Assalamualaikum...
Dah lama jugak tak update, rasa macam ada yang tak lengkap.Actually, dah memang ada buat update untuk bulan 3,tup tup,bateri netbook poyo kita tu dah mati, wayar charger dia pulak ada masalah teknikal(masalah dirahsiakan.), memang tak dapat on langsung.Draf untuk update tu pulak lupa nak copy masuk pendrive.
Betapa... Grrr!
Geram, keyh, geram.
So, memang terpaksa biarkan saja.Nak bagitahu abuchi nanti, kita kena bash teruk pulak.
Maka dengan itu, diamkan saja. Well, today, bukan nak cerita beria pasal netbook poyo tu, kita nak cerita pasal holiday kita baru-baru ini. Awesome sangat tapi sayang lah dah banyak miss extra class. Nak buat macam mana, kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan.(alasan kukuh,jangan nak pertikaikan lagi,keyh.muehehehe)
FYI, kita pergi Kelantan, rumah Along kita, then, dari Kelantan, gerak ke Penang melalui Jeli->Gerik->Kedah->Penang
.
Masa jalan dekat Gerik tu, MasyaAllah jalannya berputar-putar, naik bukit,turun bukit.
Macam bergerak dalam awan.Tinggi doe!Maka, kita yang tak makan deminhydrinate ni pun termuntah lah dengan teruk sekali. Pening betul jalan dia.Redha je lah kan.
Dipendekkan cerita...
Sampai lah ke Penang.
Dulu dah pernah pergi, tapi, dulu kita duduk kat Batu Feringghi, nun hujung pulau.
Tapi kali ini, duduk dekat je dengan Penang Bridge, dan lebih spesifiknya di Bayan Lepas.
Kira dekat lah kan dengan bridge. Dekat tempat kita duduk tu memang dekat jugalah dengan airport.
So, setiap hari, memang nampak aeroplane terbang atas kepala(ayat hiperbola keyh, tolong faham.:D).
Seronoklah jugak. Hari pertama, kitaorang sampai dah petang,maka, memang malam tu berbungkus je,
tak round-round bandar pun.
Hari kedua, pun tak keluar pergi mana-mana. Main kat pool je.Mujur lah kat pool tu open, boleh
la nampak bandar Penang.Tak ada lah macam terperuk sangat.Hari ketiga baru lah hari yang awesome.
Mula-mula pergi area Teluk Bahang,abang-abang kita nak pergi mandi air terjun dekat taman rimba.
Tapi, kita malas la nak join, dah pakai baju molek-molek.Kawasan dia memang cantik, luas, nyaman.
Cuma sayangnya, air dia keruh sikit, mungkin sebab ramai sangat orang.Hari tu pulak, ramai
betul orang. Ada budak-budak Cina camping.Memang penuhlah.Air terjun yang paling atas je yang bersih.
So, memang berendam kat situ lah.
Kita, angah kita, bonda dengan abuchi tak join. Kitaorang pergi cari makan je la.
Pusing-pusing, last-last jumpa kedai makan depan rumah orang.
Gerai Ar-Rahim kalau tak silap. Serius kita cakap ni, kedai dia memang bersih, simple je, tapi,
makanan dia
sedap weyh! Menu tak banyak pun.Nasi ayam, laksa penang, bihun sup. Tapi, tiga-tiga tu best.
Murah pulak. Minuman dia pun not bad.
Kita tak pernah lagi jumpa kedai yang mementingkan kualiti dan kuantiti.Biasanya, dua-dua tak ada.
Tapi, memang bagus la kedai tuh.Pandai mak cik tu jaga kedai, bersih betul.
Lepas mereka-mereka siap berendam kat air terjun yang cetek tu, kitaorang continue gerak ke Bukit Bendera.Keyh, memang best naik atas tu.
Malas nak cerita panjang, tengok je la gambar ye.
Nasi dia punya lah banyak, tapi, kita mintak sikit je la.Ayam tetap rubu' keyh, besar you know.(rubu'=1/4).Kira sedap lah.Kita kureng sikit dengan nasi kandar ni, tapi, bila dah makan kat situ, boleh lah dikira sedap.
Then, esoknya, kitaorang pun baliklah ke rumah.Baki 3 hari cuti ni, duduk rumah, buat hw, kemas rumah.Back to normal lah kiranya.Rasa cepat betul holiday. Eiy, geram,geram.
Tutup lah cerita pasal holiday. Sekarang, kita tengah serabut fikir pasal SPM. Hurm, SPM lagi,
tak ada benda lain nak fikir ke?
Actually, bukan risau apa sangat pasal SPM tu, cuma kita risau pasal diri sendiri.
Macam tak ada effort untuk menghadapi SPM yang hanya tinggal lebih kurang 7 bulan je lagi.Risau weyh, risau.
Kita memang tengah mood malas semalasnya.Teruk betul. Kerja sekolah berlambak tak siap, terbengkalai macam itu je. Konon lah kita ni bawak modul Addmath form 4 dan form 5 kat Penang, sekali dengan buku teks sejarah,buku nota.
Kononnya nak siapkan nota sejarah sampai bab 4,siapkan modul.Pengakhirnya. . .
Langsung tak sentuh.Kita cuma buat modul addmath form 5, topik integration.LOL!
See, betapa pemalasnya.Itulah yang kita risau. Malas ni payah betul nak kikis.Kita rajin pergi kelas je, buat hw, study... Jarang-jarang.Harap-harap buka sekolah nanti ada lah perubahan.
Hurm, tiba-tiba teringat pasal exam diagnostik dan exam up1.Apa cerita eih?
Ahahaah.-_-'
Exam diagnostik tu, dah dapat result sepenuhnya.Nak tengok?Tak nak tengok pun, kita nak tunjuk jugak.Ahahaa. (-_- poyo. . .) Tiqah sayam, silalah lihat.Kita nak tunjuk kat awak betapa 'bijak'nya kita.LOL.(tiqah, doakan kita, teruk kowt result ujian diagnostik ni.Kita dah semakin risau dengan prestasi kita.Keep praying for me, babe.I'll pray for you too.hehehe.)
'Bijak' sangat lah dapat 2G tuh.:P
Exam up1, dah dapat result jugak, tapi, ada satu je lagi subjek yang belum dapat markah, iaitu PSI.Biarkanlah.Kita malas nak kisah sangat pasal exam awal-awal ni, sebab bukan menentukan apa-apa pun.Just a test. So, kalau markah tinggi sangat tu, tak payah nak wonder sangat la.
Exam yang lepas biarkan berlalu, yang penting exam yang akan datang. All of you, tolong-tolong la doakan untuk kita agar terus gigih, semangat,cekal, kuat iman dan rajin untuk menggapai 11A+. Do pray for me,keyh. ^___^
(macam gedik tahap maksimum guna kata ganti nama diri 'kita'.Ahahahha.Biarkan.Budak baru lepas holiday memang cenggini). ^_^V
p/s:-Keep waiting for my next update, "Aku Sudah Jatuh Cinta." :D