Assalamualaikum


Saya harapkan doa sejahtera daripada sesiapa yang yang baca blog yang simple-mimple+sengal ini. Insya Allah, saya balas doanya kembali.Matlamat blog ini diwujudkan adalah untuk menjadi medium penceritaan sebahagian perjalanan hidup saya, perkongsian pendapat dan juga menjadi tempat penyimpanan cerpen saya.. Just wanna share.Sharing is caring, caring is loving. :D

Be katang, eh?


December 14, 2013

SPM dan after SPM-straight A,masihkah ada harapan lagi?-part 3

Assalamualaikum….

Alhamdulillah,seronok ase....
(actually, perasaan sebenar:...)




         Sekejap je, dah habis spm rupanya.Dalam 2 minggu lagi, dah nak masuk 18. Tua dah rupanya anakanda nih.Sekarang, tanam anggur jer kat rumah. Pastu, jadi babysitter untuk bebudak 3 orang. Well, train diri sendiri untuk masa besar nanti. Muahahhaha.(poyo)

       Anakanda, sampai sekarang ni, macam trauma. Howh, serius, spm memang menakutkan. Tiap hari rasa macam terbayang-bayang nak ambik result. Owh please. Takut weyh. Tak tau ar camne nasib ni nanti. Kalau anakanda ni budak star, tak pelik da nak tunggu-tunggu result nih. Boleh relax je kan… nightmare asenye..

Harap  oke jer result. Jangan la bikin frust anakanda.

Well, bulan lepas,17-28/11, anakanda stay kat hostel jap untuk study sama nan kawan2 for science subjects ,kononnya…Last2,tidur je yang lebih. Tak tau apa nak jadi la. Tapi, kira ada benefit la dapat study gak, bukan la tidur je…Daripada duduk rumah, baca straight je, tak faham mana.

Sekarang ni, rasa macam berbelah bahagi pulak. Anakanda dapat STAM kat Kulliah. Tapi, macam biasa la, dah nak masuk untuk form 6 kan, tau-tau je la yuran dia berapa. Lagi2, anakanda duduk asrama.Alhamdulillah la, lepas da stay kat  hostel dalam 2 minggu dulu, tak de la fobia dengan hostel dah. Oke la tu kan?Se lagi, anakanda kan dapat PLKN, tapi,nak  tangguh dulu ..Tak pe la yang tu.Anakanda fikir cenggini, kalau dapat upu, nak quit STAM. Tapi, kalau tak dapat, go on je la dengan STAM.Then, kalo tahun depan gak pindah Temerloh,anakanda akan transfer ke Khairiah pulak. Tapi, masih jugak rasa belah bahaginya. Tak nak la jadi macam form 4 dulu.Konon 9A nak mintak SBP, last2 tak dapat  beb. Kwang22..Tak ada rezeki kan. Cam sedih jer. Poyo la tak nak ambik SMA, tapi, ambik juga. Weird.Tak nak sangat benda yang sama berlaku.

 Berbalik kepada akarnya, kita hanya mampu merancang, tapi, Allah yang tentukan.Allah knows the best. Harapnya jugak tak de la frust macam dulu. Rasa rendah diri kowt. Bila fikir-fikir balik, belajar kat mana-mana tu sama je. Ilmu tu yang penting. Tapi, biasa la manusia, tak pernah nak sedar yang tu. Nak jadi dermatologist tu, macam mimpi jer. Tapi, yup..kita memang tak tau masa depan kita cam mana. Tak leh gak kita nak guessing2 memandai. Apa-apa, beserah je …

Sekarang baru nak rasa banyak masa dah rugi. Banyak main masa form 4. Sabo je la. Tak pe la, belajar dari kesilapan perkara yang pentingnya.

Dalam sebulan nak menunggu ke tahun 2014, pergh…Macam-macam dugaan doe.Kadang rasa tak kuat nak lawan, tapi, kena hadapi gak. Tak apa la, anakanda pergi kulliah nanti, boleh la lari kejap dari masalah.Huhuhu…Sekarang ni pun, masih rasa lagi lonely dek kerana perpisahan kan. . .sedih ouh...Tahun depan, bukan jumpa macam biasa,duduk dalam kelas 5af1 lagi. .ahaha.every moment with them just like a sweet dreams.sedih22.rindu itu tanda sayang. ahahaha.well, takkan ada perpisahan kalau tak ada pertemuan, right?Maka, terima je lha..huhu

Kesimpulannya, semua orang ada masalah, ada dilema, ada pilihan, ada kesakitan, ada keberatan hati dan macam-macam lagi. Tapi, sebagai human-being yang ada Allah, kita memang kena hadap semua. Tak boleh la nak lepas, nak lari dari masalah macam tu je. Dan, apa juga yang penting,jangan pernah menyanggah takdir. Jangan pernah cuba membudayakan percakapan lau inni (kalaulah aku), sebab ucapan tu betul-betul boleh bawa mudarat kepada emosi dan pegangan kita. Biasalah weyh, mana ada orang tak pernah cakap “kalaulah aku bla..bla…”.Mesti akan ada punyer ouh. Atas kita ar, kena pandai elak gak.
Apa yang penting, percaya je yang Allah memang tahu apa yang Dia buat. Jangan pernah menolak. Terima saja. Hwaiting!

(Huahua. Dah lari tajuk ni, masuk bab muhasabah diri la pulak. Tak pe lha, budak tengah takut nak tunggu result memang cenggini).





        we are still young... .just go on... :D

September 23, 2013

Loving Khairiah Ihsan - never end




Assalamualaikum...

