak sebaik ko.Biarlah aku dengan life aku."

      Tolonglah jangan cakap macam itu. Dah tu, kalau kau jahat dari aku, kau nak biarlah kau jahat, macam itu ke? Sepatutnya, kalau orang tegur, cubalah terima. Orang yang tegur bukan nak kau itu jadi macam dia, tapi, nak kau dengan dia sama-sama cuba jadi baik.

     Ada pulak orang cakap:

"Kalau buat baik dalam facebook/blog/twitter tapi kat luar jahat, baik tak payah. Hipokrit namanya!"

      Hello! At least, kalau kau tak baik pun, kau cuba jadi baik.Kalau kau buat jahat dalam facebook/blog/twitter, dah memang-memang kau bukan yang baik punya orang. Cuba jadikan persekitaran kita baik, baru kita boleh jadi baik. (buat jahat itu, maksudnya benda-benda yang terlarang seperti letak gambar tak tutup aurat, mencarut, kata-kata kasar dan sebagainya.)

       Kalau kau buat baik dalam facebook/twitter/blog, insyaAllah dekat dunia luar pun kau akan terbiasa.
Paham dop agi? Memang payah nak faham benda-benda macam ini. Tapi, cuba-cubalah faham.
Ada otak, cuba fikir dan banding.

      Kita sama-sama memperbaiki diri. Mana ada orang dari lahir dah memang baik, tak buat dosa langsung. Nabi saja yang macam itu. Cuba jadi baik.Jangan masih terperuk dalam 'life' diri sendiri. Mari kita berubah lillah!




November 28, 2012

Apa Cer Cuti nih?

Assalamualaikum w.b.t.

Saya sekarang agak sibuk dengan diri sendiri. Sekarang, saya dah ada pekerjaan baru dekat rumah.Baby sitter! Tiap hari, buat laban, basuh ehem-ehem dan main-main dengan mereka.Seronok tapi, hari pertama mereka sampai, dukung-dukung sikit, dah kejang lengan kanan.Lepas diurut oleh mamita tersayang, baru rasa lega. Alhamdulillah.


SMA. Apa cerita?
Result keluar tak tahu lah bila, tapi mungkin juga sama dengan tahun lepas, 27/12/2011. Bagi saya, ia satu penyeksaan yang lama! Harap dapat keputusan yang dapat membayar segala duit, tenaga, tidur yang telah dikorbankan semenjak trial ke second trial hingga ke real examination. Kalau tak dapat mumtaz sofi, memang tak berbaloi dengan apa yang  saya dah korbankan. Kalau tak dapat, maknanya bukan rezeki. ^_^

SPM macam mana?

Untuk menghadapi SPM, saya ada buat persediaan sikit.hihihi . .sikit saja. Minggu pertama cuti, saya tak cuti ,tapi saya belajar di sekolah dari pagi sampai petang. Sekolah saya ada buat extra class, untuk habiskan silibus. Tapi, sebenarnya, satu minggu tak cukup untuk habiskan silibus.Almaklum saja, bukan sekadar nak habiskan silibus, mestilah kena pastikan budak-budak faham, macam dekat sekolah. Cuma pakaian saja yang bebas. Agak rugi siapa yang tak datang sebab ia percuma! Tapi, tak mengapalah, budak Ihsan ramai anak orang kaya-kaya. Boleh pergi tuisyen mahal-mahal, cover semua yang tak habis lagi.

Saya?Hurm. Actually,Saya ada mengikuti kelas tuisyen di Semambu, Kuantan.InsyaAllah, bulan 12, akan bermula kelas intensif(pakej). Akhirnya, setelah dipujuk dan 'dipukau', ayah saya benarkan juga saya pergi tuisyen. Sebagai  diskaun untuk ayah saya, duit untuk kelas intensif tu guna duit saya!Baru seronok kan belajar guna duit sendiri.Rasa matang gitu~ Oleh itu, memang tak dapat nak makan angin jauh lah nampaknya.




Memang agak tak sabar nak tunggu kelas fizik dan addmath. I'm blur with those subjects.

Anda kena faham ya, pelajar sekolah agama agak ketinggalan dalam subjek akademik, maka memang agak kepanaan kalau ditanya tentang akademik.Untunglah budak sekolah biasa, silibus tingkatan 4 mesti dah habis.Tapi, untung lagi kami, pelajar sekolah agama, dapat belajar ilmu agama lebih mendalam tau!

Dugaan-Nya

Makin besar, mestilah ada perasaan yang tersendiri. Saya pun remaja biasa. Tak mungkin kan kalau tak ada langsung perasaan suka. Ada itu memang ada, tapi, buat masa sekarang ini saya memang harus berjuang untuk menolak itu ketepi dulu, dan simpan kemas-kemas dalam lubuk hati yang paling dalam. Saya kena tumpu pelajaran dulu.

Bak kata hati saya :" Jangan nak menggatal sangatlah sekarang ini.Addmath & Fizik pun gagal, ada hati nak melayan jiwang.No way! Keep it away from your mind. Just focus for your SPM."


Cuba cakap, ada ke remaja yang tak pernah suka siapa-siapa? Ada? Kalau ada, memang saya sangat respek dengan anda. Kuat betul anda menolaknya jauh. Kita tak minta perasaan itu ada, tapi, dia dihadiahkan oleh Allah sebagai ujian pra-SPM. Maka, kuatlah, Nabilah!


 Bak kata kawan saya: "Jangan layan sangat menda-menda gini."


Baik! Saya sahut kata-kata anda, sayam(panggilan manja untuk kawan saya)!


Konflik kawan
Ada kawan saya blocked saya dalam facebook hanya semata-mata saya marah dia sebab  dia terlalu exposekan name crush dye.. . (Tak baik cakap pasal peribadi orang). Saya cuma niat nak tegur dia. Tapi, mungkin cara tegur itu tak berapa bagus. But, before this, saya dah banyak kali tegur dia secara halus. Bila dah over, saya pun bash la dia. Kesian dia. Serius ya, saya sayang dia, sebab dia kawan baik saya. Tapi, nak buat macam mana, orang dah tak suka. Tapi, dia, bukan tak biasa kena bash dengan saya, dia pun banyak bash saya. Kali ini, mungkin dia dah hilang sabar macam saya hilang sabar dengan dia dulu.(saya pun pernah block dia juga, dengan alasan lain. Sekarang, dia buli balik~ padan muka aku!)



                                                 

Kesimpulannya?


Solusinya:


SMA: Result yang dapat nanti redha saja. Apa yang awak buat, itulah yang awak dapat.


SPM: Step by step. Anda boleh kalau anda rajin. Bak kata kawan saya :"Tak layak ambil medik kalau diri tu malas." (*ayat sudah diubahsuai)


Ujian pra SPM: bak kata kawan saya:"Jangan layan sangat menda-menda ni." sabar ya, masih ada masa untuk perasaan itu dilanjutkan.huhuhuh~


Konflik Kawan: Biarkan dia. Dia sudah pandai membezakan mana kaca mana permata. Cuma dia belum praktikkan kepandaiannya itu dalam persahabatan. Biarlah.


let it go.don't try to play with it. u will hurt.


