Allahumma bariklana fi rejab wa sya'aban,wabalighna ramadhan. Alhamdulillah, saya masih berpeluang menyambut ramadhan pada tahun ini. Rasa macam baru lagi tahun 2012. Almaklumlah, tanda hari kiamat makin mampir, masa bergerak pantas. Mujur Allah masih beri kesempatan merasai kenikmatan bulan penuh barakah dan ganjaran ini. Setakat bulan Julai ini, semuanya baik-baik saja.Setakat maslahat sampingan, saya masih mampu tanganinya walaupun agak stres kebelakangan ini. *TANGANI STRES, LA TAHZANI/TAHZAN . (pesanan untuk diri sendiri dan orang yang membaca)
* stuck + stress=' fabulous'*
15/7/2012 baru-baru ini, saya hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan imtihan. Izinkan saya guna bahasa pasar ^_^. .
"Woarh, giler teruk!macam ni ke budak 9A ? dapat nombor 25 dalam tingkatan!'Bagusnya'!Budak yang dapat 8A dan kebawah boleh pijak aku macam tu je!eiy, memang lembab!"
Macam itulah pemikiran cetek lagi sempit. Tapi, pemikiran ini sekejap saja. Saya cepat-cepat betulkan cara pemikiran yang sudah serong ini. Lumrahlah, kadangkala manusia tidak lari dari berfikiran negatif . Mungkin, saya jenis payah nak terima hasil ke atas apa yang saya sudah lakukan. Saya tak salahkan diri saya juga, sebab tertinggal banyak dalam pelajaran sains tulen dan matematik tambahan. Maklum saja, 'budak baru'. Bila saya fikir semula, memang salah saya juga, kurang penekanan pada topik yang sudah dipelajari. Mungkin terlalu panik, sampai terlalu sibuk membaca topik yang belum dipelajari.Akhirnya, begitulah jadinya.
Itu belum masuk cerita tentang buuth (pelajaran agama).Boleh dikatakan salah saya 100 peratus. Sebab?Sebab,saya menghafal malam sebelum imithan!Sudahlah mood menghafal kurang, almaklumlah, hati sedang berhujan dek perpisahan.Kesannya begitu panjang sampai ke hari ini.Subjek buuth yang paling saya kecewa ialah Al-quran, saya dapat 0%!Alasannya, saya tak pergi tasmik dengan ustaz. Sudahlah saya turut dikategorikan sebagai pelajar lama, jadi masa yang diperuntukkan untuk menghafal agak singat. Ustaz kurang bertoleransi dengan saya,mungkin. Saya baru hafal surah As-Sajdah.Surah Al-Waqi'ah belum dihafal sepenuhnya,meskipun saya pernah menghafalnya sebelum ini. Tapi,ustaz mengambil kira bilangan ayat surah Al-Waqi'ah yang ditasmik olehnya. Hello, pelajar lain yang diberi masa lama memang patut lah diberi dateline cepat, habis,saya? Tidak ada pengecualian.
Tidak mengapalah.Mula-mula memang saya rasa tidak puas hati, menangis bagai nak gila.Apa tidaknya, saya rasa budak kelas akhir pun tidak ada yang dapat 0%. Ustaz pukul rata semua pelajar. Tapi sekarang, saya husnuzon saja.
"Mungkin ustaz tak ingat aku budak baru, atau mungkin juga ustaz malas memberi pengecualian, mungkin dia takut aku ambil kesempatan.Atau mungkin juga salah aku yang tidak menghafal cepat-cepat."
Tapi, surah Al-Waqi'ah agak panjang, takkan lah boleh dihabiskan dengan cepat,pelajar yang lama pun tak mampu nak habiskan, inikan pula saya yang baru pindah ke kandang kuda dari kandang lembu.(maksudnya, tak biasa lagi dengan persekitaran.)
Bayangkan, saya masuk ke sekolah baru pada 2/5/2012. Imtihan P2, 9/5/2012. Tidakkah sesak jantung dibuatnya?Banyak perkara yang perlu dibereskan,ketinggalan topik pelajaran, keserabutan emosi dan segala yang boleh mempengaruhi pemikiran menjadikan saya kurang mood dalam melakukan segala perkara.Mahu angkat kaki ke sekolah pun rasa berat. Entahlah. Apa masalah saya agaknya? I have no idea. Saya harap semuanya akan selesai sebelum saya menghadapi trial SMA pada 13/8/2012 nanti.InsyaAllah, Mumtaz Jiddan Sofi !
Assalamualaikum
Be katang, eh?