Finally, ada jugak peluang nak update blog. Well, kalian kenalah tahu kan, dinda ini spm's victim. Baru je habis trial.In short, trial is killing me! Ada ke patut soalan sikit punya 'senang' dia keluarkan. I got nothing to say with my result. Baru dapat markah untuk dua subjek. It's too early, kan.Tapi, macam biasa la, yang cepat itu tak lain tak bukan subjek maths dan addmath ar. Apa yang agak sedihnya, maths dapat A- lagi, sama macam mid year haritu. Ahaahah, tapi, memang kena bersyukur jugak lah, sebab soalan baru ni kira susah la, tapi boleh 'go' lagi.As usual,Dinda sokmo kena soft fire masa dapat result.

"Bersyukurlah dah dapat A- tu. Orang lain lagilah.bla.bla..."

Orang yang sama fire masa mid year. krik..krik..krik..

Perlu ke cakap nama?Hurm, perlu!

That girl is Cik Puan Anis, temang sekelas. Btw, dinda tak kisah fire macam itu. Ia lebih kepada menyedarkan.I accept it as a motivation. Kalau nak difikirkan semula, bukanlah dinda ini tak bersyukur dengan apa yang dinda dapat. Cuma, dinda tak mahu rasa diri masih di zon selesa while actually the real spm is just around the corner.Tapi, mungkin juga ekspresi dinda itu membuatkan temang lain tidak selesa. Keyh, fine. Dinda faham.Biasalah,kita tak tahu kita ada salah cakap ke apa ke. Biar orang menegur begitu dari cakap-cakap belakang.Obviously, cakap-cakap belakang memang menjengkelkan.

Kalian kena tahu, terutama kalau kalian masih pelajar. Kalau kalian dapat markah tinggi/rendah, behave yourself. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu sedih. Sebab, dua-dua itu akan mendatangkan perkara tak baik pada kita. Boleh kata ramai student macam itu.Tak sedar apa yang dia orang cakap, actually can hurts people around them. Apa-apa pun, berlapang dada pokok utamanya.

Lupakan saja tentang trial. Huhuhu

Actually, I would like to share my sweet moments with my friends at Dewan Jubli Perak on 21st Sept, 2013.Kelmarin je kan. Seronok keyh jumpa kawan-kawan dari Khairiah lagi. It's awesome la weyh.Tapi, macam sedih jugak lah sebab geng dinda tak ada.Laila, Tiqah Emran, Tiqah Sulaiman, Aisyah Hanafiah dan bla bla...Ramai keyh.Ahahaa

Bukan geng mana pun, what I actually meant is kawan-kawan rapat la. Sayang dia orang tak ada. Tahun ini punya majlis wacana tak se 'happening' dulu. Sebabnya, mereka-mereka yang tak datang tu la.Missing something. Akhirnya dapat jugak kawal laut masin dari mata.huhuhuhu. (Poyo sangat nak nangis bagai,kan...Sengal je gayanya.LOL)The other one thing, tahun ini, ada penemang masa ambil anugerah. Well, Alhamdulillah, sebab ada yang sudi teman. Sebelum ni, apa-apa anugerah, I am alone.Tragis sangat kononnya. Huhhuhu. Bese-bese jep.Bila ada orang teman, tu yang buat dinda rasa dihargai.So, kamsahamida, Abang Buchuk!

Time for pictures!




With The Buchuk One, Kanda Aiman Ibrahem Zain.


With Ihsanians.



The Awesome Batch 96 






Ihsan lagi.


R4BIA!




Khairiah pulak.


with lovely-forever friends




Alhamdulillah, dapat lagi la anugerah untuk sma.Harap tahun depan dapat la lagi untuk spm. Hope so...
Majlis tahun ni da di compresskan. Sampai tengah hari je. Bab ni, kurang sukalah dinda sebab tak dapat spend time dengan kawan-kawan khairiah.Nak jumpa punya lah susahkan.Tapi, tak apalah,tahun depan masih ada.Itupun kalau ada rezeki. InsyaAllah ada...Aamiiin!

Doakan batch 96 Sma Al- Ihsan dan Sma Al-Khairiah get the best of luck for SPM, keyh.:D

Hwaiting, AllahuAkbar!

August 3, 2013

Move forward, don't look back





Assalamualaikum.^___^

 Well, sekian lama tak berusik keyboard netbook poyo 1 malaysia yang sakit tenat, Alhamdulillah, dah keluar icu pun dia. Boleh la menaip entri baru.Dah lama kowt tak update.

Sian buayafriend I ternanti-nanti entri baru.

-propaganda sahaja.Sila percaya.-

 As we know, tak lama dah kan nak raya. Ramadhan cepat sangat berlalu. Raya sekarang tak macam raya dulu. Dulu, penuh gambar.Tapi, tahun ni, 7 orang je yang ada daripada 18 orang yang ada. Sedih woo!Raya tahun ni kat rumah…Ma, Abuchi, Katak Vampire, Abang Ala, Ateh,Hurun Aien dan saya. Owh, such a miserable.Adik beradik lain semua beraya rumah mentua.Well, ikut giliran kan.That’s why, I hate my siblings’marriage while I’m still in school!Tak sempat nak enjoy single sama-sama..Harharhar,single la sangat kan. Nasib lah anak bongsu, jauh beza umur.Nanti, kalau dah  Katak Vampire dengan Abang Ayem kahwin dalam masa 2,3 tahun akan datang ni, saya nak beraya dengan sapa je lagi?Ma dengan Abuchi je ke?Bertiga je?Waaaaaaaaaaaaaaa!

(Nak kena kahwin cepat ni.)

-_-  . . . Abaikan ayat gelenya di atas. Itu ayat Heartyana.Abaikan.