November 4, 2012

Separuh Merdeka



Assalamualaikum w.b.t 


Well done, Nabilah. You just did a good job in your examination. ^_^ (ayat sedapkan hati)

         2/11, tarikh yang memang best bagi saya.Fyi, real sma dah melabuhkan tirainya! Saya sebagai budak merdeka konon-kononnya bermalas-malasan di rumah dan dah mula pasang niat untuk ponteng sekolah. Astaghfirullah. Kawan siapalah ni.

        Sekarang, dah mula nak guna bahasa pasar dalam blog. Ini mungkin sebab pengaruh tengok blog-blog orang lain. Actually, I didn’t want to pretend like others. Tetapi, atas faktor-faktor malas nak susun ayat, beginilah jadinya. Asalkan saya guna bahasa yang orang faham untuk dibaca. (macam ramai sangat nak baca. LOL)

        SMAI akan buat kelas matematik tambahan minggu pertama cuti akhir tahun. Hanya untuk pelajar yang ambil subjek tersebut. Untunglah budak-budak kelas 4IK dan kelas 4IA. Memang mereka boleh menikmati waktu cuti sepuas-puasnya sebelum bersedia untuk pecah kepala study smart untuk tahun depan. Baki seminggu persekolahan, kelas akademik akan berjalan untuk para guru habiskan silibus. Wau, sukanya saya! (sambil menitiskan air mata)

         Saya sangat rasa tertekan bila dapat tahu ada kelas addmath. Macam mana tak tertekannya. Dah zero tentang addmath. I’m serious! Kadang-kadang kemahuan dalam hati berbisik, suruh tukar aliran, masuk kelas seni ataupun akaun. Tapi, otak saya menghalang sekeras-kerasnya. Sangat garang otak saya. Huhuh~
Suara pertama:“Kau tahu tak kau tu tak layak la masuk kelas sains. Konon la nak jadi doktor. Fizik dengan addmath pun gagal. Ada hati nak jadi doktor. Berangan je lebih.”

         Suara kedua: “ Memanglah kau gagal, kau kan masuk ihsan tengah tahun, punyalah laju silibus mereka-mereka itu. Fizik kau bab 2, ihsan dah bab 3. Biologi, mereka sudah tahu pasal meiosis dan metosis, kau baru nak  belajar pasal pergerakan keluar masuk membrane plasma. Beza 2 bab tuh!Addmath pun, mereka agak laju.Kimia juga.Relax.Chill la. Chill.”

 Muka saya bila dengar suara kedua. ( V^_^ ) -happy sangat-

        Tup-tup datang suara ketiga: “Oh please, kau tolong lah jangan nak buat-buat ‘relax’. SPM tahun depan kan. Kau masih kosong lagi. Kau tak risau ke? Kesian mak ayah kau, taruh harapan tinggi untuk kau. Sedarlah wei. Kau tu dah banyak lalai. Study la. Kau dah tak ada masa banyak.PSI,PQS, BM,BI, Mathematics modern, BA, Sejarah lagi.”

Muka yang tadinya sangat relax dan ‘cheria!’ tiba-tiba bertukar jadi X_X
I’m dying!

       Bila dah dengar suara ketiga itu mula lah kurangnya confident value dan teruslah menitiskan air mata. Kesian.Banyak kali dengar suara ketiga dan suara pertama tu, lagi-lagi masa tengok markah kawan sebelah yang memang tinggi. (top 3 dalam tingkatan kowt. Saya? No 25/197. Huhu.. shame on me)
Sebenarnya, banyak lagi suara-suara lain yang tak masuk akal pun ada menyelinap dalam otak dan hati saya. Saya sebagai seorang yang sangat pemalas ini, Cuma akan berkata, kesah apa aku?
Teruk sungguh. Bayanglah, macam mana nak jadi doktor kalau addmath selalu cuai? Macam mana nak jadi doktor kalau fizik tak tahu formula?

          As the conclusion, saya patut buka mata, dan lakukan perubahan. Tapi, apa perubahan itu?Yeah ,mencintai Ki, Bi, Ed dan Fiz setulus jiwa! Bukan nak belajar sebab nak jadi doktor saja. Betul tak? Harapnya boleh lah, agaknya.

         Suara ke- ? , tak tahu yang keberapa ( punyalah banyak sangat suara yang pernah wujud dalam otak) berkata: Masih ada masa. Tahun depan study molek-molek. Tak semestinya gagal itu akan bermakna kita memang akan gagal.. Belajarlah kerana Allah. InsyaAllah, dapat punya. Study smart. Jangan mudah putus asa. Kalau rasa tension atau stress, rasa nak nangis ke, nangis saja. Menangis mampu melegakan perasaan walaupun tidak memberi terlalu banyak kesan.(pada orang lain, pada saya, banyak kesan lepas nangis. Contoh, mata akan jadi sembab.huhuh) Lepas menangis tu, ambillah langkah yang baik untuk selesaikan masalah. Mudahkan?”



        Whoarh. . Panjang betul bebelan suara yang ke-? ni. Baiklah. Saya cuba. Billa…Hebat,hebat,hebat! (puji diri sendiri pulak.Hadoiihh)

       I try to survive and I don’t want to stop on the middle journey. Just walk through it. You can do it, Nabel. Ganbate! Hwaiting!Chaiyok! (perkataan klise, tapi, apa salahnya.)

DOAKAN SAYA DAPAT MUMTAZ SOFI! AAMIIN! ^_^



-Live your life. Never kill your life. Even your life was pain, just fly,fly and fly.-

lagu epik high- fly (layan je la dia punya translation)

                                                                   

                       Epik high- fly

Isn’t it tough? (It’s tough) The cruel world
Will laugh at you behind your back
In front of the mirror ki gook ko
You’ll have to support yourself
Don’t know where to go
With one mistake, everything else will be lost
When your head is down, fold your hands
Spread your wings, you can fly
It’s morning when you open your eyes
The compass heads you toward the same direction
In this confident world around you
It’s not easy to kneel down and rest
Don’t forget what made you want this old dream
Elegant two arms, spread your wings, you can fly

You can fly (No matter anyone says)
Higher (I won’t ever)
Then the birds in the sky (Give up on my dream)
You can fly (No matter anyone says)
Higher (I won’t ever)
Then the birds in the sky (Give up on my dream)
Fly (My Baby) No matter what the world says
Fly, fly, get em up high,
No matter what anyone says, go go
Fly (My Baby) Even if love leaves you behind
Fly, fly get em up high...
Fly, even if you’ve got nothing
You Can Fly, even if love abruptly leave you behind
You Can Fly, even when you’re suffocating from pain
You Can Fly You got to fly sky high!

When you open your eyes, there may not be any light
You may be a long distance away from your dream
It’s still hard to rest and breathe living my way
I turned away from reality
And still haven’t what I’ve been looking for
Don’t let a love you couldn’t receive
Bring you down, never die
Spread your wings, let’s go everybody, fly!

You can fly (No matter anyone says)
Higher (I won’t ever)
Then the birds in the sky (Give up on my dream)
You can fly (No matter anyone says)
Higher (I won’t ever)
Then the birds in the sky (Give up on my dream)
Fly (My Baby) No matter what the world says
Fly, fly, get em up high,
No matter what anyone says, go go
Fly (My Baby) Even if love leaves you behind
Fly, fly get em up high...

