Assalamualaikum wbt.
wink-wink.
Question:
Do I stress?
Ashu tak tahulah,
betul ke ashu stress sekarang ini? Ashu ada baca artikel, katanya:
*Orang yang kuat
tidur, bukan kerana dia itu memang sukakan tidur, tetapi, dia sebenarnya sedang
stress. (kecuali orang yang memang hobinya tidur, tak termasuk, yer.)
*Orang yang
terlebih kuat makan, tapi, tak kenyang mana.(kecuali orang yang tak baca doa
sebelum makan, memang padan tak kenyang-kenyang.)
*Orang yang
terlalu banyak ketawa, buat loyar buruk, lawak tak jadi dan bercakap seorang
diri, tapi, bila diamati ada satu waktu dia akan senyap, tak berbicara. (Bukan
gila, tapi, dia macam nak cover stress dia dengan bergembira.)
Semua
benda-benda ini ada pada Ashu. What the fish~
Ayat itu
tak seratus persen la sama, ditambah mengikut kefahaman Ashu lah kan. So, konklusinya, yup, saya mengalami stress. ahaahahah~
I told my vampire
sister about my probs.Tensen tahu dop, dah la netbook dah kena rampas oleh my abang
atas arahan bonda, sedih weyh.Btw, tade lah besar mana lah probs nya, tapi, itu
yang buat Ashu rasa terbeban. Ashu kan tak kuat.
Ashu ada mengadu
kat dia, Ashu rasa dah salah pilih. Bajet pandai sangat nak ambil science
stream. Dah dapat dua gagal dalam ujian diagnostik dan dua-dua subjek itu
subjek science stream, KIMIA dan ADDMATH. Ashu jadi mental kejap bila dapat
gagal. Tahu tak, dalam ujian tu, soalan ciput jer. Bukan ada soalan esei, bukan
banyak section ke apa.Simple giler soalan dia. Tapi, boleh dapat G!
Memang lah kalau
dapat gagal, normal lah, baru buka sekolah 2 minggu, dah exam. Tapi, yang
tersirat di sebalik itu, nampak sangat Ashu belum bersedia untuk SPM. Soalan
kalau nak ikutkan bukan payah, tapi, Ashu yang bermasalah.Tak faham soalan,
macam tak belajar.Grrrr~
Ada orang cakap,
Ashu tak bersyukur.AHAHAHA
Bukan tak
bersyukur, cuma rasa macam frustrated dengan diri sendiri. Nak jadi doktor
macam mana lah agaknya. Angan-angan nak fly oversea lepas SPM result
keluar(Aamiin!),
Tapi....................................................................
Mr Otaqi said:
Rezeki itu datang dari
Allah. Usaha ada pada kita. Kalau dah usaha, tapi, tak diberi rezeki untuk
berjaya, nak kata apa? Tak
kan nak salah kan Allah tak bagi rezeki kejayaan pada kita?
Puan Heartyana
said:
Bukan masanya
untuk lemah semangat buat masa sekarang. Banyak waktu lagi boleh cover. Setakat
ujian diagnostik, lantak lah kalau nak dapat 0 pun, yang pentingnya final exam
nanti yang perlu dititikberatkan.
Waaaah, ayat Puan
Heartyana semakin lembut, sopan, dan lebih berhemah daripada dulu.Makin
positif. Terima kasih kerana memahami, Puan Heartyana!(merepek)
Memang dasar
manusia, tak pernah nak bersyukur. Bila disedarkan dari kelalaian itu, baru nak
sobs-sobs sebab dah teralpa dengan kehidupan.
Ashu
kadang-kadang rasa down jugak dalam kelas, masa addmath, selalu lambat nak
faham. Faham tu memang faham,tapi,
tak laju pick up macam orang lain. Especially, masa kelas addmath. Kawan sebelah dah start buat latihan, yang
Ashu ni, pana lagi. Lepas tengok contoh dan formula berjuta kali, baru lah nak
faham. Kalau orang lain, sekejap je dah faham. Jelly tau dop?
Ashu tahu lah
kan, Ashu kalau bab-bab Math ini memang pana sikit. Tapi, kadang-kadang I am
wondering, adakah aku tak dapat keberkatan seorang guru?Bila fikir-fikir
semula, rasanya tak, sebab cikgu tu pun cikgu baru, tak pernah lagi buat perangai
pelik-pelik dengan cikgu tu. Rasa
geram sebab payah nak aplikasikan formula dalam latihan. I’m dissapointed with
my self. Tak macam orang lain, cepat faham.Ashu rasa down sungguh. Adakah
kerana nikmat cepat faham ditarik?