July 23, 2012
July 5, 2012
HUJAN DI HATI
2/5/2012. Tarikh yang paling menghibakan.Apa yang terjadi masa tarikh ini?Saya pindah sekolah!Tak pernah terfikir, saya akan tinggalkan Sma Al-Khairiah.Saya tak tahu macam mana lagi nak huraikan perasaan dengan kata-kata.Saya sudah berjauhan dengan kawan-kawan. Kawan-kawan saya, Syafika, Atiqah, Atikah Hairulazam,Inilhoir, Laila dan Anis(ramai lagi sebenarnya).Saya rasa separuh semangat saya sudah pergi.Tapi,saya kuatkan hati, Allah ada perancangan hidup yang lebih baik dari apa yang saya jangkakan.Saya tak pernah terfikir akan menjadi salah seorang pelajar Sma Al-Ihsan. Tapi, hakikatnya...Ya, saya belajar di Ihsan. Saya belajar di Ihsan, tapi saya masih pelajar Khairiah.Hanya jasad dan minda ada di Ihsan, tapi hati, tidak.Hati saya masihlah lagi ditimpa 'hujan lebat' dek kerana perpisahan ini.Ya Allah, berikanlah apa yang terbaik.Aku tak mampu terus bertahan di sini.Kuatkanlah hatiku,untuk menempuh kehidupan di sini tanpa... mereka.
Saya menyambut rakan-rakan dengan banjiran air mata.5/7/2012, sekali lagi banjiran air mata di pipi ketika selesainya majlis.Memang tak dapat menahan emosi apabila melihat sahabat-sahabat akan pulang ke Temerloh. Hanya doa dan kasih kekal dalam hubungan persahabatan ini. Semoga Allah memberikan saya dan sahabat-sahabat peluang untuk bertemu lagi nanti. Sahabat-sahabat, doakan saya yang jauh ini. T________T .. (update blog sambil menangis...lagi..)
jom layan lagu ini kejap... <3
lagu ini yang membuatkan 'hujan turun' di pipi ...sobs22
2012. . full of tears.. T___T
Saya menyambut rakan-rakan dengan banjiran air mata.5/7/2012, sekali lagi banjiran air mata di pipi ketika selesainya majlis.Memang tak dapat menahan emosi apabila melihat sahabat-sahabat akan pulang ke Temerloh. Hanya doa dan kasih kekal dalam hubungan persahabatan ini. Semoga Allah memberikan saya dan sahabat-sahabat peluang untuk bertemu lagi nanti. Sahabat-sahabat, doakan saya yang jauh ini. T________T .. (update blog sambil menangis...lagi..)
jom layan lagu ini kejap... <3
2012. . full of tears.. T___T
picisan time ! (bukan selalu)
new update. .cerpen picisan je pun.. lalalala~ enjoy membaca..
Cinta Yang Kedua
April 2023
Keutuhan jiwanya
menyelamatkan emosinya. Wajahnya cemberut mencuka.Ingin saja dia menghabisi
riwayat lelaki itu, tapi, masih waras fikirnya. Kenangan lalu menimpa-nimpa ke
benak.Menjelajah pelosok jiwa.Meratah hatinya.
Entah apa baran yang merasuknya.Lelaki itu telah menghancurkan
hidup manisnya sebagai remaja.Merentap kegembiraan di usia pucuk.Dulu, dia yang dikenali dengan pemurah
senyuman telah bertukar menjadi pemencil diri.Mukanya selalu dihias dengan
amarah.Wajah lelaki yang nampak naïf itu tidak banyak sedikit mencairkan
amarahnya yang kian memuncak kini.
Setelah sekian lama geramnya terpendam, baru kini lelaki itu
menyedari kesalahan lalu.Tulang pipi lelaki yang agak menonjol kelihatan
cengkung di pipinya.Kening lebat itu sudah agak jarang.Mata sepetnya itu Nampak
kuyu.Seperti baru lepas menangis.Tinggi lampainya tidak pernah terjejas.
“Apa pentingnya kau datang ke sini?Sudah 12 tahun cerita itu
berlalu, baru sekarang engkau menginsafinya?Sudah siuman dari mental kau yang
keji dulu?” Dia mencucuh api dalam katanya.Sakit hatinya agak terkawal tidak
seperti tadi sewaktu terlihat wajah lelaki itu di depan pintu pengimbas
elektronik di bilik kerjanya itu.
“Kesalahan aku sekecil itu ingin kau bahaskan?Cubalah ingat pesanku
dulu.Nabi Muhammad pun memaafkan umatnya inikan pula kita manusia biasa.Apa
merana sangatkah kau dulu?Kesalahan aku sikit saja.Hanya kau yang
memperbesarkan.”Lelaki itu seperti ingin memarahinya.Agak putus asa
intonasinya. Perempuan berkaca mata itu masih sabar.Menahan diri dari terus
memaki hamun lelaki itu.