-Iklan cuci mata. Gambar kartun Mr. Silent.Sila cakap hensem.-^_^


 Apa yang tak bestnya lagi, bukak radio, ade ke patut pasang lagu raya?Tak boleh bla betul, macam nak menghalau ramadhan je. Tak best la gitu. Orang bukak masa raya betul-betul la, ni tak. Ini poyo keyh. Please…

 Apa-apa pun,Alhamdulillah masih berpeluang hirup udara ramadhan. Moganya tahun depan masih ada lagi ramadhan untuk kita yep. Hope so…


  Well, Dua tiga bulan lepas, macam-macam perkara berlaku. Btw, everything is under control. Except, trial SPM yang tak lama lagi akan menghantui semua budak form 5.Tapi, kalau budak star, tak payah nak kecoh la nak cuak-cuak bagai kan.

 FYI, 2 bulan lepas on 19 May, saya pergi buat umrah. Thank God, The Most Powerful. Semua yang saya hadapi dekat sana macam mimpi. Sekejap, dah balik Malaysia.Satu saja yang saya tak suka semasa di Mekah. Ada ke patut Heartyana sibuk memujuk Otaqi drop kelas last-last minute?

o.O

  Kegilaan,Ridiculous,Insane! Asal lah tiba muncul benda macam itu di Mekah. Mungkin gangguan emosi. Apa-apa pun, itu hanya lintasan Heartyana. Sekejap saja lorh, lepas tu waras kembali.

 Memang pengalaman umrah is one of the best moment in life. Belum haji lagi tu. Harapnya dapat pergi lagi,insya-Allah. :D

 Hurm, actually, saya sekarang dah mula risau. Risau tahap infiniti keyh. TRIAL is coming soon!Dua rius saya cakap, tak bersedia langsung! Howhhowhhowh…

 Merujuk kepada result p2 baru-baru ini, memang ‘seronok’ jiwa raga ini menatap kertas result tu. Seronok apakah itu?

Saya ada dua tanda X. TH. That means, 0%.

 Itu yang seronok sangat rasa nak berguling tawaf sekolah.(Itsk..itsk..) Almaklumlah babe, mana la nak dikejar 9 paper dalam masa seminggu. Dapat jawab 3 paper pun dah semput di tengah jalanraya. Sedia maklum ya, seminggu sebelum habis exam, saya dah berangkat ke Madinah. Memang saya bai bai la kat 9 paper. Mujur dapat kaver paper 2 PSI dan 2 paper BAT. Itupun kertas 1 BAT tak sempat nak study. Jawab on the spot plop tu. Par0k woo, berat nanang.Memang tidak pernah dibuat oleh manusia bernama Nabell Azaman. Argh, stress rasa!(poyo nak stress sekarang, kan?LOL.)

 Then, seperti yang sudah di ‘predict’ dari awal, result saya cenggini ‘T____T’. Seronok untuk melihatnya.

Well, sharing is caring. Caring is loving.

 Saya dapat 56.?? %.Nombor dalam kelas 15, dalam tingkatan 41.MANTAP SANGAT!Saya memang suka menunjuk result saya yang ‘hebat’ tahap gaban ni.Untuk pengajaran kita semua juga.Muehehehe. =_=’

 Tapi,isoke la. Nak buat macam mana. Dah kira ‘okey’ dah tu. Masa dah dapat result tu, mulut ni haa, mengada sangat nak ungkit yang 2 TH tu. Last-last, kena fire dengan budak seorang ini.

“Dop baek cakap gitu. Bla…bla…Bersyukurlah….bla..bla..”

Tersentap hatiku. Ceh!

 Howh la kan, rasa macam diri ini jahat sebab tak bersyukur.Cukup baiklah ada result. Kalau dah dua TH, agak-agak la diri ini nak duduk top 10 tingkatan. Itu miracle yang berlebihan.But isoke.Kita redha kan saja. Btw, thanks a lot la kepada yang menyedarkan saya dari ketidaksyukuran tu.

Baru-baru ini,akhir bulan Julai, badai melanda.Saya terpilih masuk PLKN.What the... betul lha. Tapi, tak apa, Allah ada.Mula-mula dapat tau, memang banjir rumah.Tapi, lepas tu okey da.STAM kan ada.Insya Allah, evertything is gonna be okay.:D


  Agak-agak ar nak pakai cenggini.No way!
 (sumber gambar:berita harian.com)

 Apa-apa pun, pokoknya, saya memang mengharapkan perubahan untuk menempuh dugaan mendatang. SPM Trial is torturing me! Terpaksa jugak kan menghadap dia.Tambahan lagi ya para hadirin sekalian, Encik Super Power Monster (S.P.M) dah tak sabar nak jumpa dengan batch 96. What the fish la kan dengan all of these things! Argh, Can I walk through all of these nightmares without realizing the surrounding?(Muahaahah, nak speaking plop. Biarkan. Brokenkah? Howh, biarkan beta buat sesuka hati beta.Jangan pertikaikan, nanti beta murka.) ^_^

Apa yang sakitnya, bila kawan-kawan sekeliling, semua budak star keyh.

Ulang suara, mohon perhatian.

SETARRRR!!! -_-

 Saya ni apa? Asteroid kowt, tak pun tahi bintang. Huahuahua. Tolonglah… Rasa macam apa je kan? Memang kena bangkit. Tak boleh menyerah. Allah kan ada. Buku kan ada. What’s next? Baca lah! Cuma nak dengan tak nak je. Hurm..

-Allahumma inni a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal.

 I have to move. Tak boleh nak lepak. Kena gerak dah sekarang. No way lah kan 40 orang atas ranking I, nak biar macam tu je?HowHow… No way! Saya akan bangun dari sakit strok daun palas dan akan mulakan rangkak pertama. I will, seriously, I will! Muehehehe. Sila bimbangkan kebangkitan saya.To all my friends, please support me.11A+ bukan milik seorang. Sila sedar. 