A lifetime dream being erased by sighs
Doors I’ve opened many times
I notice false hope when I open my eyes
Clean out the dust from every corner
Just as I thought, I’m a suitable competitor
Slowly I’ll make progress, why give up my dream?
Stay on firm ground and look far
Darker the night, brighter the stars will shine

       (copy from http://forums.boajjang.com/index.php?showtopic=52297)



October 20, 2012

Real SMA sudah datang!

Bismillahirrahmanirrahim

       Hari ini, hari Sabtu. Waktu istirehat, sambil dengar lagu korea.Isyh222..Teruk betul. Facebooking, merayap tengok blog kawan,  sekolah. Memang dah lama tak update. FYI, Khamis baru-baru ini, Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) sudah bermula. Saya seperti biasa cuak pada hari pertama. Tapi, hari kedua sudah lega sikit, sebab exam Insyak wa Mutola'ah dah lepas. Tahu Insyak itu peperiksaan apa ? hurm~ Insyak adalah karangan.Ya,  karangan Bahasa Arab. Senang ke ? Kalau senang, tak mungkin lah saya dapat jayyid jiddan 'sahaja' masa trial dulu, dengan markah karangan 15/25.

       Disebabkan saya kurang pandai reka karangan sendiri, nahu kelaut, kosa kata pun kesungai, baiklah saya menghafal karangan yang ustazah bagi. Finally, apa yang dihafal tak masuk bulat-bulat dalam exam. Saya hafal peranan ibu bapa, yang keluarnya peranan ibu-ibu. Saya : Oh My Allah, why?Why? Maka dengan itu, saya pun terpaksa menukar dhomir (kata ganti nama diri) dan nahu-nahu dalam karangan yang saya hafal. Saya tulis karangan, macam siput lajunya. Takut ada salah nahu. Hanya berserah dan pasrah kepada Rabbi.Mutola'ah, tak susah sangat, tak senang sangat. Biasa-biasa saja. Mutola'ah macam jawab nahu dan Sarf. Boleh lah tahan. Bolehlah ? Hurm, boleh lah ~

Next day. 19/10.2012. Nahu dan Sarf . Buka soalan, waw ! Mudahnya! Bila menjawab, otak pun tanya, mudah ke ? Hati pun jawab, bolehlah. hurm ~

       Pukul 8.30 pagi mula exam, 9.30 pagi, saya dah siap jawab 7 soalan. Sepatutnya, yang lebih afdhal jawab semua soalan (8 soalan), tapi disebabkan malas+tak yakin sangat+nak balik cepat, saya pun keluar dewan dalam pukul 10.15 pagi. Lega.Saya pun cek lah soalan. Ok, harus mengaku, ada yang salah! Tak apa.Dah lepas pun. Biarkan, biarkan.

Isnin, 22/10/2012. Exam Feqah.
Selasa, 23/10/2012. Exam Tauhid.

Lepas itu, cuti! Tapi ada lagi exam lepas raya aidiladha. Exam habis 2/11/2012. Oh My Allah!Permudahkanlah. Rabbi yasir, wala tua'ssir.


kertas Nahu wa Sarf 


kertas Insyak wa Mutola'ah wa Tarjamah


sketching belakang kertas Nahu


sketching dalam kertas soalan. * tak ada kerja

Bosan juga duduk saja. 3 jam exam, masa yang cukup banyak untuk jawab 7/8 soalan. Lepas jawab, goyang kaki saja. Masa yang lama itu dimanfaatkan oleh seorang budak lelaki yang duduk disebelah kiri saya(sebelah kanan pintu) dengan tidur!






 Disebabkan saya lambat daftar di SMAI, jadi nama saya didaftarkan mengikut kelas akhir. Sepatutnya, angka giliran saya 007, sudah jadi 197/200. Fuh !Jauhkan? Budak sebelah saya itu memang terlebih rehat saya rasa. Apa jadi dekat dia? Setengah jam berlalu. Dia dikejut oleh ustazah. You know what, ustazah siap tolong dia lagi. Haiya! Mana aci. Minta tolong dekat budak sekeliling dia kecuali saya.Saya nak tolong? Maaflah encik, ya. Saya tak mahu kena tarik kertas. Sedap sungguh dia goyang kaki pergi exam. Kita yang membaca, buat latihan bagai nak rak ini, buat sendiri tanpa ada talian hayat. Tak mengapa, rezeki dia lah tu .Hari-hari kedepan nanti, jangan haraplah ustazah nak tolong dia. Sebab, exam-exam yang akan datang jawapannya panjang, dan lebih khusus.Rasalah kau, budak. Biarlah kita tak dapat jawab dengan bermaruah. Hisyh..Panas hati tengok budak itu tersengih-sengih bila dapat clue. Huh!

Saya masih berharap apa yang saya buat itu adalah yang terbaik. Saya juga berharap mumtaz sofi itu jadi milik saya dan kawan-kawan seperjuangan di Ihsan dan Khairiah. Tapi, kalau tak ada rezeki, nak buat macam mana. Cuma diam dan senyum.


Allah, berikan aku dan kawan-kawanku di Ihsan dan Khairiah mumtaz sofi jika itu yang terbaik untuk kami. Kami hanya mampu merancang, tetapi Kau lah Tuhan yang menentukan segalanya. Aamiin...

September 14, 2012

Seputar September

Assalamualaikum tahiyyatan wasalaman. . .

Bulan September, banyak perkara yang melegakan.

Hari ini(14 Sept) saya raya!Semalam puasa yang terakhir  untuk puasa 6.Lega rasanya dapat habiskan.Almaklum saja, 30 syawal hari Ahad ini.Mujur sempat juga.. phew~

Saya pun baru selesaikan ujian Syafawi untuk Sijil Menengah Agama(SMA) dan juga ujian lisan yang kedua untuk Bahasa Melayu, semuaya baik-baik saja, walaupun ada juga yang sangkut-sangkut.Lega juga.phew~

Saya dah dapat 8 markah untuk subjek buuth(agama) dalam trial exam SMA.Saya baru dapat 5 mumtaz(A).Jayyid jiddan(B),3.Konon target tujuh mumtaz, tapi redha sajalah.Kalau nama Nabilah, memang payahlah nak hafal awal-awal.Memang teruk betul.Saya memang jenis menghafal malam sebelum peperiksaan. Sepanjang exam, saya memang jadi kelawar.Memang best.huhuhu~

Dalam banyak-banyak subjek, markah hadis yang paling bagus. Mujurlah, tak sia-sia hafal sehari sebelum exam.Mujur juga sebab ada inspirasi masa menghafal.Hurm, siapalah orang itu agaknya?

                                                       
      inikah gerangannya orang itu ?

Haa! Ada gaya dah mukanya! Tapi, bukanlah budak ini.Adalah manusia itu yang saya tak pernah berkomunikasi dengannya.Apa-apa pun, Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan lancar. Syukur jiddan.

Saya ada melawat kawan-kawan lama di SMA Al-Khairiah pada 3 September lepas.Seronoknya!Tapi, saya tak dapat lama di sekolah. Sekejap sangat. Tidak apalah, itu sudah mencukupi, daripada tak dapat jumpa langsung.



kelas 4 Ibnu Sina ^^


                                                                     
     LIANAA


sepatutnya tiga meja di depan, sudah tinggal dua. T__T

Seronok dapat jumpa kawan-kawan. Seronok. Sangat. Terlalu!

