Assalamualaikum


Saya harapkan doa sejahtera daripada sesiapa yang yang baca blog yang simple-mimple+sengal ini. Insya Allah, saya balas doanya kembali.Matlamat blog ini diwujudkan adalah untuk menjadi medium penceritaan sebahagian perjalanan hidup saya, perkongsian pendapat dan juga menjadi tempat penyimpanan cerpen saya.. Just wanna share.Sharing is caring, caring is loving. :D

Be katang, eh?


January 19, 2013

Kenduri,Exam,Baju,Tudung


Assalamualaikum!

Muqaddimah:
Hari ini rasa seronok sebab dapat jalan-jalan lepas exam diagnostik tingkatan 5 yang baru saja habis semalam. Jalan-jalan dekat Muadzam Shah je pun.Tadi, tak sempat habis kelas Bio,dah kena gerak. Ada jemputan kenduri anak datuk mana entah(ada aku kesah datuk siapa?harhar)

Actually, anak sepupu saya yang kahwin dengan anak datuk.Anak sepupu saya tu perempuan.Sepupu saya tu pulak umur dah lebih kurang abah jugak lah.Almaklum lah, big family. Tapi, nama je sepupu dan anak sepupu, kenal pun tak.Teruk kan ukhuwah masa kini? Ahahah *ketawa sinis~

Payahkan nak bersaudara dengan orang-orang kaya.Almaklumlah,kita kaya budi dan akhlak saja(berlagak pulak) :p.So, saudara-saudara saya yang kaya dan yang jenis bajet 2020, semua saya ignore, macam bukan saudara.Tapi,mana yang peramah tu, layankan saja.Saya bukan apa, kami jarang jumpa, umur jauh beza, macam mana nak rapat, kan? *alasan. . .


-Maaf, saya tidak suka bergaul dengan anak orang atasan/kaya yang bajet 2020. 
Bagi saya, ia agak tetttttttttt.(jawapan peribadi) :P-

Malas nak panjang cerita lah pasal kenduri tu.Back to exam.Fuh, memang soalan-soalan yang keluar, memang mantap!Nak nangis jawab sebab terlalu senang.Okey, ini antonim ya, tolong faham. geee...Dah boleh say bye-bye dekat kimia,fizik,bio dan addmath. Hurm.Nanti saya dah dapat result,saya update di blog ya.Macam la orang nak tahu sangat,huhuh.Tak mengapa, sharing is caring.Caring is loving,ehehehe.

Punya lah panjang muqaddimah. Layankan~

Isi:
Hakikat sebenar nak update kali ini, bukan nak sangat cerita pasal exam ataupun kegembiraan dapat on facebook hari ini(o.O?),tapi,nak cerita pasal perempuan,tudung dan berkemban. Huh, agak teruk bunyi dia.Seriously, saya betul-betul bengang, perempuan sekarang dah buta nak pilih baju macam mana nak dipakai. Agak-agak lah kan, nak melawa pun. Anda tahu tak macam mana baju berkemban?Dapat imagine? Tak payah beria nak imagine ya.Tengok saja gambar di bawah.




Perkara yang membuatkan saya rasa sakit hati tengok, yang pakai baju macam tu, perempuan bertudung!Tahu tak macam apa?Macam __________.Pandai-pandai lah letak apa di tempat kosong tersebut.Nak pakai baju molek-molek pun tak reti, nak kena ceramahkan ke baju apa kena pakai dengan baju apa yang tak boleh pakai?Nak cantik?Boleh, tapi pilihlah baju dengan baik.Ladies, jadilah bijak dalam memilih baju,bukan dalam pelajaran sahaja. Ingat cantik pakai macam tu?Serius,tak!

Pengajaran:
Jangan pernah nampakkan apa yang tak boleh nampak dengan apa yang boleh membuatkan orang nampak apa yang sebenarnya tak patut orang lain selain kita nampak.

Agak-agak boleh faham tak ayat ini?