(Pandai cakap, usaha baru seciput besar hati kuman. Such a …)

Doakan segalanya berjalan baik untuk saya dan teman seperjuangan batch 96.

 Hana,dul,set (1,2,3) .  . .Hwaiting!

Thanx for reading.

Jal-gayo. . .


April 21, 2013

Aku Sudah Jatuh Cinta


Assalamualaikum wbt. . . ^_^

-no image available-

Flashback.........................

Saya tidur petang hari itu di bilik bonda.Lebih kurang pukul 6, saya terbangun dari tidur.Tiba-tiba,
 tanpa permulaan bicara, bonda berkata kepada saya.

"Tahun depan kita pindah Temerloh semula dah. Tak duduk dah kat sini."

Tiba-tiba.Diam. Senyap. 

Saya menelan liur. Mata bergenang. Saya menyambung bicara bonda.

"Hurm. Sedihnya. Tak bestnya la."

Sejurus mata yang masih menahan kantuk tak dapat lagi menampung air bergaram yang tak sabar untuk keluar.

Saya bingkas bangun dari pembaringan. Masuk ke bilik. Petang itu memang hening. Sehening hati saya pada petang itu.
(ayat!-_-)

Saya menghadap cermin. Betapa...

Saya bermonolog di depan cermin. Seperti orang sinting.

"Tahun ni tahun akhir. Tahun ni je. Tahun depan aku tak akan jumpa dia."

Saya mengomel seorang sampai getaran hati itu menghasilkan gelombang yang aneh. Terus meluncur
air bergaram di pipi. Betapa!

Saya sedih. Sangat. Kenapa sedih sangat ni? Tiba-tiba ego datang. Cepat saya mengelap air mata.Tapi, dinginnya hati itu mampu menumpaskan ego yang tiba meninggi. Saya terus menangis sambil mengomel seorang.

Saya akan berjauh dengan cinta hati. Kenapa kena berpisah sekarang, sayang?

Dulu, mula-mula saya jumpa dia, saya sakit hati dengan dia. Say benci dia. Saya tak nak jumpa dia. Benci sangat.
Setiap hari menyumpah-nyumpah. Kenapa kena jumpa dia setiap hari, kenapa saya 
dipertemukan dengan dia. Tapi, memang betul. Tak kenal maka tak cinta.
Bila sudah lama bersama dia,baru saya rasa sangat sayang. Sayang. Sampai rasa tak boleh kalau tak 
jumpa. Dia sangat awesome, cool. Saya suka bersama dia, sanggup sampai ke petang habiskan waktu dengan dia.

Saya sudah jatuh cinta.Cinta yang sangat mendalam. Cinta ini 
betul-betul menguasai hati saya. Saya tak sanggup nak berpisah dengan dia. Saya suka duduk Kuantan. Dekat 
dengan dia, dekat dengan pantai. Tak tahu kenapalah saya payah nak biasakan perasaan saya kepada dia. Dia terlalu hebat. Semua pasal dia saya suka. Semua.

Siapalah dia agaknya?Kenapalah saya cinta sangat dekat dia? :')

Saya cinta dia. Saya sayang dia. Saya tak nak berpisah dengan dia.

Dia sebenarnya ialah.......................................................................................

SMAI! (Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan)


Saya tak tersangka yang saya akan jatuh cinta dengan SMAI.Dulu, saya menangis bagai nak gila bila dapat tahu
saya kena pindah SMAI dan tinggalkan Khairiah. Saya tak sanggup tinggalkan kawan-kawan, 
cikgu-cikgunya serta suasananya
 juga.

Di SMAI, saya belajar erti persahabatan tikam belakang, persahabatan sementara dan persahabatan sebenar.
Dan, saya juga belajar kesakitan menyukai seseorang yang sememangnya tak pernah ada hati langsung dengan saya.
Budak itu... Dia... Biarlah. Dia memang banyak mengajar saya, meskipun bukan secara langsung. Dia juga
 menginspirasikansaya untuk jadi lebih rajin. Dia juga inspirasikan saya untuk jadi lebih semangat. Dengan kehadiran budak itu saja,saya dapat satu feel yang aneh. Dia bukan sesiapa. Dia budak biasa. Tapi, auranya dapat memberikan satu semangat yang baik untuk saya meneruskan semangat belajar subjek _________...Adalah sebahagian subjek.HUHUHU.

Tapi, kadangnya dia menjadi negative catalyst. Kadang dia penambah inspirasi, kadang dia pengurang fokus belajar.
HUHUHU

Biarkan dia. Biarlah saya seorang saja yang suka.Bertepuk sebelah tangan itu kadangnya ada manisnya juga.Harapnya
perasaan ini hanya cubaan di awal tahun.Tapi, saya rasa dah nak masuk tengah tahun, tak hilang-hilang lagi.
Tak apalah, make it slowly and smooth.Hewhew:)

Saya tak kisah sangat nak berpisah dengan budak itu (kisah sikit je), tapi, saya rasa tak sanggup nak berpisah 
dengan SMAI, kawan-kawan, lawan-lawan,cikgu-cikgu.Sudah pasti saya akan rindu kesemuanya.

Memang Allah the best planner.Perpindahan ini memang membawa banyak pengajaran. Allah knows the best.
Harapnya persahabatan dengan kawan-kawan di Ihsan berkekalan hingga ke syurga. InsyaAllah. May Allah blees us.

Batch 96, SPM 2013 akan menjadi satu rekod hebat. Kita akan bangun meningkat usaha, mengejar cita,dan terus mencari redha Allah. 11A+ our destiny guys! :D

Proud to be IHSANIAN.