Esok(15 Sept) hari jadi my abah.Tak ada hadiah nak bagi. Dulu, ada saya bagi seluar slack untuk abah.Selalu jugalah abah pakai. Terharu saya.Mungkin saya akan beli hadiah Ahad ini(16 September).Tak apa lah lambat sikit beli.Sekarang tengah pokai!Duh~

 Ada satu lagi peristiwa yang seronok bulan September ini. Saya dapat makan angin di Perak.Maklumlah, Angah saya menyambut menantu di Perak dan saya dapat meluaskan pandangan di sana. Sekarang sudah tinggal dua orang bintun yang single. Saya, mestilah dalam 9 tahun akan datang. Abang saya mungkinlah lambat lagi. Saya cuma risau kakak saya yang seorang itu. Mungkin tak lama lagi.Risau saya. Kalaulah semua orang kahwin, saya akan ditinggalkan. Alone. Sedihnya! Saya harap ia lambat lagi. Tahun depan, mungkin saya akan beraya dengan ma,abah dan adik beradik yang masih single saja. Harapnya ada wakil adik beradik yang dah kahwin beraya dengan kami juga. Apa-apa pun, saya tumpang gembira, mereka dah jumpa jodoh mereka.huhuhu~ 

Honestly, I'm not feeling so good if my siblings get married.Why?hurm, no comment~

Sepanjang bulan September, everything was great.Just great.huh~

Oktober nanti, saya akan menghadapi SMA sebenar. Harapnya semua akan baik-baik saja dan harapnya juga malas saya akan berkurangan.huhuhu~

Till then, see ya!
Assalamualaikum . . .




July 23, 2012

seputar masa Julai

Allahumma bariklana fi rejab wa sya'aban,wabalighna ramadhan. Alhamdulillah, saya masih berpeluang menyambut ramadhan pada tahun ini. Rasa macam baru lagi tahun 2012. Almaklumlah, tanda hari kiamat makin mampir, masa bergerak pantas. Mujur Allah masih beri kesempatan merasai kenikmatan bulan penuh barakah dan ganjaran ini. Setakat bulan Julai ini, semuanya baik-baik saja.Setakat maslahat sampingan, saya masih mampu tanganinya walaupun agak stres kebelakangan ini. *TANGANI STRES, LA TAHZANI/TAHZAN . (pesanan untuk diri sendiri dan orang yang membaca)

                                                             * stuck + stress=' fabulous'*

            15/7/2012 baru-baru ini, saya hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan imtihan. Izinkan saya guna bahasa pasar ^_^. .

"Woarh, giler teruk!macam ni ke budak 9A ? dapat nombor 25 dalam tingkatan!'Bagusnya'!Budak yang dapat 8A dan kebawah boleh pijak aku macam tu je!eiy, memang lembab!"

Macam itulah pemikiran cetek lagi sempit. Tapi, pemikiran ini sekejap saja. Saya cepat-cepat betulkan cara pemikiran yang sudah serong ini. Lumrahlah, kadangkala manusia tidak lari dari berfikiran negatif . Mungkin, saya jenis payah nak terima hasil ke atas apa yang saya sudah lakukan. Saya tak salahkan diri saya juga, sebab tertinggal banyak dalam pelajaran sains tulen dan matematik tambahan. Maklum saja, 'budak baru'. Bila saya fikir semula, memang salah saya juga, kurang penekanan pada topik yang sudah dipelajari. Mungkin terlalu panik, sampai terlalu sibuk membaca topik yang belum dipelajari.Akhirnya, begitulah jadinya.

           Itu belum masuk cerita tentang buuth (pelajaran agama).Boleh dikatakan salah saya 100 peratus. Sebab?Sebab,saya menghafal malam sebelum imithan!Sudahlah mood menghafal kurang, almaklumlah, hati sedang berhujan dek perpisahan.Kesannya begitu panjang sampai ke hari ini.Subjek buuth yang paling saya kecewa ialah Al-quran, saya dapat 0%!Alasannya, saya tak pergi tasmik dengan ustaz. Sudahlah saya turut dikategorikan sebagai pelajar lama, jadi masa yang diperuntukkan untuk menghafal agak singat. Ustaz kurang bertoleransi dengan saya,mungkin. Saya baru hafal surah As-Sajdah.Surah Al-Waqi'ah belum dihafal sepenuhnya,meskipun saya pernah menghafalnya sebelum ini. Tapi,ustaz mengambil kira bilangan ayat surah Al-Waqi'ah yang ditasmik olehnya. Hello, pelajar lain yang diberi masa lama memang patut lah diberi dateline  cepat, habis,saya? Tidak ada pengecualian.

         Tidak mengapalah.Mula-mula memang saya rasa tidak puas hati,  menangis bagai nak gila.Apa tidaknya, saya rasa budak kelas akhir pun tidak ada yang dapat 0%. Ustaz pukul rata semua pelajar. Tapi sekarang, saya husnuzon saja.

"Mungkin ustaz tak ingat aku budak baru, atau mungkin juga ustaz malas memberi pengecualian, mungkin dia takut aku ambil kesempatan.Atau mungkin juga salah aku yang tidak menghafal cepat-cepat."

           Tapi, surah Al-Waqi'ah agak panjang, takkan lah boleh dihabiskan dengan cepat,pelajar yang lama pun tak mampu nak habiskan, inikan pula saya yang baru pindah ke kandang kuda dari kandang lembu.(maksudnya, tak biasa lagi dengan persekitaran.)

            Bayangkan, saya masuk ke sekolah baru pada 2/5/2012. Imtihan P2, 9/5/2012. Tidakkah sesak jantung dibuatnya?Banyak perkara yang perlu dibereskan,ketinggalan topik pelajaran, keserabutan emosi dan segala yang boleh mempengaruhi pemikiran menjadikan saya kurang mood dalam melakukan segala perkara.Mahu angkat kaki ke sekolah pun rasa berat. Entahlah. Apa masalah saya agaknya? I have no idea. Saya harap semuanya akan selesai sebelum saya menghadapi trial SMA pada 13/8/2012 nanti.InsyaAllah, Mumtaz Jiddan Sofi !


July 5, 2012

HUJAN DI HATI

2/5/2012. Tarikh yang paling menghibakan.Apa yang terjadi masa tarikh ini?Saya pindah sekolah!Tak pernah terfikir, saya akan tinggalkan Sma Al-Khairiah.Saya tak tahu macam mana lagi nak huraikan perasaan dengan kata-kata.Saya sudah berjauhan dengan kawan-kawan. Kawan-kawan saya, Syafika, Atiqah, Atikah Hairulazam,Inilhoir, Laila dan Anis(ramai lagi sebenarnya).Saya rasa separuh semangat saya sudah pergi.Tapi,saya kuatkan hati, Allah ada perancangan hidup yang lebih baik dari apa yang saya jangkakan.Saya tak pernah terfikir akan menjadi salah seorang pelajar Sma Al-Ihsan. Tapi, hakikatnya...Ya, saya belajar di Ihsan. Saya belajar di Ihsan, tapi saya masih pelajar Khairiah.Hanya jasad dan minda ada di Ihsan, tapi  hati, tidak.Hati saya masihlah lagi ditimpa 'hujan lebat' dek kerana perpisahan ini.Ya Allah, berikanlah apa yang terbaik.Aku tak mampu terus bertahan di sini.Kuatkanlah hatiku,untuk menempuh kehidupan di sini tanpa... mereka.









