Aku kenal dia sudah lama. Bukan setahun dua. Malahan lebih satu dekad. Wajahnya yang begitu persih amat menyenangkan. Keningnya yang halus itu sudah lama aku kagumi. Matanya yang begitu tipikal membuatkan aku rasa dia nampak begitu sederhana tetapi sangat istimewa. Aku?Bermata sepet. Berkening lebat dan kulitku kuning langsat. Aku sebenarnya seperti merasakan tidak layak bergandingan dengannya. Tapi sekarang, aku tidak pernah tahu yang aku akan berjumpa dengannya lagi bersama status barunya, janda. Aku mula-mula kaget mendengar berita itu.Aku memang tidak pernah terdengar berita perceraian perempuan yang amat aku kagumi sejak di bangku sekolah ini.Namanya, Dhamia. Aku masih teringat sewaktu aku berada di darjah enam, aku pernah mengutuskan surat padanya.
“Kehadapan Dhamia yang saya sukai…
Saya sebenarnya memberi surat ini hanya untuk berkenalan dengan awak.Saya sangat suka perangai awak yang pendiam dan baik.Saya harap awak sudi berkawan dengan saya.Kalau betul awak sudi berkawan dengan saya, datanglah ke kedai Pak Deris.Saya belanja awak aiskrim.Ok, Assalamualaikum.”
Kawan awak,
Haneef
Aku masih ingat apa isi surat itu. Bermula dari hari itu, aku berkawan dengan Dhamia.Memang senang berkawan dengannya.Dia pernah berjanji denganku sewaktu berada di tingkatan dua.
“Nif, saya janji saya tak akan pernah putus kawan dengan awak. Awak memang kawan baik saya. Saya harap awak tak akan lupa saya bila besar nanti. Kalau awak buat nasi minyak nanti, ajaklah saya datang. Jangan lupa.”
Kata-kata itu diucapkan dengan intonasi bercanda. Aku hanya ketawa. Dia memang menyukai aku juga, tetapi aku dan dia tidak pernah berpacaran. Ah, aku rasa malu sebenarnya.Tidak sangka aku akan berjumpa dengan perempuan yang dari dulu aku suka. Aku tidak patut suka dengan mana-mana perempuan sebenarnya, tapi, mungkin fitrah, selama hidup itu mesti ada yang kita suka semasa di zaman remaja. Kalau ingin diingatkan semua kisah dulu,alangkah indahnya!
Pagi subuh yang tenang.Embun masih berputik tatkala aku bangun dari maut sughra. Jam tepat pukul lima pagi. Aku kebiasaannya bangun sekitar 4.30 pagi, mungkin badanku letai kerana sibuk menguruskan halku di pejabat. Aku seperti biasa solat subuh jemaah dengan rakan sekerjaku di surau berdekatan.
Selepas sarapan mi goreng dan teh tarik segelas, aku menyambung tugasku.Aku menjenguk pesakit-pesakitku seperti biasa.Macam-macam kerenah yang aku lihat.Ada yang terlentang di tengah lorong kaki lima.Ada yang menyanyi seperti membuat konsert.Aku beralih ke bilik wanita. Aku bertemu dengan Dhamia. Aku ajaknya berbual. Dia meninggalkan menungannya sedari tadi dan mengikuti aku ke taman yang berada di sebelah barat. Aku menyuruhnya duduk.Dia hanya menurut.
“Mia, hiruplah udara di sini. Tumbuhan hijau yan segar baik untuk penglihatan. Lihat sekeliling baik-baik.Perhatikan keindahan alam ini.”
Aku seperti biasa menyuruhnya relaks, tidak stress dengan suasana sekitar. Dhamia tiba-tiba berdiri.Duduk disamping pokok rendang.Dia tiba-tiba melaung kuat.
“Kita patut memperluaskan pengaruh.Kita mampu menakluk dunia dengan fahaman ini.Kita boleh berkongsi dunia yang kaya melimpah.Kita hancurkan semua benda yang boleh menggoyahkan persatuan kita ini.Ingat, semua minit mesyurarat akan diberikan kepada Sir Frankfurt Adolf.Biar dia akan memberi saranan kepada kita untuk terus memajukan pengaruh.”