Hwaiting!

~let it go

March 29, 2013

Vacation and Result :D


Assalamualaikum...

Dah lama jugak tak update, rasa macam ada yang tak lengkap.Actually, dah memang ada buat update untuk bulan 3,tup tup,bateri netbook poyo kita tu dah mati, wayar charger dia pulak ada masalah teknikal(masalah dirahsiakan.), memang tak dapat on langsung.Draf untuk update tu pulak lupa nak copy masuk pendrive. 

Betapa... Grrr! 
Geram, keyh, geram.

So, memang terpaksa biarkan saja.Nak bagitahu abuchi nanti, kita kena bash teruk pulak.
 Maka dengan itu, diamkan saja. Well, today, bukan nak cerita beria pasal netbook poyo tu, kita nak cerita pasal holiday kita baru-baru ini. Awesome sangat tapi sayang lah dah banyak miss extra class. Nak buat macam mana, kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan.(alasan kukuh,jangan nak pertikaikan lagi,keyh.muehehehe)

FYI, kita pergi Kelantan, rumah Along kita, then, dari Kelantan, gerak ke Penang melalui Jeli->Gerik->Kedah->Penang
.
Masa jalan dekat Gerik tu, MasyaAllah jalannya berputar-putar, naik bukit,turun bukit.
Macam bergerak dalam awan.Tinggi doe!Maka, kita yang tak makan deminhydrinate ni pun termuntah lah dengan teruk sekali. Pening betul jalan dia.Redha je lah kan.

Dipendekkan cerita...

Sampai lah ke Penang.

Dulu dah pernah pergi, tapi, dulu kita duduk kat Batu Feringghi, nun hujung pulau.
Tapi kali ini, duduk dekat je dengan Penang Bridge, dan lebih spesifiknya di Bayan Lepas. 
Kira dekat lah kan dengan bridge. Dekat tempat kita duduk tu memang dekat jugalah dengan airport.
 So, setiap hari, memang nampak aeroplane terbang atas kepala(ayat hiperbola keyh, tolong faham.:D).



Seronoklah jugak. Hari pertama, kitaorang sampai dah petang,maka, memang malam tu berbungkus je, 
tak round-round bandar pun.

Hari kedua, pun tak keluar pergi mana-mana. Main kat pool je.Mujur lah kat pool tu open, boleh
la nampak bandar Penang.Tak ada lah macam terperuk sangat.Hari ketiga baru lah hari yang awesome.
Mula-mula pergi area Teluk Bahang,abang-abang kita nak pergi mandi air terjun dekat taman rimba.
Tapi, kita malas la nak join, dah pakai baju molek-molek.Kawasan dia memang cantik, luas, nyaman.
Cuma sayangnya, air dia keruh sikit, mungkin sebab ramai sangat orang.Hari tu pulak, ramai 
betul orang. Ada budak-budak Cina camping.Memang penuhlah.Air terjun yang paling atas je yang bersih.
So, memang berendam kat situ lah.






Kita, angah kita, bonda dengan abuchi tak join. Kitaorang pergi cari makan je la.
 Pusing-pusing, last-last jumpa kedai makan depan rumah orang. 
Gerai Ar-Rahim kalau tak silap. Serius kita cakap ni, kedai dia memang bersih, simple je, tapi, 
makanan dia 
sedap weyh! Menu tak banyak pun.Nasi ayam, laksa penang, bihun sup. Tapi, tiga-tiga tu best. 
Murah pulak. Minuman dia pun not bad.
Kita tak pernah lagi jumpa kedai yang mementingkan kualiti dan kuantiti.Biasanya, dua-dua tak ada.
Tapi, memang bagus la kedai tuh.Pandai mak cik tu jaga kedai, bersih betul.

Lepas mereka-mereka siap berendam kat air terjun yang cetek tu, kitaorang continue gerak ke Bukit Bendera.Keyh, memang best naik atas tu.
Malas nak cerita panjang, tengok je la gambar ye.










Lepas dah bergumbira kat atas bukit tu, kitaorang pergi lah round bandar.Masa tu dah malam lah.Boleh kata sekerat hari duduk atas bukit tu.Bonda kita siap beli jeruk berdozen, punyalah banyak.Jeruk Pak Ali. Memang sedap ar, kalau makan banyak pun tak perit tekak makan.Siapa yang kuat makan jeruk tu, mesti tahu betap peritnya tekak makan banyak-banyak jeruk.Tapi, jeruk ni ok je.Tapi, kita tak boleh la makan banyak kan, tengah belajar lagi. Lepas beli jeruk tu, kitaorang pergi makan dekat Nasi Kandar Line Clear.
Nasi dia punya lah banyak, tapi, kita mintak sikit je la.Ayam tetap rubu' keyh, besar you know.(rubu'=1/4).Kira sedap lah.Kita kureng sikit dengan nasi kandar ni, tapi, bila dah makan kat situ, boleh lah dikira sedap.

Then, esoknya, kitaorang  pun baliklah ke rumah.Baki 3 hari cuti ni, duduk rumah, buat hw, kemas rumah.Back to normal lah kiranya.Rasa cepat betul holiday. Eiy, geram,geram.

Tutup lah cerita pasal holiday. Sekarang, kita tengah serabut fikir pasal SPM. Hurm, SPM lagi,
tak ada benda lain nak fikir ke?

Actually, bukan risau apa sangat pasal SPM tu, cuma kita risau pasal diri sendiri. 
Macam tak ada effort untuk menghadapi SPM yang hanya tinggal lebih kurang 7 bulan je lagi.Risau weyh, risau.
Kita memang tengah mood malas semalasnya.Teruk betul. Kerja sekolah berlambak tak siap, terbengkalai macam itu je. Konon lah kita ni bawak modul Addmath form 4 dan form 5 kat Penang, sekali dengan buku teks sejarah,buku nota.
Kononnya nak siapkan nota sejarah sampai bab 4,siapkan modul.Pengakhirnya. . .