Saya menyambut rakan-rakan dengan banjiran air mata.5/7/2012, sekali lagi banjiran air mata di pipi ketika selesainya majlis.Memang tak dapat menahan emosi apabila melihat sahabat-sahabat akan pulang ke Temerloh. Hanya doa dan kasih kekal dalam hubungan persahabatan ini. Semoga Allah memberikan saya dan sahabat-sahabat peluang untuk bertemu lagi nanti. Sahabat-sahabat, doakan saya yang jauh ini. T________T .. (update blog sambil menangis...lagi..)

jom layan lagu ini kejap... <3

lagu ini yang membuatkan 'hujan turun' di pipi ...sobs22
2012. . full of tears.. T___T

picisan time ! (bukan selalu)


new update. .cerpen picisan je pun.. lalalala~ enjoy membaca.. 
Cinta Yang Kedua
April  2023
 Keutuhan jiwanya menyelamatkan emosinya. Wajahnya cemberut mencuka.Ingin saja dia menghabisi riwayat lelaki itu, tapi, masih waras fikirnya. Kenangan lalu menimpa-nimpa ke benak.Menjelajah pelosok jiwa.Meratah hatinya.
Entah apa baran yang merasuknya.Lelaki itu telah menghancurkan hidup manisnya sebagai remaja.Merentap kegembiraan di usia  pucuk.Dulu, dia yang dikenali dengan pemurah senyuman telah bertukar menjadi pemencil diri.Mukanya selalu dihias dengan amarah.Wajah lelaki yang nampak naïf itu tidak banyak sedikit mencairkan amarahnya yang kian memuncak kini.
Setelah sekian lama geramnya terpendam, baru kini lelaki itu menyedari kesalahan lalu.Tulang pipi lelaki yang agak menonjol kelihatan cengkung di pipinya.Kening lebat itu sudah agak jarang.Mata sepetnya itu Nampak kuyu.Seperti baru lepas menangis.Tinggi lampainya tidak pernah terjejas.
“Apa pentingnya kau datang ke sini?Sudah 12 tahun cerita itu berlalu, baru sekarang engkau menginsafinya?Sudah siuman dari mental kau yang keji dulu?” Dia mencucuh api dalam katanya.Sakit hatinya agak terkawal tidak seperti tadi sewaktu terlihat wajah lelaki itu di depan pintu pengimbas elektronik di bilik kerjanya itu.
“Kesalahan aku sekecil itu ingin kau bahaskan?Cubalah ingat pesanku dulu.Nabi Muhammad pun memaafkan umatnya inikan pula kita manusia biasa.Apa merana sangatkah kau dulu?Kesalahan aku sikit saja.Hanya kau yang memperbesarkan.”Lelaki itu seperti ingin memarahinya.Agak putus asa intonasinya. Perempuan berkaca mata itu masih sabar.Menahan diri dari terus memaki hamun lelaki itu.
“Kalau aku tahu, akan ada kezaliman yang berlaku, sudah lama aku lupuskan cinta aku terhadapmu dulu.”Dia mengeluh melepas lelah.Lelaki itu tunduk.
“Itu zaman remaja.Tak mungkin aku akan setia.”Senang lelaki itu menjawab mempertahankan dirinya daripada terus dicemuh.Dia merengus kasar.
“Hei, apa kau datang ini ingin memohon maaf atau cuba memperbetulkan perspektifku terhadap kau?”Dia menanyakan soalan itu dengan kasar.
“Barangkali dua-dua.”Lelaki itu mengeluh.
“Sudahlah ingat waktu dulu.Cuma pengalaman untuk pedoman.Tolong jangan hampakan kedatanganku ini.”Lelaki itu memujuk lagi.
Mac 2010
“Mardhiah, sudah kecoh satu aspura kau dengan Ifkar.Apa betul yang dia orang semua hebohkan?” Syakirah bertanya.
“Ifkar suara itik itu yang gila.Dia yang hebohkan nama buruk aku.Boleh dia kata, aku ini tergilakannya?Dia yang menjolok sarang tebuan.Tidak ada sianya aku menengking dia depan orang ramai dulu.Dia bercerita dengan kawan-kawan seangkatannya yang dia hanya ingin  mempermainkan aku saja.Bukan serius pun.Aku pun tak mengharapkan apa-apa dari dia.Cuma aku tak mahu dia jadi budak sosial.”Mardhiah  lelah bercakap.
“Jadi, sebab tu lah kau pun dilabel budak sosial hanya disebabkan kekejian mulut Ifkar tu?”
Mardhiah cepat-cepat mengelap pipi kesan lekit air mata yang berjejeran.”Aku tak tahu apa motif budak tu nak sebarkan nama aku.Tak pasal-pasal aku terpopular dengan jolokan girlfriend Ifkar.Aku rasa aku budak jahat.Budak sosial.”
Syakirah hanya mengusap kura tangan Mardhiah dan kadang menepuk-nepuk bahu rakannya itu.
“Aku dengar dari budak aspuri yang sama sekolah dengan dia dulu, dia ni playboy, suka mainkan perempuan.Dan nampaknya kau perempuan yang termasuk dalam senarai mangsa playboynya.Sangkanya, dia budak baik.Muka dia memang suci tapi,huh,Keji perangai dia.”
Loceng membingitkan gegendang menandakan rehat sudah tiba.Seperti biasa dua sahabat itu berjalan melangkah ke kantin.Seusai habis berbelanja membeli makanan pagi, mereka pulang ke kelas.Mardihah yang tadinya ketawa dengan jenaka Syakirah tiba-tiba naik darah.Jelas di mejanya tertulis , ‘Mardhiah Ifkar ada skandal.’Dari kejauhan,dapat dia saksikan Ifkar bergelak ketawa dengan rakannya.Tangisnya lebur juga.
“Kau celaka, Ifkar!”
Disember 2011
“Kau serius nak pindah sekolah, Mardiah?”Atiqah bertanya jujur.Agak sayup di hujung talian.
“Ya, lagipun aku ada alasan nak pindah.Aku masih malu pada Ustaz Shauqi.Dia yang tangkap aku buat date dengan Ifkar.Padahal  aku terima surat layang, ada budak form 4 perempuan nak jumpa aku kat 3 Ibnu Sina.Rupa-rupanya, si Ifkar.
Tak sempat aku nak bla dari situ, Ustaz Shauqi dah tangkap aku.Beria-ia aku jelaskan.Mujur, dia percaya.Tapi, cikgu-cikgu yang tak tahu cerita yang betulnya, mempercayai yang aku girlfriend Ifkar.Lagipun, aku dapat PMR 9A, aku boleh berambus dari sekolah ni, walaupun aku masih sayang sekolah ni.Aku nak jauh dari budak celaka tu.Dia tu bijak, tapi akhlak hancur!”
Atiqah tidak memberi sebarang komen yang panjang melainkan menyuruh Mardhiah fikir masak-masak dan solat istikharah.Mardhiah menerima nasihat itu.
Tahun depannya, berangkatlah Mardhiah ke sekolah barunya iaitu di SMAP Kajang.