Senang cerita,tutup aurat molek-molek.Memang kita tak perfect, tapi, kita patut jadi orang yang maju memperbaiki diri.Bukan sibuk berbuat salah atas alasan everybody are not perfect.Tolong ya, Muslimah generasi Y,X,Z, alfa dan seterusnya? Kita pasti boleh ubah apa yang patut diubah, sebab semua benda boleh berubah,kadangkala,perubahan itu berlaku tanpa sempat kita ubah pun.

Ayat budak tengah holiday memang memeningkan.

Ampun ya, update kali ini bukan nak cakap saya ini baik atau apa, cuma saya nak kongsi pendapat saya. Pakai macam itu tak boleh!Nak jugak pakai baju macam itu, boleh.Takkan tak boleh.Dah beli mahal-mahal kan.Caranya, pakai tudung yang labuh, yang boleh tutup design tu.Tak payah pakai tudung bulat pun tak mengapa, hanya pakai shawl atau tudung bawal, tapi, pastikan labuh kan sikit di depan,dibelakang pun jangan lupa labuhkan.Senangkan?Apa susah?Tak nak pakai tudung labuh, payah nak bergerak? Apa yang payah kalau kita buat itu untuk jaga maruah?Betul tak?

Satu lagi, peringatan kepada diri sendiri yang kerdil ini dan saudari-saudari se-Islam yang lain, kalau dah tahu tudung yang nak dipakai itu agak jarang atau nipis, berkemungkinan nampak leher atau telinga kalau kena pada cahaya matahari/lampu, sila-silalah pakai tudung kecil atau nama manjanya inner.Baru okey,kan?Ikutlah nak pakai tudung bawal,tak nak pakai tudung labuh, tapi, pastikan ciri-ciri dia betul-betul macam tudung labuh, yang boleh tutup aurat dengan sempurna.

Kengkadang, kita tak sedar tudung itu jarang, tapi, cuba bayangkan, kalau ada cahaya, nampak ke tak bahagian dalam tudung(anggota badan)?Kita tak perasan benda-benda remeh macam itu, tapi, kita mesti kena teliti perkara ini. Untuk kebaikan kita juga,sayang.

Penutup: Akhir kalam, Pilihlah cara pemakaian yang diredhai Allah.Semoga kita sama-sama mendapat redha-Nya, bukan murka-Nya.

:D
(Saya pun tak perfect juga, tapi, apa salahnya kita saling memperingatkan?)



~Kalau awak tak cantik macam princess pun, tetap nampak cantik dengan tudung,kalah princess kowt.Eh eh, salah.Cantik itu subjektif. Semua makhluk Allah cantik.kan?~

January 12, 2013

Manira dan SPM part 1

Assalamualaikum

Kenapa sekarang ini manira rasa semangat nak ambil medic dah turun ke tahap yang sangat minima?

Mungkin sebab silibus makin susah.

Mungkin sebab dah ada pilihan kedua.


Mungkin sebab rasa tak larat nak bawak dah.


Pelbagai kemungkinan. Sampai manira rasa, macam nak tukar masuk sastera.Kenapa rasanya jadi macam ini?

Puan Heartyana cakap

"Tukar lah kelas. Tak payah la nak pening-pening study fizik, biologi, kimia. Awak pun bukan bijak sangat.Lagipun, awak akan bebas dari Addmath. Tak ke senang nak skor?"

Manira rasa setuju dengan Puan Heartyana. Itu belum diambil kira kata-kata seorang pendidik manira.

Cikgu/Ustazah teeeeeeeeeettt : Awak tak boleh main-main da sekarang ni.Blablabla.
Lepas cakap banyak-banyak tu, ada satu susunan ayat yang memang sentap tahap cipan.

"Kalau setakat dapat 4A,5A, baik tak payah duduk kelas ni, baik duduk kelas sastera, senang nak skor."

Gulp!

Memang masa tu,perasaan manira rasa macam dicucuk-cucuk rasa pesimis dan paranoid dan mengalah.Manira, nak dapat 5A belum tentu lagi.

