Assalamualaikum


Saya harapkan doa sejahtera daripada sesiapa yang yang baca blog yang simple-mimple+sengal ini. Insya Allah, saya balas doanya kembali.Matlamat blog ini diwujudkan adalah untuk menjadi medium penceritaan sebahagian perjalanan hidup saya, perkongsian pendapat dan juga menjadi tempat penyimpanan cerpen saya.. Just wanna share.Sharing is caring, caring is loving. :D

Be katang, eh?


December 14, 2013

SPM dan after SPM-straight A,masihkah ada harapan lagi?-part 3

Assalamualaikum….

Alhamdulillah,seronok ase....
(actually, perasaan sebenar:...)




         Sekejap je, dah habis spm rupanya.Dalam 2 minggu lagi, dah nak masuk 18. Tua dah rupanya anakanda nih.Sekarang, tanam anggur jer kat rumah. Pastu, jadi babysitter untuk bebudak 3 orang. Well, train diri sendiri untuk masa besar nanti. Muahahhaha.(poyo)

       Anakanda, sampai sekarang ni, macam trauma. Howh, serius, spm memang menakutkan. Tiap hari rasa macam terbayang-bayang nak ambik result. Owh please. Takut weyh. Tak tau ar camne nasib ni nanti. Kalau anakanda ni budak star, tak pelik da nak tunggu-tunggu result nih. Boleh relax je kan… nightmare asenye..

Harap  oke jer result. Jangan la bikin frust anakanda.

Well, bulan lepas,17-28/11, anakanda stay kat hostel jap untuk study sama nan kawan2 for science subjects ,kononnya…Last2,tidur je yang lebih. Tak tau apa nak jadi la. Tapi, kira ada benefit la dapat study gak, bukan la tidur je…Daripada duduk rumah, baca straight je, tak faham mana.

Sekarang ni, rasa macam berbelah bahagi pulak. Anakanda dapat STAM kat Kulliah. Tapi, macam biasa la, dah nak masuk untuk form 6 kan, tau-tau je la yuran dia berapa. Lagi2, anakanda duduk asrama.Alhamdulillah la, lepas da stay kat  hostel dalam 2 minggu dulu, tak de la fobia dengan hostel dah. Oke la tu kan?Se lagi, anakanda kan dapat PLKN, tapi,nak  tangguh dulu ..Tak pe la yang tu.Anakanda fikir cenggini, kalau dapat upu, nak quit STAM. Tapi, kalau tak dapat, go on je la dengan STAM.Then, kalo tahun depan gak pindah Temerloh,anakanda akan transfer ke Khairiah pulak. Tapi, masih jugak rasa belah bahaginya. Tak nak la jadi macam form 4 dulu.Konon 9A nak mintak SBP, last2 tak dapat  beb. Kwang22..Tak ada rezeki kan. Cam sedih jer. Poyo la tak nak ambik SMA, tapi, ambik juga. Weird.Tak nak sangat benda yang sama berlaku.

 Berbalik kepada akarnya, kita hanya mampu merancang, tapi, Allah yang tentukan.Allah knows the best. Harapnya jugak tak de la frust macam dulu. Rasa rendah diri kowt. Bila fikir-fikir balik, belajar kat mana-mana tu sama je. Ilmu tu yang penting. Tapi, biasa la manusia, tak pernah nak sedar yang tu. Nak jadi dermatologist tu, macam mimpi jer. Tapi, yup..kita memang tak tau masa depan kita cam mana. Tak leh gak kita nak guessing2 memandai. Apa-apa, beserah je …

Sekarang baru nak rasa banyak masa dah rugi. Banyak main masa form 4. Sabo je la. Tak pe la, belajar dari kesilapan perkara yang pentingnya.

Dalam sebulan nak menunggu ke tahun 2014, pergh…Macam-macam dugaan doe.Kadang rasa tak kuat nak lawan, tapi, kena hadapi gak. Tak apa la, anakanda pergi kulliah nanti, boleh la lari kejap dari masalah.Huhuhu…Sekarang ni pun, masih rasa lagi lonely dek kerana perpisahan kan. . .sedih ouh...Tahun depan, bukan jumpa macam biasa,duduk dalam kelas 5af1 lagi. .ahaha.every moment with them just like a sweet dreams.sedih22.rindu itu tanda sayang. ahahaha.well, takkan ada perpisahan kalau tak ada pertemuan, right?Maka, terima je lha..huhu

Kesimpulannya, semua orang ada masalah, ada dilema, ada pilihan, ada kesakitan, ada keberatan hati dan macam-macam lagi. Tapi, sebagai human-being yang ada Allah, kita memang kena hadap semua. Tak boleh la nak lepas, nak lari dari masalah macam tu je. Dan, apa juga yang penting,jangan pernah menyanggah takdir. Jangan pernah cuba membudayakan percakapan lau inni (kalaulah aku), sebab ucapan tu betul-betul boleh bawa mudarat kepada emosi dan pegangan kita. Biasalah weyh, mana ada orang tak pernah cakap “kalaulah aku bla..bla…”.Mesti akan ada punyer ouh. Atas kita ar, kena pandai elak gak.
Apa yang penting, percaya je yang Allah memang tahu apa yang Dia buat. Jangan pernah menolak. Terima saja. Hwaiting!

(Huahua. Dah lari tajuk ni, masuk bab muhasabah diri la pulak. Tak pe lha, budak tengah takut nak tunggu result memang cenggini).





        we are still young... .just go on... :D