Langsung tak sentuh.Kita cuma buat modul addmath form 5, topik integration.LOL!

See, betapa pemalasnya.Itulah yang kita risau. Malas ni payah betul nak kikis.Kita rajin pergi kelas je, buat hw, study... Jarang-jarang.Harap-harap buka sekolah nanti ada lah perubahan.

Hurm, tiba-tiba teringat pasal exam diagnostik dan exam up1.Apa cerita eih?

Ahahaah.-_-'

Exam diagnostik tu, dah dapat result sepenuhnya.Nak tengok?Tak nak tengok pun, kita nak tunjuk jugak.Ahahaa. (-_- poyo. . .) Tiqah sayam, silalah lihat.Kita nak tunjuk kat awak betapa 'bijak'nya kita.LOL.(tiqah, doakan kita, teruk kowt result ujian diagnostik ni.Kita dah semakin risau dengan prestasi kita.Keep praying for me, babe.I'll pray for you too.hehehe.)



'Bijak' sangat lah dapat 2G tuh.:P


Exam up1, dah dapat result jugak, tapi, ada satu je lagi subjek yang belum dapat markah, iaitu PSI.Biarkanlah.Kita malas nak kisah sangat pasal exam awal-awal ni, sebab bukan menentukan apa-apa pun.Just a test. So, kalau markah tinggi sangat tu, tak payah nak wonder sangat la.

Exam yang lepas biarkan berlalu, yang penting exam yang akan datang. All of you, tolong-tolong la doakan untuk kita agar terus gigih, semangat,cekal, kuat iman dan rajin untuk menggapai 11A+. Do pray for me,keyh. ^___^


(macam gedik tahap maksimum guna kata ganti nama diri 'kita'.Ahahahha.Biarkan.Budak baru lepas holiday memang cenggini). ^_^V

p/s:-Keep waiting for my next update, "Aku Sudah Jatuh Cinta." :D

February 10, 2013

Manira dan SPM part 2


Assalamualaikum wbt. 

 wink-wink.

Question:

Do I stress?


Ashu tak tahulah, betul ke ashu stress sekarang ini? Ashu ada baca artikel, katanya:

*Orang yang kuat tidur, bukan kerana dia itu memang sukakan tidur, tetapi, dia sebenarnya sedang stress. (kecuali orang yang memang hobinya tidur, tak termasuk, yer.)

*Orang yang terlebih kuat makan, tapi, tak kenyang mana.(kecuali orang yang tak baca doa sebelum makan, memang padan tak kenyang-kenyang.)

*Orang yang terlalu banyak ketawa, buat loyar buruk, lawak tak jadi dan bercakap seorang diri, tapi, bila diamati ada satu waktu dia akan senyap, tak berbicara. (Bukan gila, tapi, dia macam nak cover stress dia dengan bergembira.)

Semua benda-benda ini ada pada Ashu. What the fish~

Ayat itu tak seratus persen la sama, ditambah mengikut kefahaman Ashu lah kan. So, konklusinya, yup, saya mengalami stress. ahaahahah~

I told my vampire sister about my probs.Tensen tahu dop, dah la netbook dah kena rampas oleh my abang atas arahan bonda, sedih weyh.Btw, tade lah besar mana lah probs nya, tapi, itu yang buat Ashu rasa terbeban. Ashu kan tak kuat.

Ashu ada mengadu kat dia, Ashu rasa dah salah pilih. Bajet pandai sangat nak ambil science stream. Dah dapat dua gagal dalam ujian diagnostik dan dua-dua subjek itu subjek science stream, KIMIA dan ADDMATH. Ashu jadi mental kejap bila dapat gagal. Tahu tak, dalam ujian tu, soalan ciput jer. Bukan ada soalan esei, bukan banyak section ke apa.Simple giler soalan dia. Tapi, boleh dapat G!

Memang lah kalau dapat gagal, normal lah, baru buka sekolah 2 minggu, dah exam. Tapi, yang tersirat di sebalik itu, nampak sangat Ashu belum bersedia untuk SPM. Soalan kalau nak ikutkan bukan payah, tapi, Ashu yang bermasalah.Tak faham soalan, macam tak belajar.Grrrr~

Ada orang cakap, Ashu tak bersyukur.AHAHAHA

Bukan tak bersyukur, cuma rasa macam frustrated dengan diri sendiri. Nak jadi doktor macam mana lah agaknya. Angan-angan nak fly oversea lepas SPM result keluar(Aamiin!),
Tapi....................................................................

Mr Otaqi said:
Rezeki itu datang dari Allah. Usaha ada pada kita. Kalau dah usaha, tapi, tak diberi rezeki untuk berjaya, nak kata apa? Tak kan nak salah kan Allah tak bagi rezeki kejayaan pada kita?

Puan Heartyana said:
Bukan masanya untuk lemah semangat buat masa sekarang. Banyak waktu lagi boleh cover. Setakat ujian diagnostik, lantak lah kalau nak dapat 0 pun, yang pentingnya final exam nanti yang perlu dititikberatkan.

Waaaah, ayat Puan Heartyana semakin lembut, sopan, dan lebih berhemah daripada dulu.Makin positif. Terima kasih kerana memahami, Puan Heartyana!(merepek)

Memang dasar manusia, tak pernah nak bersyukur. Bila disedarkan dari kelalaian itu, baru nak sobs-sobs sebab dah teralpa dengan kehidupan.