Tapi, Mr Otaqi cakap:

"Gila kau nak tukar kelas?Rugi duit, rugi tenaga, pergi kelas sana-sini, beli buku rujukan, buku latihan.Jangan nak mengada-mengada. Ada jugak kena gigit pipi sebelah!"

Oh my Allah! Apakah pilihan bidang ini salah?Rasanya, manira pilih ikut apa yang manira rasa manira suka. Masa dapat result PMR, rasa sangat yakin boleh bawak sains tulen agama ini.Tapi, sekarang ini? Tak tahu lah rasa macam apa sekarang ini. Rasa semakin down, sampai nak study pun tak ada mood. Padahal tulat (selasa, 16 Januari), nak exam pengesanan,ganti final exam tingkatan 4. Fuh. Manira pulak rasa macam nak masuk Masisupa (pertandingan ilmiah dan sukan antara sekolah-sekolah agama). Masisupa pulak start 25 Januari. Habis exam 19 Januari. Kalau manira dipilih, nak berlatih lagi. Kokurikulum kena ada kalau nak masuk universiti. Tak tahu lah kenapa jadi macam ini.


                                                                                      SPM terlalu cepat datang!




Tak sanggup rasanya.Sekarang ini, dugaan kemalasan tahap gaban, tak tahu nak cakap macam mana. 

Manira rasa macam dah luntur semangat nak jadi doktor, sebab manira rasa manira tak layak nak jadi doktor. Tapi. sekarang ini manira akan cuba perbaiki. Sedaya mungkin. Walaupun, susah sebenarnya. Tak pernah rasa kemalasan maksimum seperti ini. Mungkin rasa down tu datang sebab niat manira dah salah. Dulu manira set, nak belajar sains sebab nak jadi doktor. Sepatutnya, niat kerana Allah. Memang padan lah kan Allah akan tarik semangat kita bila-bila masa saja. Tapi, sekarang ini, manira dah buat option untuk masa depan manira.

Konklusi yang manira buat:

Belajar molek-molek. Kalau result SPM mantap, insyaAllah apply medic dekat oversea, tak pun UIA/USIM sudah.Kalau SPM nanti suam-suam kuku, manira memang confirm ambil Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) di Kuliyyah Al-Lughah Al-Waddin, Pekan.Manira rasa itu lah yang terbaik.Manira dah minta persetujuan ayahanda dan bonda. Mereka setuju saja. Dah kalau tak mampu, kan. Tapi, manira bukan nak jadi ustazah. Tapi, nak jadi pensyarah. Okey tak,okey tak? :D

Harap semua yang dirancang itu diizinkan Allah. Kita hanya mampu merancang, kan.

note: jangan mudah ambil mudah dengan perkara yang nampak mudah. Nanti menyesal, tak sudah-sudah. 
*ada kaitan ke dengan post? Hurm, ada kot. Layankan~




poyo tak? ahahaha. Layankan jugak*

January 8, 2013

ANAKANDA MAHU BASIKAL FIXIE!

Assalamualaikum

Warning!Cerita ini paling bosan pernah ada dalam dunia ini.Jika uolls alergik dengan cerita bosan, abaikan.:D

FYI,Minggu depan, ujian pengesanan, ganti final exam tahun lepas, tapi,tak nak cakap pasal exam tu.Biarkan~ 

Cerita luar kotak :

Anakanda ini budak kampung, tapi, anakanda tak reti bawak basikal. Motosikal apatah lagi. Anakanda pernah juga belajar, tapi, tak lepas-lepas. Tengok kawan-kawan bawak basikal,rasa geram nak bawak juga, tapi, tak reti. Tiba-tiba hari ini, anakanda menyuarakan hasrat hati anakanda kepada ayahanda dan bonda.

Biru-ayahanda
Merah-anakanda

   Kalau Bila dapat 9/10/11 A untuk SPM, boleh tak nak basikal?