Dia tersenyum dengan gah.Aku hanya memandang dengan pandangan lesu. Aduhai,Dhamia!Kau kah itu?
Tatkala matahari menggila menyinari alam, tepat pukul 12.30 tengah hari, aku melangkah menuju ke kantin bersama rakan setugasku, Afif.Aku memesan sup perut dengan nasi putih.Afif seperti biasa memesan mi tom yam.Aku berbual dengannya.
“Fif, aku sebenarnya nak tahu sesuatu.Aku belum buat pencarian tentang satu fahaman yang menular sekarang ini.Mungkin aku tak berapa prihatin dengan dunia sekeliling.Fahaman ateis.Kau tahu pasal benda ini?”
Afif hanya tersengih.Dia masih menyedut teh ais limaunya.Sudah tinggal separuh.Pesanan kami datang.Aku mengangguk dan seperti biasa mengucapkan terima kasih.Aku masih menunggu jawapan dari Afif.
“Fahaman Ateis itu?Aku tahu sikit-sikit je. Ateisme ini satu fahaman dan ia bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang mengatakan ketiadaan Tuhan. Memang ada berlaku penafian tiada tuhan ini,sejak zaman-zaman kuno lagi. Tapi semasa abad ke-19, barulah fahaman ini seperti boleh diterima pakai untuk menjadi salah satu cara pemikiran alternatif.
Kalau kau mahu tahu lagi, dalam fahaman ini, ada ahli-ahli fikirnya yang cuba memasakkan dalil-dalil yang dicipta melalui ideologi mereka sendiri terhadap kejadian Tuhan, sama ada Tuhan itu ada atau tidak.
Pada zaman Yunani kuno kalau tak silap aku, ateisme muncul di Athena pada paruh kedua abad kelima.Tapi, tokoh ateis bukan muncul di Athena. Sewaktu itu, antara penganut ateisme yang terkenal telah memberi penyataan yang menegaskan kepercayaan ateisme ini.Dia adalah ahli tokoh sofis. Namanya,Protagoras. Ada satu orang yunani yang pernyataannya betul-betul berdasarkan atiestik.Namanya Bellerophon. Aku belum habis cari lagi pasal benda ini.Kenapa nak tahu ini, ada orang yang pernah melemparkan ayat yang berbau ateistik pada kaukah?”Afif bertanya sambil tersengih.
Aku menggeleng cepat.Afif bercerita dengan panjang lebar. Aku meneliti kata-katanya.Ada sebahagian daripada fakta yang disebutkan itu aku sudah sedia maklum.
Afif menyambung lagi.” Perkataan ateis ini berasal dari dua perkataan yang berbeza dalam bahasa Yunani.Huruf ‘a’ itu maknanya tanpa atau tiada dan theos maknanya tuhan. Jadi bila disambungkan, jadilah tanpa tuhan.”
“Ah, letih lah aku nak bagitahu kau semua.Aku nak makan ni.Dah berokestra perut aku ni kau tahu tak.Kalau nak tahu banyak lagi, pandai-pandailah cari dalam internet.”Afif akhirnya memutuskan perbicaraannya. Aku hanya tersengih dengan kerenah Afif ini. Aku turut menikmati hidangan tengah hari sambil otak aku ligat memikirkan jadual kerja seusai rehat.
Afif.Dia rakan sekerja aku. Mukanya agak kecinaan. Matanya yang sepet. Ditambah dengan cermin matanya.Nampak seperti tauke cina. Dia memang rakan yang baik. Aku sering juga berbual dengannya.Maklumlah, rakan sekerja dan rakan serumah, pastinya selalu berjumpa. Saling curahat,dan dia mendengar dengan sepenuh hati. Umurnya tua setahun dari aku. Aku kenal dia sewaktu di universiti lagi. Aku cukup senang berkawan dengannya. Aku ada menceritakan tentang Dhamia kepadanya. Dia tersenyum kambing.