Ashu kadang-kadang rasa down jugak dalam kelas, masa addmath, selalu lambat nak faham. Faham tu memang faham,tapi, tak laju pick up macam orang lain. Especially, masa kelas addmath. Kawan sebelah dah start buat latihan, yang Ashu ni, pana lagi. Lepas tengok contoh dan formula berjuta kali, baru lah nak faham. Kalau orang lain, sekejap je dah faham. Jelly tau dop?

Ashu tahu lah kan, Ashu kalau bab-bab Math ini memang pana sikit. Tapi, kadang-kadang I am wondering, adakah aku tak dapat keberkatan seorang guru?Bila fikir-fikir semula, rasanya tak, sebab cikgu tu pun cikgu baru, tak pernah lagi buat perangai pelik-pelik dengan cikgu tu. Rasa geram sebab payah nak aplikasikan formula dalam latihan. I’m dissapointed with my self. Tak macam orang lain, cepat faham.Ashu rasa down sungguh. Adakah kerana nikmat cepat faham ditarik?

My vampire sister give the answer:

Pemahaman kita dengan orang lain berbeza.Kemampuan kita lain-lain. Mungkin kita rasa kita lambat, tapi, mungkin ada je orang macam kita. Kita je yang paranoid dengan diri sendiri. Tak yakin dengan sendiri. *ayat yang ketiga tu dah campur ayat Mr Otaqi. heehehhe~

InsyaAllah, nikmat itu belum ditarik. Nau’zubillah min zalik.

Tapi, pada pendapat Ashu, selepas di fikir-fikirkan balik, apa puncanya, Ashu rasa mungkin banyak maksiat yang Ashu dah buat. Haa, ni bukan sesi nak aibkan diri sendiri. Normal lah orang buat dosa kan. Orang yang mencuri dalam solat pun dikira buat maksiat, apatah lagi yang benda tak baik yang lain-lain kita buat. So, mungkin itu sebabnya. Al-’ilmu ka annur. Ilmu itu seperti cahaya. Kalau kita banyak buat maksiat, ilmu payah nak masuk. So, memang kena muhasabah diri molek-molek la kan. Kita tak lepas dari lakukan maksiat, tapi, pastikan lah kita sedar perlakuan kita,dan cuba ubah. Itu lebih baik Ashu rasa,daripada kita buat maksiat,tapi, kita tak sedar apa yang kita buat tu salah, dan kita pun istiqamah dalam maksiat kita.Tak ke rugi, macam itu?

Pesanan untuk diri dan uolls dekat luar sana yang masih belajar, tak kira lah belajar ilmu apa sekalipun,marilah kita sama-sama bebaskan diri dari maksiat, baru hati jadi sihat, kita pun boleh jadi antara yang mumtazat(orang-orang yang cemerlang, jamak muannas salim). :D

Huh~’Seronok’ tahu tak dapat bebelan percuma daripada vampire tuh. Dah mengalir-ngalir air mata, dia sibuk membebel lagi. Tapi, tak apa, bebelan itu yang Ashu perlukan.

Nak hurai dia punya bebelan, satu page A4 tak habis lagi. Campur dengan curahat dia lagi. Well, rupa-rupanya dia pun macam Ashu jugak, banyak probs. Tapi, Ashu rasa probs dia lagi banyak dari Ashu. Muehehe~

Sekarang ini, malas nak fokus sangat pada impian jadi doktor, nak fokuskan belajar saja. Mujur SMAI rajin buat kelas tambahan setiap hari, termasuk Sabtu dan Ahad. Tak apa, Ashu tak kisah. Ashu pergi, sedaya mampu Ashu. Selagi Ashu sihat. Setakat bayar RM 30 sebulan, apalah nak kata susah?
Nak tuisyen, mungkinlah, tapi, nanti-nantilah. Kelas tambahan cukup buat masa ini. Kalau ada kesempatan, nak pergi jugak.

So far, buat masa sekarang ini, Ashu dah dapat 2G, 3A-. 1A, 1B, 1C. Canteq abjad-abjad tersebut. HARHAR

Exam kali ini, senang dapat fail, senang dapat A, sebab soalan sikit je, jadi peratusan untuk satu markah sangat tinggi. So, no wonder lah dapat A tu kan. Gagal tuh, eheheeh. no wonder jugak, sebab soalan dia memang __________. Malas nak hurai beria. Nak tengok paper kimia dengan fizik Ashu?Scroll bawah yer.



Kimia, section B tu kertas 2. Memang 'mantap'~


Kertas 1, 10/25. 2 bab je pun, electrochemistry & chemical bond.Haih~


Ini kertas fizik. Cantik nombor. ~poyo



Ini kertas fizik, tengok lar, kertas 1 dapat 23/40,kertas 2, 6/11.Dah la soalan kertas 2 tuh bab 2 je. BAB 2!. Hebatkan? AHAHA




See, soalan sikit je. Tapi, itu lah,haih, malas nak cakap.Fizik tu, bab 1-3 je pong. Kalau masuk bab 4-5, memang menangis air mata air dah rasanya. So, patut tak Ashu rasa risau?Patutkan?Gila kau tak patut!

SPM, AKU SAYANG PADA MU. Tolong jangan kejam.


 *SEPARA SINTING.

February 1, 2013

Ikatan, Result


Assalamualaikum w.b.t

Uhuk uhuk. Alhamdulillah, minggu terakhir Januari dapat kifarah dosa. Batuk+tonsil bengkak+demam+selsema+sakit kepala. Hebat betul. Siap dapat MC dua hari. Seronok betul dapat MC.Tapi, terpaksa abaikan MC untuk berjihad di sekolah. Wah, baik tak saya? Huhuhuh~

*Kalau bukan dikenangkan kita ini  budak sains, dah lama cuti seminggu.