“Kalau aku tahu, akan ada kezaliman yang berlaku, sudah lama aku
lupuskan cinta aku terhadapmu dulu.”Dia mengeluh melepas lelah.Lelaki itu
tunduk.
“Itu zaman remaja.Tak mungkin aku akan setia.”Senang lelaki itu
menjawab mempertahankan dirinya daripada terus dicemuh.Dia merengus kasar.
“Hei, apa kau datang ini ingin memohon maaf atau cuba
memperbetulkan perspektifku terhadap kau?”Dia menanyakan soalan itu dengan
kasar.
“Barangkali dua-dua.”Lelaki itu mengeluh.
“Sudahlah ingat waktu dulu.Cuma pengalaman untuk pedoman.Tolong
jangan hampakan kedatanganku ini.”Lelaki itu memujuk lagi.
Mac 2010
“Mardhiah, sudah kecoh satu aspura kau dengan Ifkar.Apa betul yang
dia orang semua hebohkan?” Syakirah bertanya.
“Ifkar suara itik itu yang gila.Dia yang hebohkan nama buruk
aku.Boleh dia kata, aku ini tergilakannya?Dia yang menjolok sarang tebuan.Tidak
ada sianya aku menengking dia depan orang ramai dulu.Dia bercerita dengan
kawan-kawan seangkatannya yang dia hanya ingin
mempermainkan aku saja.Bukan serius pun.Aku pun tak mengharapkan apa-apa
dari dia.Cuma aku tak mahu dia jadi budak sosial.”Mardhiah lelah bercakap.
“Jadi, sebab tu lah kau pun dilabel budak sosial hanya disebabkan
kekejian mulut Ifkar tu?”
Mardhiah cepat-cepat mengelap pipi kesan lekit air mata yang
berjejeran.”Aku tak tahu apa motif budak tu nak sebarkan nama aku.Tak
pasal-pasal aku terpopular dengan jolokan girlfriend Ifkar.Aku rasa aku budak
jahat.Budak sosial.”
Syakirah hanya mengusap kura tangan Mardhiah dan kadang
menepuk-nepuk bahu rakannya itu.
“Aku dengar dari budak aspuri yang sama sekolah dengan dia dulu,
dia ni playboy, suka mainkan perempuan.Dan nampaknya kau perempuan yang
termasuk dalam senarai mangsa playboynya.Sangkanya, dia budak baik.Muka dia
memang suci tapi,huh,Keji perangai dia.”
Loceng membingitkan gegendang menandakan rehat sudah tiba.Seperti
biasa dua sahabat itu berjalan melangkah ke kantin.Seusai habis berbelanja
membeli makanan pagi, mereka pulang ke kelas.Mardihah yang tadinya ketawa
dengan jenaka Syakirah tiba-tiba naik darah.Jelas di mejanya tertulis ,
‘Mardhiah Ifkar ada skandal.’Dari kejauhan,dapat dia saksikan Ifkar bergelak
ketawa dengan rakannya.Tangisnya lebur juga.
“Kau celaka, Ifkar!”
Disember 2011
“Kau serius nak pindah sekolah, Mardiah?”Atiqah bertanya jujur.Agak
sayup di hujung talian.
“Ya, lagipun aku ada alasan nak pindah.Aku masih malu pada Ustaz
Shauqi.Dia yang tangkap aku buat date dengan Ifkar.Padahal aku terima surat layang, ada budak form 4
perempuan nak jumpa aku kat 3 Ibnu Sina.Rupa-rupanya, si Ifkar.
Tak sempat aku nak bla dari situ, Ustaz Shauqi dah tangkap
aku.Beria-ia aku jelaskan.Mujur, dia percaya.Tapi, cikgu-cikgu yang tak tahu
cerita yang betulnya, mempercayai yang aku girlfriend Ifkar.Lagipun, aku dapat
PMR 9A, aku boleh berambus dari sekolah ni, walaupun aku masih sayang sekolah
ni.Aku nak jauh dari budak celaka tu.Dia tu bijak, tapi akhlak hancur!”
Atiqah tidak memberi sebarang komen yang panjang melainkan menyuruh
Mardhiah fikir masak-masak dan solat istikharah.Mardhiah menerima nasihat itu.
Tahun depannya, berangkatlah Mardhiah ke sekolah barunya iaitu di
SMAP Kajang.