        Tak payahlah. Kan nanti, nak masuk U(Aamiin!), 
                bila nak mainnya ? bla bla bla 

Anakanda yang mula-mula berharap, tiba-tiba dah putus impian. Semua orang rasanya pandai bawak basikal, tapi, anakanda yang seorang ini? :(

Awak tahu tak basikal fixie tu macam mana? Mesti tahu kan?Terbayang-bayang dapat bawak basikal fixie yang cool itu. wawawa~


*sumber dari bicyclebuysell.com

-Nak warna pink campur kuning. Macam strawberi cheese cake gittuw~ auuum!-

Anakanda tak tahu kenapalah anakanda tiba-tiba beria-ia nak basikal. Dari dulu lagi, memang dah lama suka basikal fixie, tapi, sekarang rasa macam nak sangat. Mungkin sebab ada influential person yang menyebabkan anakanda rasa macam ini. Ramai kawan anakanda yang dah ambil lesen motor.Orang kata, tak reti bawak basikal, mimpi je lah nak bawak motor. Mungkin la sebab tu. Mungkin~

Sebelum dapat result SMA, ayahanda ada tanya

merah-ayahanda
biru-anakanda
(terbalik)

             Kalau Bila dapat straight, nak apa-apa ke?

                      Erk, hehe. Tak ada apa-apa.

                         Handphone,tak nak?

                       Erk, huhu. Tak nak lah.

          (nak jugak sebenarnya, yang flip punya,gigigi)


contoh ye, bukan demand ni. :D
sumber dari http://ronaldmohoni.com/tag/handphone-flip/


Handphone, bila-bila masa boleh guna, tak payah nak belajar beria-ia nak guna.Budak 5 tahun pandai guna. Kalau basikal?

Ada pulak rumour yang anakanda dengar, kalau tak ada lesen motor, tak boleh ambik lesen kereta selagi belum berumur 21 tahun. Apakah? gggrrr~

Kalau anakanda masuk U(Aamiin!), takkan la nak bawak kereta?Duit minyak datang mana?Kan senang kalau ada motor.Tapi, sebelum pandai motor, mesti kena pandai basikal. Transportion is important right now. Percayalah. Nak harapkan bas?Maaf, anakanda tak biasa. *bajet giler~

Kawan anakanda yang seorang itu, sibuk cerita pasal motor.Dia dah ada lesen L.Cuma motor je yang belum ada.Untungla~ 

Dari dulu, anakanda selera dengan basikal, cuma, tak dibesarkan dengan basikal.Adik beradik lain semua pandai basikal. Seronok wooo. Bonceng belakang pun dah rasa bahagia,(ayat tak nak kalah) apatah lagi bila bawak sendiri. Nasib la tak ada basikal.

Ayahanda, nak basikal!muka kesian*




*mood merapu di ambang exam.spm tahun nih kowt, ting tong doe!sobs22




January 1, 2013

New Age, New Life


Assalamualaikum

17
Well, today is 1st January 2013. I’m 17! o.O

Adakah anda bangga menjadi 17?

Sememangnya, kengerian itu ada.
Apa yang seronoknya jadi 17?

Jadi senior dekat sekolah? Nampak matang? Nampak hot? 
~adakaitanker?

Hakikatnya, 17 adalah waktu untuk pulun bagi saya. 11A+ is my destiny. Boleh ke dapat?Boleh ke?





                ada jugak terselit my boboys.huhu~

Kalau malas usaha, tak payah nak berangan sangat lah kan.
I hope everything will gonna be okay. Menyusuri waktu paling mencabar .Alone.Seriously alone?Obviously not, Allah always with me.

HEDONISME MENULAR HEBAT!

Actually, I wanna talk about hedonisme.Suka tak?Suka tak?Suka tak?*ayat Chef Amar~ Kita talk yang ringan-ringan ek.Tak ada lah ekstrem sangat.