        Well, Sabtu minggu lepas, tak ingat berapa haribulan, pandai-pandai lah kira. Ada kenduri lagi. Woha, ramai betul orang kahwin, kan. Kenduri anak sepupu lagi. Kenduri sendiri lambat lagi, kan. Kali ini, anak sepupu saya itu lelaki. Amar namanya. Muka bleh tahan handsomenya. Saya pergi kenduri sebelah pengantin perempuan dekat Felda Sungai Tekam Utara, Jerantut. Kira jauh jugaklah dengan Kuantan. Saya dan famili sampai lambat, sebab salah jalan. Famili yang lain ramai dah balik ke negeri masing-masing.Almaklumlah, famili-famili sebelah abah ramai yang menetap di  negeri yang bersekolah pada hari Ahad.Tak apalah, asalkan jumpa juga dengan pengantin.

      Masa kami sampai, ada lagi family abah, tapi, tak ramai. Orang yang datang kenduri pun dah tinggal berapa orang sangat. Apa yang buat saya suka, pengantinnya pakai jubbah putih, berkopiah.Isteri dia siap pakai niqab a.k.a purdah. MasyaAllah, sweet sungguh. Eh, bukan yang ini nak difokuskan. Sebenarnya nak fokuskan, kenduri sebelah perempuan ini sangat simple, sederhana betul. Tak ada pelamin,tak ada  makan beradab bagai. Simple sangat. Biasanya, kenduri sebelah perempuan mesti grand-grand. Ada pelamin bertingkat, kek pun nak jugak bertingkat-tingkat. Tapi, kenduri yang ini, macam kenduri sambut menantu. Orang melayu, biasanya, kenduri menyambut menantu yang simple mimple. Suka saya tengok. Perangkaan perbelanjaan yang sangat bijak. Cer tengok gambar kat bawah. Handsome kan?



         Mungkin tak nampak sangat lah handsome nya sebab dia tak fotogenik. Hehe~ memandai je aku.


         Tapi memang betul, tengok muka dia secara live, tenang saja. Umur baru 23. Actually, both of them, student UPSI, dalam bidang kimia. Pengantin perempuan muda setahun dari Amar. Amar pulak tahun ni baru nak grade. Suka hati aku je panggil Amar.Tak mengapa, anak sepupu,kan.

         Jangan nak label saya gelenya ya, asyik update pasal kenduri. Haip, bukannya saya dah ada semangat untuk kahwin. Bukan,bukan. Saya Cuma nak fokuskan, perkara tersirat dari kenduri-kenduri yang saya hadiri. Kebanyakan orang kita sibuk bermegah-megah, nak buat kenduri tak nak kalah dengan artis.Kalau nak sangat ada pelamin, lantak lah , asalkan jangan mengada nak bersanding pulak.Tak salah ada pelamin, tengok pada kegunaannya juga. Kalau setakat tempat untuk ambil gambar, it’s okay. Bersanding, hanya adat. Adat itu pulak menyerupai adat agama lain. So, buat apa kita praktikkan lagi adat yang macam itu?Tak salah ikut adat.Tapi, tengok dulu adat itu molek ke tidak. Biarlah kita bersederhana, baru Allah suka. Nak Allah suka ke, orang yang datang kenduri suka? Grand tak grand majlis kahwin tu, balik-balik kahwin jugak. Ikatan itu yang penting.

Suami
Isteri
Saksi
Wali
Akad

Cukup lima, barulah ikatan itu sah. Remaja-remaja sekarang, nak kahwin, kononnya nak elak maksiat. Mereka perlu tahu, kahwin bukan untuk seronok-seronok saja, tapi, disebalik ikatan itu, ada satu tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan.



          Nasihat untuk remaja-remaja dan diri sendiri yang juga remaja, sabar-sabar lah dulu. Bukan masanya. Jangan pernah mulakan langkah kecil ke arah zina. Couple satu langkah ke arah zina, tahukah anda?
Update awal bulan ini, bukan sibuk nak fokus pasal kahwin semata-mata. Maklumlah, Feqah, bab  1,Tingkatan 5 pasal Talak. Banyak cerita ustaz keluarkan. Dari situ, saya sedar tentang banyak perkara. Tapi, malaslah pulak nak huraikan apa yang ustaz cerita. Apa yang penting, kita kena jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, anak dan pelajar.Fokus, fokus dan fokus.

Habis cerita pasal kenduri dan perkahwinan, saya nak selit sikit bab exam. Alhamdulillah, setakat ini 2G, 2 A-, 1B.'Seronok' weyh (T_____T) dapat gagal, rasa macam diuji betul walaupun soalan-soalan dia sikit sangat dan bukan semua bab yang masuk. Tak mengapalah, bersyukur dan redha  je lah apa adanya. Masih ada waktu. Banyak lagi subjek yang tak ada result lagi. Harap yang lain tak gagal dah. Ini permulaan. Setiap nikmat itu bermula dengan musibah.Hehehehe.

Result total,nanti-nanti lah saya update. Bukan untuk menunjuk hebat atau menunjuk bodoh, tapi, untuk pengajaran kita semua. Biar jadi motivasi untuk kita. Tengah rajin beri nasihat. Huhhuhu.

Akhir kalam, (ayat nak lain sokmo), fikir dulu sebelum buang.Kaitan? ggrr~

nope,nope. Fikir dulu sebelum berkata-kata. Kata-kata menggambarkan siapa diri kita.
(Rasanya tak ada kaitan langsung dengan update kali ini, tapi, tak apa, pesanan umum,untuk diri sendiri dan readers.Ayat budak sakit tekak memang cenggini. Geeeee~)

Till then,see ya.