April 2023
“Apa sudah habis lamunnya?”Lelaki itu bertanya sambil menggoyangkan
tangannya di depan muka perempuan yang keruh itu.Sejurus, kenangan bodoh itu
yang tadinya menghinggapi mindanya berkecai.
“Cuba mengingati kejahatan kau.”Mardhiah membalas.
“Kenapa kau tidak habis-habis menyalahkan aku?Apa berat sangat
salahku hingga engkau terseksa?”
“Hei, kau , lelaki!Kau memang bodoh untuk menyelami perasaan
perempuan.Kau fikirkan kehebatan kau untuk mendapatkan perempuan.Tapi, bila tak
dapat perempuan itu, mulalah kau mengatakan perempuan itu tidak baik dan tidak
molek akhlaknya.
Apa kau masih ingat perbuatan terkutuk kau dulu?Kau merancang mahu
kenakan aku bukan?Kau hantar surat kosong tanpa pengirimnya.Sampai kita dituduh
berdating oleh warga sekolah!Apa kau sudah lupa itu semua, hah?”Dia menengking.
“Sepupu aku menceritakan pada aku, seekor serigala yang perasan
hebat amat meminati segugus anggur yang nampak lazat, hitam pekat,berkilat
cantik, dan ranum.Dia cuba menyeberangi sungai untuk mendapatkan anggur itu,
malangnya tidak dapat juga.Lantas dia mengatakan kepada rakannya yang
lain,”Anggur itu buruk.Sudah aku teliti.Ternyata masam.”
Lelaki bermata kuyu itu merasakan seperti terkena hentakan pada
kepalanya.Malunya tidak terperi.
“Seperti kau.Apabila kau tidak dapat mendekati aku, tidak dapat
mencairkan hati aku, tidak dapat nombor telefonku, kau mula mengatakan yang aku
ini berlagak malah sombong.Tidak semena-mena ada perkataan gedik yang di
labelkan kepada aku ekoran ketidakpedulikan aku.Itu yang difitnahkan.
Dan waktu itu juga, aku sering dipandang sinis oleh rakan-rakan
sosial kau yang lain.Sering dikutuk, dan diperlekehkan.Jika engkau tidak
memperkenalkan aku kepada mereka, siapa lagi?”
Lelaki itu tunduk membisu.
“Memang kau tidak terasa malu.Tapi aku sebagai perempuan amat
malu.Tidak tahu di mana mahu meletakkan muka aku.Bila aku tanyakan pada kau,
kenapa kau buat begitu pada aku, kau akan mengatakan yang kau menjadi nakal
sebegitu kerana kau pernah sukakan aku.Persoalannya, apa kaitannya dengan
perasaan kau dengan fitnah yang disebarkan dan perbuatan khianat kau pada aku?Perubahan
drastik kau ketara.Sungguh berubah dari yang asal.”
“Aku tidak meminta jadi…”
“Jangan mencelah semasa aku bercakap!Dengar apa yang aku mahu
katakan!”Dia menengking lagi.
“Kau biarkan budak-budak menghina aku dengan kata-kata yang tidak
pernah aku mahu dengari.Kau hanya tersenyum ketika aku diejek-ejek.Yang aku
harapkan lain, lain yang jadi.”Dia lelah sebentar. Bersandar ke sofa baldu itu.Cuba
menghirup hawa dingin meski hatinya agak kepanasan.Bau lemon tersebar tatkala
bunyi dari sistem penyembur berbunyi, ’30 minutes;lemon’.
“Maaf, ingin aku bertanya.Apa sebenarnya yang kau harapkan dari aku?”
“Apa yang aku harapkan?Untuk pengetahuan kau, aku mahu kau berubah
sepertimana aku berubah apabila menginjak ke tahun baru.Aku sudah berhenti
berhubung baik dengan lelaki, tapi kau masih rapat, menjaga ‘ukhuwah’ antara
perempuan.Ia sudah cukup menghibakan aku.
Aku sering berdoa agar aku dapat bersamamu.Lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.Tapi, malang
sungguh, ingin aku pertahankan, tapi tidak terdayakan.” Dia menghapuskan
jejeran air jernih yang mula melimpah.
“Aku tidak menyangka itu yang kau mahukan.”Lelaki itu berbicara
setelah rasa bersalah menderanya tatkala melihat perempuan di hadapannya itu
berlinangan air mata.
April 2010
Surat itu di tatap lama.Dia membacanya dengan lahar marah yang
boleh termuntah bila-bila masa.