April 2023
“Apa sudah habis lamunnya?”Lelaki itu bertanya sambil menggoyangkan tangannya di depan muka perempuan yang keruh itu.Sejurus, kenangan bodoh itu yang tadinya menghinggapi mindanya berkecai.
“Cuba mengingati kejahatan kau.”Mardhiah membalas.
“Kenapa kau tidak habis-habis menyalahkan aku?Apa berat sangat salahku hingga engkau terseksa?”
“Hei, kau , lelaki!Kau memang bodoh untuk menyelami perasaan perempuan.Kau fikirkan kehebatan kau untuk mendapatkan perempuan.Tapi, bila tak dapat perempuan itu, mulalah kau mengatakan perempuan itu tidak baik dan tidak molek akhlaknya.
Apa kau masih ingat perbuatan terkutuk kau dulu?Kau merancang mahu kenakan aku bukan?Kau hantar surat kosong tanpa pengirimnya.Sampai kita dituduh berdating oleh warga sekolah!Apa kau sudah lupa itu semua, hah?”Dia menengking.
“Sepupu aku menceritakan pada aku, seekor serigala yang perasan hebat amat meminati segugus anggur yang nampak lazat, hitam pekat,berkilat cantik, dan ranum.Dia cuba menyeberangi sungai untuk mendapatkan anggur itu, malangnya tidak dapat juga.Lantas dia mengatakan kepada rakannya yang lain,”Anggur itu buruk.Sudah aku teliti.Ternyata masam.”
Lelaki bermata kuyu itu merasakan seperti terkena hentakan pada kepalanya.Malunya tidak terperi.
“Seperti kau.Apabila kau tidak dapat mendekati aku, tidak dapat mencairkan hati aku, tidak dapat nombor telefonku, kau mula mengatakan yang aku ini berlagak malah sombong.Tidak semena-mena ada perkataan gedik yang di labelkan kepada aku ekoran ketidakpedulikan aku.Itu yang difitnahkan.
Dan waktu itu juga, aku sering dipandang sinis oleh rakan-rakan sosial kau yang lain.Sering dikutuk, dan diperlekehkan.Jika engkau tidak memperkenalkan aku kepada mereka, siapa lagi?”
Lelaki itu tunduk membisu.
“Memang kau tidak terasa malu.Tapi aku sebagai perempuan amat malu.Tidak tahu di mana mahu meletakkan muka aku.Bila aku tanyakan pada kau, kenapa kau buat begitu pada aku, kau akan mengatakan yang kau menjadi nakal sebegitu kerana kau pernah sukakan aku.Persoalannya, apa kaitannya dengan perasaan kau dengan fitnah yang disebarkan dan perbuatan khianat kau pada aku?Perubahan drastik kau ketara.Sungguh berubah dari yang asal.”
“Aku tidak meminta jadi…”
“Jangan mencelah semasa aku bercakap!Dengar apa yang aku mahu katakan!”Dia menengking lagi.
“Kau biarkan budak-budak menghina aku dengan kata-kata yang tidak pernah aku mahu dengari.Kau hanya tersenyum ketika aku diejek-ejek.Yang aku harapkan lain, lain yang jadi.”Dia lelah sebentar. Bersandar ke sofa baldu itu.Cuba menghirup hawa dingin meski hatinya agak kepanasan.Bau lemon tersebar tatkala bunyi dari sistem penyembur berbunyi, ’30 minutes;lemon’.
“Maaf, ingin aku bertanya.Apa sebenarnya yang kau harapkan dari aku?”
“Apa yang aku harapkan?Untuk pengetahuan kau, aku mahu kau berubah sepertimana aku berubah apabila menginjak ke tahun baru.Aku sudah berhenti berhubung baik dengan lelaki, tapi kau masih rapat, menjaga ‘ukhuwah’ antara perempuan.Ia sudah cukup menghibakan aku.
Aku sering berdoa agar aku dapat bersamamu.Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.Tapi, malang sungguh, ingin aku pertahankan, tapi tidak terdayakan.” Dia menghapuskan jejeran air jernih yang mula melimpah.
“Aku tidak menyangka itu yang kau mahukan.”Lelaki itu berbicara setelah rasa bersalah menderanya tatkala melihat perempuan di hadapannya itu berlinangan air mata.
April 2010
Surat itu di tatap lama.Dia membacanya dengan lahar marah yang boleh termuntah bila-bila masa.
“Memang aku tak sangka, ingatkan aku seorang je bertepuk sebelah tangan rupanya ada udang di sebalik mi.Tapi sekarang, aku tak sukakan kau sebab kau banyak berubah walaupun aku turut berubah.Aku tidak suka perangai kau.Sungguh menjengkelkan.Aku sudah muak dengan perangai sensitif kau yang melampau. Aku Cuma ingin mengenali kau dengan lebih rapat, bukan nak tackle.Itu pun tak boleh. Nombor tak mahu beri. Kaukan sukakan aku.Kau buang masa aku saja.Baik aku belajar dari layan kau.”
“No!”Mardhiah menjerit sekuat hati.Satu kelas terkhali.Ramai yang berbisik mengutuk.Mardhiah tunduk ke meja dan menangis.Hanya itu mampu dia lakukan.Aku mahukan perasaanku terhadapmu ini kekal.Sungguh kau keji!
April 2023
Dia menyilang kaki.Lelaki dihadapannya  masih direnung.Lelaki itu masih mengung.Dia seperti baru tersedar yang dia melakukan kesilapan yang telah menggoyahkan semangat perempuan itu.
“Disebabkan kau, aku letai untuk belajar meski resultku cemerlang dalam PMR dan SPM.Tapi,aku sungguh berasa keseorangan.Aku memang tidak menganggap kau sebagai teman aku, tapi, tetap saja aku rasa hilang sesuatu.
Selepas pertikaman lidah di antara kita dulu, dari situ langsung sedikitpun  kau tidak memalingkan muka kau kepada ku.Kau melakukan aku seperti tidak wujud.Sungguh terasa aku.Aku mahu kau tahu, sedalam manalah marahku terhadap kau, memang tidak akan hilang perasaanku terhadapmu sampai sekarang.” Jujur dia menyatakan.
“Bagi aku pula, selepas pergaduhan itu, aku rasa kau betul-betul membuang aku jauh dari ingatanmu.aku pernah juga curi pandang melihatmu, tapi hanya dari ekor mata dan dari jauh.Selepas aku tahu kau berpindah sekolah aku berasa keseorangan.Tiada tempat untuk aku buat nakal.Aku cuba menghilangkan kau dari hidup sedikit demi sedikit,dan ternyata aku telah melupakan kau, dan mengisi orang lain dalam hatiku.”Lelaki itu jujur mengaku.
Dia dapat  mengagak siapa orang lain itu.Siapa lagi kalau bukan si Airah yang terlebih lembut itu!Mardhiah bermasam muka.Teringat dia akan khabar dari rakannya dulu tentang perkahwinan Ifkar sejurus selepas habis STPM.
“Oh, ya...Ifkar.Dengar cerita kau kahwin dengan Liyana budak lepasan SPM tu kan?You married after got STPM’s result, right?Kau tahu tidak, itu membuatkan aku betul-betul kecewa dan benci pada kau.Tapi, tak sangka kau datang sini dengan status duda.Ingatkan kau dah ada berderet anak.Rupanya tak berkesudahan cinta monyet kau tu.”Mardhiah memprovok.Ifkar hanya senyap.Malas menungkit kisah lama.
“Sudahlah, itu cerita lama.Memang tak ada jodoh.Sekarang ini, bagi pihak Hanna, aku mahu tahu, kenapa kau selalu bergaduh dengan Hanna?Apa masalahnya?”Ifkar berani menanyakan soalan itu.
“Perempuan murahan itu?Huh, dia bersungguh-sungguh menarik perhatian semua lelaki.Dan bagi aku, dia yang mengajar kau kurang ajar.Ya, dari segi pertuturannya dulu yang berubah kasar dan perangai yang lebih lentur.Geli aku melihat duyung palsu itu!Kau nampak begitu berminat padanya.”
“Jadi, kau betul membencinya?”Lelaki itu mahukan kesahihan.Tiada reaksi untuk kata akhir Mardhiah.Malas menimbulkan kecemburuan yang tidak bertempat.
“Ya, terang lagi bersuluh!Aku tak sangka sebenarnya kau sanggup datang ke sini, semata-mata untuk meminta maaf.Aku rasa kau sudah sedarkan, semuanya.Ok, sekarang kau boleh pulang dengan senang hati.Aku sudah melupakan kau dari ingatan jahilku dulu.Cukup sajalah ini.Jadi, kau berbahagialah tanpa gangguan kesilapan kau dulu.Sudah, pergilah Ifkar.Kau sungguh melukakan hatiku.”
Lelaki  itu sekali lagi mengucapkan kata ampun seraya melutut.”Lupakan semua itu, Mardhiah.Itu cerita lama.”
“Tidak semudah yang kau fikirkan.Sudah, bangunlah.Jangan buat begini..Pergilah jauh dari hidup aku.”
Lelaki itu cekatan menegakkan kaki dan menunduk.”Assalamualaikum, Mardhiah.”
“Hmm… Waalaikumsalam warahmatullah.”Dia menjawab lemah.
Lelaki itu keluar dengan lesu langkahnya.Dia berjalan agak menunduk.Tiba-tiba, dia melanggar seseorang.
“Oh, maaf cik.Saya tak perasan.”Tulus dia meminta maaf.Perempuan itu mengutip alat komunikasinya yang selebar tiga jari saja.Satu fail elektronik yang mampu menunjukkan data dengan pancaran seperti tayangan itu hampir saja terhumban.Perempuan itu lantas memandang ke arah lelaki itu.
“Ifkar, kau buat apa kat sini?”Perempuan itu agak kaget.
Lelaki itu turut terkejut metah.”Oh, Hanna.Apa yang kau buat kat sini, siap bawa e-file ni?”Mereka berdua saling menanyakan soalan yang sama.
Setahu aku, e-file ini sering digunakan orang untuk temuduga atau pembentangan.Apa kerja dia ni?Ifkar bersuara dalam hati.
“Aku mahu temuduga di syarikat ini.Nama syarikat ini melambung tinggi apabila mencapai rekod pemasaran novel tertinggi  di Malaysia.Mungkin aku boleh cuba nasib.”Hanna melempar ibtisam madu seperti kebiasaannya.
Ifkar baru perasan, Hanna memang suka menggoda.Kalau dulu dirasanya biasa saja.Kini, baru dia mengerti apabila di bertemu dengan Mardhiah.
“Pergilah kau temuduga.Harap berjaya.”Ifkar mahu saja memberitahu bahawa  Mardhiah ialah pemilik syarikat itu, tapi, biarlah Hanna mengetahuinya sendiri.Ifkar terus menuju ke keretanya dan meluncur pulang.
“Assalamualaikum, puan.”Hanna memberi salam tatkala masuk ke ruangan itu.Bau lemon menusuk deria hidunya.Sungguh tidak percaya perempuan  berkaca mata itu adalah Mardhiah.
“Ya Allah Mardhiah, ini syarikat kau ke?”Hanna separuh teruja.Mardhiah melukiskan  senyum plastik semata.
“Kau yang mahu temuduga itu Hanna?Tidak perlulah kau sibuk bertemu duga.Aku terima saja kau bekerja di sini sebagai pembantu pengurus pemasaran .Setujulah.Kalau tak nak, ramai lagi yang nak kerja tu, walaupun tak setinggi mana gajinya.Lagipun itu saja kerja  yang ada buat masa ini.”Sebenarnya ada lagi kerja yang bersesuaian dengan Hanna, tapi, Mardhiah tidak mahu menjadikan Hanna salah seorang orang yang dipercayai.Risau juga kalau perempuan itu naik kepala.
Hanna hanya tersengih keriangan dengan rezekinya itu.Sungguh tak disangka Mardhiah masih berhati perut.Tidak ada kaitan salahku untuk dia jadikan alasan  tidak menerimaku bekerja di sini.Hanna bersuara dalam benak.
“Tapi, kau jangan ingat aku boleh percayakan kau lagi.Fitnah yang kau lingkarkan pada aku masih terpahat dalam nubariku.Aku menerimamu ke dalam syarikat ini pun hanya kerana kau pernah menjadi sahabatku.Esok kau sudah boleh bekerja.Oh, ya…harap jangan ada penyelewengan.Kau masih aku harap kau jujur walaupun kau tidak mampu ikhlas menjaga persahabatan.”Mardhiah menegaskan katanya.
Hanna agak terkejut ditebak dalam diam.Huh, Mardhiah dapat membaca hati aku.Bisiknya.
Dia hanya mengangguk patuh, lalu bersalam dengan Mardhiah sambil mengucap terima kasih.Lantas dia berlalu pergi.Sempat juga dia berbisik.”Aku tidak kisah apa saja kutukan yang mahu engkau berikan Cuma aku mahu kau ampunkan kekhilafanku.”
Mardhiah buat-buat tidak cakna, kerana sudah lali dengan permohonan maaf palsu sebegitu rupa.
21 April 2023
“Diyah, abah ada benda nak bincangkan dengan kau ni.Duduk kejap.”Mardhiah mengangguk patuh dan duduk berhadapan ayahnya.
“Abah terus terang sajalah.Abah sebenarnya nak sangat menimang cucu bongsu.Jadi, ayah fikir eloklah kau menerima pinangan ni.”Ayah Mardhiah mengeluarkan sebentuk cincin belah rotan.
“Bila pula ada orang pinang Diyah, Bah?”Mardhiah kaget.
“Pagi tadi, katanya kenalan Diyah dulu.Kenal Ifkar Zafri?Sama menuntut di sekolah menengah denganmu dulu.”Lancar ayahnya berkata.
Mardhiah tersentak.Jantungnya berdetak deras.Mengepam darah dengan laju.Oh, Tuhan, apa dia seorang saja lelaki yang ada dalam dunia ini yang ingin mengkhitbahku?
“Abah dah setuju Diyah.Mak kau pun dah setuju.Cuma tunggu kau saja.Ye lah, memandangkan umur kau sudah menaik, nanti saham jatuh.Ifkar itu pun lulusan Ireland.Jadi pensyarah dekat CMU.Sesuailah dengan kau, bergaji tinggi..Baik abah tengok budak tu.”
Mardhiah menterjemah kata ringkas CMU, Cleopatra Multimedia University.Antara universiti terelit di Malaysia. Ayahnya masih tidak mengetahui status duda lelaki itu.Malah tidak tahu, pelajaran di Irelandnya itu adalah atas paksaan ibu bapanya yang malu dengan perceraian anak mereka.Mardhiah tahu itu daripada sepupu Ifkar yang sekelas dengannya di Iskandariah dulu, Cuma tidak mahu diceritakan.
“Abah, bagi Diyah fikir dulu.Belum dapat fikirlah.”Diyah cepat memutuskan.
Malam itu, dia beristikharah.Memohon petunjuk dari Tuhan Maha Satu.Bangunnya dari maut sughra, tiada apa-apa yang dimimpikan.Tiada siapa.Tiada Ifkar.Tiada.Ya Allah, betulkah dia bukan jodohku?
Esok dan lusa, dia teruskan solat istikharah, solat hajat dan solat taubat.Dia hanya menyerah.Sungguh payah dia membuat keputusan.Ifkar, kalau sungguh kau sudah berubah, aku tidak teragak-agak untuk menerimamu.Kerana aku, masih merindu cinta lama..
Imbas kembali -April 2009
Hubungan Ifkar dan Mardhiah semakin rapat.Sering bertukar-tukar pendapat, belajar bersama dan bantu-membantu.Mereka nampak akrab.Keakraban itu membuatkan kecemburuan Anisa.Pergaduhan berlaku.Ifkar memenangkan Mardhiah.
Mereka memang seperti teman tapi mesra.Tapi, masing-masing menafikan perasaan yang hadir.Sungguh, Mardhiah telah terjatuh hati.Figura Ifkar selalu ada menyelinap dalam ingatannya.Tetapi, cepat-cepat dia memadam imbasan lelaki itu dari terus menari-nari di kotak fikir.
Hari itu, Mardhiah pernah meminta bantuan kepada Ifkar untuk mencari info tentang fahaman ateis.Itu untuk bahan tulisan cerpennya.Ifkar nampak suka.Dia sudah sedia maklum, Mardhiah tidak ada rangkaian internet di rumah.Bagi, Ifkar, apa salahnya membantu rakan sekelas.Dia telah menaip info-info dari internet.
Dalam kertas itu, ada tertulis,” Orang yang pertama kali secara terus terang, di zaman moden, mengakui dirinya sebagai seorang ateis dan membela ateisme, dalam pengertian yang kita fahami sekarang, adalah Jean Meslier. Dengan mendasarkan tulisan dan refleksinya observasi kehidupan sehari-hari, dia menulis Memoir of the Thoughts and Feelings of Jean Meslier, Clear and Evident Demonstrations of the Vanity and Falsity of All the Religions of the World. Judul buku yang muncul di pasaran pada tahun 1729, setelah kematian penulisnya, secara jelas menunjukkan kecenderungan ateistik. Dari sini, bermulalah sejarah ateisme, seperti yang kita kenal sekarang.”Dibawah perenggan itu ada tulisan tangan.
“Awak mahu buat cerpen ya?Masukkanlah nama saya sebagai hero.Tapi, saya nak heroin dia tu garang macam singa.”Ada gambar senyum disebelahnya.
Mardhiah senyum seorang diri.Dia memang terkenal dengan jolokan singa di sekolah.Dia mula merasakan satu perasaan yang tanpa dipaksa-paksa menular diseluruh sanubarinya.