< Takkan la satu entri ni semua nak cerita pasal saya kan.Poyo keyh~>

Rasanya, mesti ada yang tahu pasal hedonisme.Nak tahu apa dia hedonisme?Google sendiri.wawawa~

Secara mudahnya:

 hedonism adalah cara hidup yang penuh dengan hiburan.

Budaya berhibur tak ingat dunia.

Hiburan.

Semua sudah maklum kan, sekarang memang Malaysia dah penuh dengan budaya hendonisme. Perkara yang buat saya sangat sedih dan rasa ralat ialah hedonism sudah melarat dan dijadikan satu ‘lifestyle’ untuk kanak-kanak! Believe me, kanak-kanak ribena pun pandai berbudayakan hedonism.

Siapa-siapa yang ada tv mesti tahu rancangan-rancangan realiti untuk kanak-kanak yang berasaskan tarian dan nyanyian ,kan? Rancangan untuk kanak-kanak secara khususnya.Tapi, mesti lah  orang dewasa yang anjurkan,betul tak?Macam mana mak ayah budak-budak tu tak kisah tengok anak-anak yang mereka besarkan tu terkinja-kinja menari. Ashamed! Serius, macam kurang bertamadun. Kalaulah mereka tahu, anak-anak musuh kita(Yahudi Zionis) jauh lebih berwawasan tinggi dan tak ada masa nak  masuk rancangan  realiti macam itu. Apa tujuannya buat rancangan-rancangan yang saya rasa langsung tak bagi apa-apa kebaikan untuk budak-budak itu? Glamour,popular?

Kita semua kena sedar, kenapa kita hidup atas dunia ini. Tak salah nak berhibur.Tapi, macam biasa,agak-agaklah sikit.Hiburan dalam Islam bukan macam itu caranya. Ada rancangan realiti untuk cari penyanyilah, pelakonlah. Itu ke matlamat untuk hidup? Memajukan industri seni, tapi, cara hidup masih tak berlandaskan agama yang sebenar-benarnya.Kita masing-masing sibuk nak megikut cara hidup Islam, eh eh, ada pulak yang sibuk nak ikut cara jahiliah. Nak ulas beria-ia, saya bukan pemikir dewasa. Itu pendapat saya.Tapi, tak tahulah kalau ada pihak-pihak yang menyokong  budaya ini. Anda perlu fikir sekali lagi ya. We have to change. Masa pun berubah, kita, bila lagi?
‘Untunglah’ hidup di akhir zaman. Dapat menonton kecelaruan pemilihan landasan hidup.

*Jangan fikir remaja hanya remaja. Remaja boleh berperanan lebih dari remaja biasa. Ayatbudakumur17 :p

RINDU ANAK MAMA!

Esok, sudah mula sekolah. Esok, saya pakai baju biru. Wawawa~Mesti nampak poyo sangat-sangat. Biarkan, biarkan. . .
Dan,saya rasa sangat kesunyian. Anak saya dah balik ke rumah dia. Sedih lorh! Rugi la saya taka da adik macam orang lain. Saya ada anak angkat tau. Tapi, anak angkat saya tu lagi putih dan chumil nak dibandingkan saya yang tinted ni. Tak percaya saya ada anak angkat? Meh, tengok gambar.


           anak lelaki saya- Muhammad Usamah aka Hamada




                anak perempuan saya- Nuha aka Nuiya

Budak-budak ni sebenarnya my nephew and my niece, anak along.Tapi, yang berdua ni la yang paling banyak saya spend masa.Ada seorang lagi niece, tapi yang tu bukan anak angkat saya,dia anak angkat my vampire sister.Rindu sangat-sangat.Walaupun mereka-mereka ini banyak kerenah. Phew, letih layan.Ekceli, hari ini birthdate Nuiya yang ke 2 tahun. Hepi Besday, bebeh!Ashu rindu u!Mungkin bulan 3, jumpa la agaknya.

Btw, semua orang dalam hidup kita bukan milik kita selama-lamanya. Maka dengan itu, hargailah orang disekeliling kita terutama mak ayah dan famili sebelum terlambat.