“Memang aku tak sangka, ingatkan aku seorang je bertepuk sebelah
tangan rupanya ada udang di sebalik mi.Tapi sekarang, aku tak sukakan kau sebab
kau banyak berubah walaupun aku turut berubah.Aku tidak suka perangai
kau.Sungguh menjengkelkan.Aku sudah muak dengan perangai sensitif kau yang
melampau. Aku Cuma ingin mengenali kau dengan lebih rapat, bukan nak tackle.Itu
pun tak boleh. Nombor tak mahu beri. Kaukan sukakan aku.Kau buang masa aku
saja.Baik aku belajar dari layan kau.”
“No!”Mardhiah menjerit sekuat hati.Satu kelas terkhali.Ramai yang
berbisik mengutuk.Mardhiah tunduk ke meja dan menangis.Hanya itu mampu dia
lakukan.Aku mahukan perasaanku terhadapmu ini kekal.Sungguh kau keji!
April 2023
Dia menyilang kaki.Lelaki dihadapannya masih direnung.Lelaki itu masih mengung.Dia
seperti baru tersedar yang dia melakukan kesilapan yang telah menggoyahkan
semangat perempuan itu.
“Disebabkan kau, aku letai untuk belajar meski resultku cemerlang
dalam PMR dan SPM.Tapi,aku sungguh berasa keseorangan.Aku memang tidak
menganggap kau sebagai teman aku, tapi, tetap saja aku rasa hilang sesuatu.
Selepas pertikaman lidah di antara kita dulu, dari situ langsung
sedikitpun kau tidak memalingkan muka
kau kepada ku.Kau melakukan aku seperti tidak wujud.Sungguh terasa aku.Aku mahu
kau tahu, sedalam manalah marahku terhadap kau, memang tidak akan hilang
perasaanku terhadapmu sampai sekarang.” Jujur dia menyatakan.
“Bagi aku pula, selepas pergaduhan itu, aku rasa kau betul-betul
membuang aku jauh dari ingatanmu.aku pernah juga curi pandang melihatmu, tapi
hanya dari ekor mata dan dari jauh.Selepas aku tahu kau berpindah sekolah aku
berasa keseorangan.Tiada tempat untuk aku buat nakal.Aku cuba menghilangkan kau
dari hidup sedikit demi sedikit,dan ternyata aku telah melupakan kau, dan
mengisi orang lain dalam hatiku.”Lelaki itu jujur mengaku.
Dia dapat mengagak siapa
orang lain itu.Siapa lagi kalau bukan si Airah yang terlebih lembut itu!Mardhiah
bermasam muka.Teringat dia akan khabar dari rakannya dulu tentang perkahwinan
Ifkar sejurus selepas habis STPM.
“Oh, ya...Ifkar.Dengar cerita kau kahwin dengan Liyana budak
lepasan SPM tu kan?You married after got STPM’s result, right?Kau tahu tidak,
itu membuatkan aku betul-betul kecewa dan benci pada kau.Tapi, tak sangka kau
datang sini dengan status duda.Ingatkan kau dah ada berderet anak.Rupanya tak
berkesudahan cinta monyet kau tu.”Mardhiah memprovok.Ifkar hanya senyap.Malas
menungkit kisah lama.
“Sudahlah, itu cerita lama.Memang tak ada jodoh.Sekarang ini, bagi
pihak Hanna, aku mahu tahu, kenapa kau selalu bergaduh dengan Hanna?Apa
masalahnya?”Ifkar berani menanyakan soalan itu.
“Perempuan murahan itu?Huh, dia bersungguh-sungguh menarik
perhatian semua lelaki.Dan bagi aku, dia yang mengajar kau kurang ajar.Ya, dari
segi pertuturannya dulu yang berubah kasar dan perangai yang lebih lentur.Geli
aku melihat duyung palsu itu!Kau nampak begitu berminat padanya.”
“Jadi, kau betul membencinya?”Lelaki itu mahukan kesahihan.Tiada
reaksi untuk kata akhir Mardhiah.Malas menimbulkan kecemburuan yang tidak
bertempat.
“Ya, terang lagi bersuluh!Aku tak sangka sebenarnya kau sanggup
datang ke sini, semata-mata untuk meminta maaf.Aku rasa kau sudah sedarkan,
semuanya.Ok, sekarang kau boleh pulang dengan senang hati.Aku sudah melupakan
kau dari ingatan jahilku dulu.Cukup sajalah ini.Jadi, kau berbahagialah tanpa
gangguan kesilapan kau dulu.Sudah, pergilah Ifkar.Kau sungguh melukakan
hatiku.”
Lelaki itu sekali lagi
mengucapkan kata ampun seraya melutut.”Lupakan semua itu, Mardhiah.Itu cerita
lama.”