24 April 2023
 Mardhiah melakukan kerja-kerjanya di pejabat seperti biasa.SD5nya yang dilengkapi semua kemudahan  sempurna dan fungsinya sama seperti  telefon bimibt, tapi ia lebih terkehadapan, tiba-tiba berdering.Melantun lagu nasyid kumpulan Al-Firdausi, menandakan ada orang membuat panggilan video.Segera dia menjawab.
“Assalamualaikum.Kenapa telefon ni?”
“Waalaikumussalam Mardhiah.Boleh saya berjumpa dengan awak di  bawah ?Ada perkara mahu dibincangkan.”Terpampang gambar Ifkar di skrin SD5 nya.
Mardhiah melihat tampang Ifkar yang sedang menikmati minuman di kafe.Dia menegur dengan memberi salam.Salam bersambut dan dipersilakan duduk.
“Saya fikir awak  sudah tahu dari abah awak tentang pinangan saya.Apa keputusan awak?”Ifkar tidak sabar bertanya.
“Biarlah saya order minuman dulu.”Mardhiah menempelak Ifkar.Ifkar terkedu.
“Err..Maaf.Silalah.”Pelayan di panggil dan dimintanya cappuchino ais.
Mardhiah mengumpul keberanian untuk berkata-kata.Lama juga jeda bermaharajalela.Lalu, dia mula bersuara dengan intonasi yang agak terketar tapi yakin.
“Sebelum itu, saya  tidak dapat menerima awak sepenuh hati  saya.Maafkan saya.Saya buat solat istikharah dan ternyata awak memang  tiada dalam mimpi mahupun bayangan.Hati saya tidak mengarah ke sesiapa pun.Kosong.”Bunyi yang datang dari skrin meja pelayan ‘ berbunyi table 5, cappuchino’.Tergambar figura cappuchino. Pelayan yang tercegat di situ segera datang bersama segelas cappuchino ais.
“Mungkin belum sampai jodoh saya.”Mardhiah menikmati cappuchino secepat mungkin.Dia mahu segera pulang ke pejabatnya.Tidak sanggup melihat wajah lelaki yang selama ini amat di ingatinya.
“Apa awak membenci saya?”Ifkar bertanya dalam nada kecewa.
“Tidak pernah sekali.Ok, saya  mahu kembali ke pejabat.Minta diri.Assalamualaikum.”Mardhiah membalas.
“Mardhiah, awak….”
“Biar sendiri hingga hujung nyawa.Asal tak sepi dari kasih-Nya.Kerana sesungguhnya hakikat cinta, hanya Dia Yang Esa.”Sempat Mardhiah berbicara.