My vampire sister give
the answer:
Pemahaman kita
dengan orang lain berbeza.Kemampuan kita lain-lain. Mungkin kita rasa kita
lambat, tapi, mungkin ada je orang macam kita. Kita je yang paranoid dengan
diri sendiri. Tak yakin dengan sendiri. *ayat yang ketiga tu dah campur ayat Mr
Otaqi. heehehhe~
InsyaAllah,
nikmat itu belum ditarik. Nau’zubillah min zalik.
Tapi, pada
pendapat Ashu, selepas di fikir-fikirkan balik, apa puncanya, Ashu rasa mungkin
banyak maksiat yang Ashu dah buat. Haa, ni bukan sesi nak aibkan diri sendiri.
Normal lah orang buat dosa kan. Orang yang mencuri dalam solat pun dikira buat
maksiat, apatah lagi yang benda tak baik yang lain-lain kita buat. So, mungkin
itu sebabnya. Al-’ilmu ka annur. Ilmu itu seperti cahaya. Kalau kita banyak
buat maksiat, ilmu payah nak masuk. So, memang kena muhasabah diri molek-molek
la kan. Kita tak lepas dari lakukan maksiat, tapi, pastikan lah kita sedar
perlakuan kita,dan cuba ubah. Itu lebih baik Ashu rasa,daripada kita buat
maksiat,tapi, kita tak sedar apa yang kita buat tu salah, dan kita pun
istiqamah dalam maksiat kita.Tak ke rugi, macam itu?
Pesanan untuk
diri dan uolls dekat luar sana yang masih belajar, tak kira lah belajar ilmu
apa sekalipun,marilah kita sama-sama bebaskan diri dari maksiat, baru hati jadi sihat, kita pun boleh
jadi antara yang mumtazat(orang-orang yang cemerlang, jamak muannas salim). :D
Huh~’Seronok’
tahu tak dapat bebelan percuma daripada vampire tuh. Dah mengalir-ngalir air mata, dia sibuk membebel
lagi. Tapi, tak apa,
bebelan itu yang Ashu perlukan.
Nak hurai
dia punya bebelan, satu page A4 tak habis lagi. Campur dengan curahat dia lagi.
Well, rupa-rupanya dia pun macam Ashu jugak, banyak probs. Tapi, Ashu rasa
probs dia lagi banyak dari Ashu. Muehehe~
Sekarang ini,
malas nak fokus sangat pada impian jadi doktor, nak fokuskan belajar saja.
Mujur SMAI rajin buat kelas tambahan setiap hari, termasuk Sabtu dan Ahad. Tak
apa, Ashu tak kisah. Ashu pergi, sedaya mampu Ashu. Selagi Ashu sihat. Setakat
bayar RM 30 sebulan, apalah nak kata susah?
Nak tuisyen, mungkinlah,
tapi, nanti-nantilah. Kelas tambahan cukup buat masa ini. Kalau ada kesempatan,
nak pergi jugak.
So far, buat masa
sekarang ini, Ashu dah dapat 2G,
3A-. 1A, 1B, 1C. Canteq
abjad-abjad tersebut. HARHAR
Exam kali ini,
senang dapat fail, senang dapat A, sebab soalan sikit je, jadi peratusan untuk
satu markah sangat tinggi. So, no
wonder lah dapat A tu kan. Gagal tuh, eheheeh. no wonder jugak, sebab soalan
dia memang __________. Malas nak hurai beria. Nak tengok paper kimia dengan
fizik Ashu?Scroll bawah yer.
Kimia, section B tu kertas 2. Memang 'mantap'~
Kertas 1, 10/25. 2 bab je pun, electrochemistry & chemical bond.Haih~
Ini kertas fizik. Cantik nombor. ~poyo
Ini kertas fizik, tengok lar, kertas 1 dapat 23/40,kertas 2, 6/11.Dah la soalan kertas 2 tuh bab 2 je. BAB 2!. Hebatkan? AHAHA
See, soalan sikit je. Tapi, itu lah,haih, malas nak cakap.Fizik tu, bab 1-3 je pong. Kalau masuk
bab 4-5, memang menangis air mata air dah rasanya. So, patut tak Ashu rasa risau?Patutkan?Gila
kau tak patut!
SPM, AKU SAYANG
PADA MU. Tolong jangan kejam.
*SEPARA SINTING.