“Tidak semudah yang kau fikirkan.Sudah, bangunlah.Jangan buat
begini..Pergilah jauh dari hidup aku.”
Lelaki itu cekatan menegakkan kaki dan menunduk.”Assalamualaikum,
Mardhiah.”
“Hmm… Waalaikumsalam warahmatullah.”Dia menjawab lemah.
Lelaki itu keluar dengan lesu langkahnya.Dia berjalan agak
menunduk.Tiba-tiba, dia melanggar seseorang.
“Oh, maaf cik.Saya tak perasan.”Tulus dia meminta maaf.Perempuan
itu mengutip alat komunikasinya yang selebar tiga jari saja.Satu fail
elektronik yang mampu menunjukkan data dengan pancaran seperti tayangan itu
hampir saja terhumban.Perempuan itu lantas memandang ke arah lelaki itu.
“Ifkar, kau buat apa kat sini?”Perempuan itu agak kaget.
Lelaki itu turut terkejut metah.”Oh, Hanna.Apa yang kau buat kat sini,
siap bawa e-file ni?”Mereka berdua saling menanyakan soalan yang sama.
Setahu aku, e-file ini sering digunakan orang untuk temuduga atau
pembentangan.Apa kerja dia ni?Ifkar bersuara dalam hati.
“Aku mahu temuduga di syarikat ini.Nama syarikat ini melambung
tinggi apabila mencapai rekod pemasaran novel tertinggi di Malaysia.Mungkin aku boleh cuba
nasib.”Hanna melempar ibtisam madu seperti kebiasaannya.
Ifkar baru perasan, Hanna memang suka menggoda.Kalau dulu dirasanya
biasa saja.Kini, baru dia mengerti apabila di bertemu dengan Mardhiah.
“Pergilah kau temuduga.Harap berjaya.”Ifkar mahu saja memberitahu
bahawa Mardhiah ialah pemilik syarikat
itu, tapi, biarlah Hanna mengetahuinya sendiri.Ifkar terus menuju ke keretanya
dan meluncur pulang.
“Assalamualaikum, puan.”Hanna memberi salam tatkala masuk ke
ruangan itu.Bau lemon menusuk deria hidunya.Sungguh tidak percaya perempuan berkaca mata itu adalah Mardhiah.
“Ya Allah Mardhiah, ini syarikat kau ke?”Hanna separuh teruja.Mardhiah
melukiskan senyum plastik semata.
“Kau yang mahu temuduga itu Hanna?Tidak perlulah kau sibuk bertemu
duga.Aku terima saja kau bekerja di sini sebagai pembantu pengurus pemasaran .Setujulah.Kalau
tak nak, ramai lagi yang nak kerja tu, walaupun tak setinggi mana gajinya.Lagipun
itu saja kerja yang ada buat masa
ini.”Sebenarnya ada lagi kerja yang bersesuaian dengan Hanna, tapi, Mardhiah
tidak mahu menjadikan Hanna salah seorang orang yang dipercayai.Risau juga
kalau perempuan itu naik kepala.
Hanna hanya tersengih keriangan dengan rezekinya itu.Sungguh tak
disangka Mardhiah masih berhati perut.Tidak ada kaitan salahku untuk dia
jadikan alasan tidak menerimaku bekerja
di sini.Hanna bersuara dalam benak.
“Tapi, kau jangan ingat aku boleh percayakan kau lagi.Fitnah yang
kau lingkarkan pada aku masih terpahat dalam nubariku.Aku menerimamu ke dalam
syarikat ini pun hanya kerana kau pernah menjadi sahabatku.Esok kau sudah boleh
bekerja.Oh, ya…harap jangan ada penyelewengan.Kau masih aku harap kau jujur
walaupun kau tidak mampu ikhlas menjaga persahabatan.”Mardhiah menegaskan
katanya.
Hanna agak terkejut ditebak dalam diam.Huh, Mardhiah dapat membaca
hati aku.Bisiknya.
Dia hanya mengangguk patuh, lalu bersalam dengan Mardhiah sambil
mengucap terima kasih.Lantas dia berlalu pergi.Sempat juga dia berbisik.”Aku
tidak kisah apa saja kutukan yang mahu engkau berikan Cuma aku mahu kau ampunkan
kekhilafanku.”
Mardhiah buat-buat tidak cakna, kerana sudah lali dengan permohonan
maaf palsu sebegitu rupa.
21 April 2023
“Diyah, abah ada benda nak bincangkan dengan kau ni.Duduk
kejap.”Mardhiah mengangguk patuh dan duduk berhadapan ayahnya.