Hujung bulan April 2023
 Hari ini dia mengambil cuti.Mardhiah hanya berehat di rumah.Dia teringat saat akhir bertemu dengan Ifkar.Usah dikenang kisah lama.Kalau dikenang merajuklah hati.Jiwa Mardhiah memujuk.Sambil dia  menonton tayangan projektor EXT smooth-85 inci itu (menyerupai televisyen), dia terdengar khidmat pesanan suara berbunyi menandakan ada orang berada di luar.’Guest at the gate, guest at the gate.’Dia mengintai di sebalik tirai.Rombongan pinangan.Dilihat di depan rombongan itu seorang lelaki yang amat dikenalinya.
 Irfan, rakan sekelasnya sewaktu  di Universiti Iskandariah dan antara penulis novel terbaik di Jordan dan Mesir.Dia, seorang penyair dan penulis.Sungguh Mardhiah merasakan kebahagiaan mula mendominasi segenap ruang hatinya.Lantas hati mekar berkembang seindah zahrah di musimnya.Oh, Tuhan, hatiku terbuka lagi untuk kali  kedua.Sungguh aku terharu.Alhamdulillah, Ya Rabb!
“Ya aiyuhal-ladzi naamanus tai’nu bissabri wassolah, inna Allaha maa’ assabirin.”
Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat.Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar…(Al-Baqarah ayat 153)

Akhir huruf:11.42 pm.-20 mei 2010

-anyone that knew about my life will understand this story.Sebarang persamaan perangai dan apa pun memang disengajakan.=)
Created by:LION 96-Faizatul Nabilah Binti Mohd Azaman
2 Bukhari, SMAKT (2010)