“Abah terus terang sajalah.Abah sebenarnya nak sangat menimang cucu
bongsu.Jadi, ayah fikir eloklah kau menerima pinangan ni.”Ayah Mardhiah
mengeluarkan sebentuk cincin belah rotan.
“Bila pula ada orang pinang Diyah, Bah?”Mardhiah kaget.
“Pagi tadi, katanya kenalan Diyah dulu.Kenal Ifkar Zafri?Sama
menuntut di sekolah menengah denganmu dulu.”Lancar ayahnya berkata.
Mardhiah tersentak.Jantungnya berdetak deras.Mengepam darah dengan laju.Oh,
Tuhan, apa dia seorang saja lelaki yang ada dalam dunia ini yang ingin mengkhitbahku?
“Abah dah setuju Diyah.Mak kau pun dah setuju.Cuma tunggu kau
saja.Ye lah, memandangkan umur kau sudah menaik, nanti saham jatuh.Ifkar itu
pun lulusan Ireland.Jadi pensyarah
dekat CMU.Sesuailah dengan kau, bergaji tinggi..Baik abah tengok budak tu.”
Mardhiah menterjemah kata ringkas
CMU, Cleopatra Multimedia University.Antara universiti terelit di Malaysia. Ayahnya
masih tidak mengetahui status duda lelaki itu.Malah tidak tahu, pelajaran di
Irelandnya itu adalah atas paksaan ibu bapanya yang malu dengan perceraian anak
mereka.Mardhiah tahu itu daripada sepupu Ifkar yang sekelas dengannya di
Iskandariah dulu, Cuma tidak mahu diceritakan.
“Abah, bagi Diyah fikir dulu.Belum
dapat fikirlah.”Diyah cepat memutuskan.
Malam itu, dia
beristikharah.Memohon petunjuk dari Tuhan Maha Satu.Bangunnya dari maut sughra,
tiada apa-apa yang dimimpikan.Tiada siapa.Tiada Ifkar.Tiada.Ya Allah, betulkah
dia bukan jodohku?
Esok dan lusa, dia teruskan solat
istikharah, solat hajat dan solat taubat.Dia hanya menyerah.Sungguh payah dia
membuat keputusan.Ifkar, kalau sungguh kau sudah berubah, aku tidak
teragak-agak untuk menerimamu.Kerana aku, masih merindu cinta lama..
Imbas kembali
-April 2009
Hubungan Ifkar dan Mardhiah semakin rapat.Sering bertukar-tukar
pendapat, belajar bersama dan bantu-membantu.Mereka nampak akrab.Keakraban itu
membuatkan kecemburuan Anisa.Pergaduhan berlaku.Ifkar memenangkan Mardhiah.
Mereka memang seperti teman tapi mesra.Tapi, masing-masing
menafikan perasaan yang hadir.Sungguh, Mardhiah telah terjatuh hati.Figura
Ifkar selalu ada menyelinap dalam ingatannya.Tetapi, cepat-cepat dia memadam
imbasan lelaki itu dari terus menari-nari di kotak fikir.
Hari itu, Mardhiah pernah meminta bantuan kepada Ifkar untuk
mencari info tentang fahaman ateis.Itu untuk bahan tulisan cerpennya.Ifkar
nampak suka.Dia sudah sedia maklum, Mardhiah tidak ada rangkaian internet di
rumah.Bagi, Ifkar, apa salahnya membantu rakan sekelas.Dia telah menaip
info-info dari internet.
Dalam kertas itu, ada tertulis,” Orang
yang pertama kali secara terus terang, di zaman moden, mengakui dirinya sebagai
seorang ateis dan membela ateisme, dalam pengertian yang kita fahami sekarang,
adalah Jean Meslier. Dengan
mendasarkan tulisan dan refleksinya observasi kehidupan sehari-hari, dia
menulis Memoir of the Thoughts and Feelings of Jean Meslier, Clear and Evident
Demonstrations of the Vanity and Falsity of All the Religions of the World.
Judul buku yang muncul di pasaran pada tahun 1729, setelah kematian
penulisnya, secara jelas menunjukkan kecenderungan ateistik. Dari sini,
bermulalah sejarah ateisme, seperti yang kita kenal sekarang.”Dibawah perenggan
itu ada tulisan tangan.
“Awak mahu buat cerpen ya?Masukkanlah nama saya sebagai hero.Tapi,
saya nak heroin dia tu garang macam singa.”Ada gambar senyum disebelahnya.
Mardhiah senyum seorang diri.Dia memang terkenal dengan jolokan
singa di sekolah.Dia mula merasakan satu perasaan yang tanpa dipaksa-paksa
menular diseluruh sanubarinya.
24 April 2023
Mardhiah melakukan kerja-kerjanya di pejabat
seperti biasa.SD5nya yang dilengkapi semua kemudahan sempurna dan fungsinya sama seperti telefon bimibt, tapi ia lebih terkehadapan,
tiba-tiba berdering.Melantun lagu nasyid kumpulan Al-Firdausi, menandakan ada
orang membuat panggilan video.Segera dia menjawab.
“Assalamualaikum.Kenapa telefon
ni?”
“Waalaikumussalam Mardhiah.Boleh
saya berjumpa dengan awak di bawah ?Ada
perkara mahu dibincangkan.”Terpampang gambar Ifkar di skrin SD5 nya.
Mardhiah melihat tampang Ifkar yang
sedang menikmati minuman di kafe.Dia menegur dengan memberi salam.Salam
bersambut dan dipersilakan duduk.
“Saya fikir awak sudah tahu dari abah awak tentang pinangan
saya.Apa keputusan awak?”Ifkar tidak sabar bertanya.
“Biarlah saya order minuman
dulu.”Mardhiah menempelak Ifkar.Ifkar terkedu.
“Err..Maaf.Silalah.”Pelayan di
panggil dan dimintanya cappuchino ais.
Mardhiah mengumpul keberanian untuk
berkata-kata.Lama juga jeda bermaharajalela.Lalu, dia mula bersuara dengan
intonasi yang agak terketar tapi yakin.
“Sebelum itu, saya tidak dapat menerima awak sepenuh hati saya.Maafkan saya.Saya buat solat istikharah
dan ternyata awak memang tiada dalam
mimpi mahupun bayangan.Hati saya tidak mengarah ke sesiapa pun.Kosong.”Bunyi
yang datang dari skrin meja pelayan ‘ berbunyi table 5, cappuchino’.Tergambar
figura cappuchino. Pelayan yang tercegat di situ segera datang bersama segelas
cappuchino ais.
“Mungkin belum sampai jodoh
saya.”Mardhiah menikmati cappuchino secepat mungkin.Dia mahu segera pulang ke
pejabatnya.Tidak sanggup melihat wajah lelaki yang selama ini amat di ingatinya.
“Apa awak membenci saya?”Ifkar
bertanya dalam nada kecewa.
“Tidak pernah sekali.Ok, saya mahu kembali ke pejabat.Minta diri.Assalamualaikum.”Mardhiah
membalas.
“Mardhiah, awak….”
“Biar
sendiri hingga hujung nyawa.Asal tak sepi dari kasih-Nya.Kerana sesungguhnya
hakikat cinta, hanya Dia Yang Esa.”Sempat Mardhiah berbicara.
Hujung bulan
April 2023
Hari ini dia mengambil cuti.Mardhiah
hanya berehat di rumah.Dia teringat saat akhir bertemu dengan Ifkar.Usah
dikenang kisah lama.Kalau dikenang merajuklah hati.Jiwa Mardhiah memujuk.Sambil
dia menonton tayangan projektor EXT
smooth-85 inci itu (menyerupai televisyen), dia terdengar khidmat pesanan suara
berbunyi menandakan ada orang berada di luar.’Guest at the gate, guest at the
gate.’Dia mengintai di sebalik tirai.Rombongan pinangan.Dilihat di depan
rombongan itu seorang lelaki yang amat dikenalinya.
Irfan, rakan sekelasnya
sewaktu di Universiti Iskandariah dan
antara penulis novel terbaik di Jordan dan Mesir.Dia, seorang penyair dan
penulis.Sungguh Mardhiah merasakan kebahagiaan mula mendominasi segenap ruang
hatinya.Lantas hati mekar berkembang seindah zahrah di musimnya.Oh, Tuhan,
hatiku terbuka lagi untuk kali kedua.Sungguh
aku terharu.Alhamdulillah, Ya Rabb!
“Ya aiyuhal-ladzi naamanus tai’nu
bissabri wassolah, inna Allaha maa’ assabirin.”
Wahai orang-orang yang beriman,
mintalah pertolongan dengan sabar dan solat.Sesungguhnya Allah bersama orang
yang sabar…(Al-Baqarah ayat 153)
Akhir huruf:11.42 pm.-20 mei 2010
-anyone that
knew about my life will understand this story.Sebarang persamaan perangai dan
apa pun memang disengajakan.=)
Created
by:LION 96-Faizatul Nabilah Binti Mohd Azaman
2 Bukhari,
SMAKT (2010)
Subscribe to:
Comments (Atom)