“Apa kau suka dengan orang sakit mental?”Dia mengujar pertanyaan yang berbaur sinis itu.Aku rasa tersinggung.Mujur dia cepat memujuk dan meminta maaf.
Petang yang hening itu, aku memikirkan banyak perkara.Tentang kenaikan harga minyak dan barang asas keperluan.Ekonomi aku walaupun belum goyah, tetapi, terdetik di hati aku. Bagaimana dengan orang awam yang berada di kawasan pedalaman dan latar belakang keluarga daripada golongan yang berpendapatan rendah menjalankan hidup dengan kos sara hidup yang tinggi. Aku kadang-kadang lemas dengan isu semasa sekarang. Masalah gejala sosial yang berlarutan tidak ada penghujungnya. Banyak aku dengar tentang masalah-masalah sosial dan pergaulan.Aku pernah membaca daripada majalah, ada beberapa pelajar belasan tahun yang sanggup mengukir nama pasangan masing-masing pada lengan mereka menggunakan pisau lipat dan jarum peniti!Bukan itu sahaja, pasangan mereka itu bukan lelaki, tetapi perempuan!Aku beristighfar panjang. Betapa goyahnya iman mereka. Ia dikenali sebagai tatu, ukiran seni zaman sekarang yang didakwa kononnya ia hanya seni dan cepat hilang apabila diukir dengan pisau lipat.Aku merasakan keanehan yang amat sangat. Betapa bodohnya! Menyakitkan diri itu pun sudah dilarang oleh agama, inikan pula mengukir tatu buatan sendiri.Aduh, dunia!
Aku bukan sahaja lelah melihat fenomena zaman sekarang, malah kerisauan aku tentang pegangan dan mentaliti orang Islam zaman sekarang makin keliru.Aku terfikirkan fahaman-fahaman barat yang cuba mendominasi pemikiran manusia zaman sekarang.Freethinker, Ateis dan bermacam-macam lagi fahaman yang gila. Ateis. Itu fahaman Dhamia. Aduhai, sejak bila dia menganut fahaman itu, aku bingung memikirkannya .Setahu aku, dia seorang yang sangat serius orangnya.Dia berfikir mengikut rasional.Dia juga seorang yang idealistik, tegas dan berani. Tetapi, aku rasa, cirri-ciri dia itu mungkin menyebabkan fikirannya terlalu taksub dengan kesempurnaan yang boleh menyebabkan dia keluar dari agama asalnya, Islam. Mana tidaknya, fahaman ateisme itu menafikan kewujudan semua Tuhan. Betapa gilanya!
Aku juga membaca media cetak yang sering mengeluarkan isu-isu negatif. Mak nyah, lesbian, gay dan pengkid. Aduh, majoritinya terdiri daripada umat Islam.Kenapa, kenapa dan kenapa?Mereka butakah, tak pernah belajar agamakah atau mereka itu tidak salah dan patut dilabel dengan ayat begini,semua manusia tidak sempurna dan tidak lepas daripada melakukan kesalahan.Logikkah? Rasionalkah? Andai iman mereka kuat, tidak mungkin ada berlakunya kekufuran begitu. Tidak pernah terdengarkah hadis nabi yang mengatakan betapa Allah melaknati lelaki menyerupai perempuan manakala perempuan menjadi lelaki. Tetapi, sekarang, ia lebih daripada semua itu! Aku mengusir pelbagai fikiran tentang isu-isu negatif itu.Aku menyampah untuk terus memikirkannya.Matahari sudah melabuhkan tirainya dan bulan bertukar kerja dengan si suria itu. Aku bersiap dan menuju ke surau untuk solat jemaah.
“Sudah, sudah!Kenapa payah sangat nak kembangkan pengaruh kita ini?Kau semua takkan tidak tahu, Friedrich Nietzsche, tokoh besar kita yang memperjuangkan fahaman kita ini dengan begitu berani.Untuk pengetahuan, dia begitu berani dan lantang memberi penyataan, “Tuhan sudah mati”.
Kita patut berani macam dia.Yakin kan bakal pengikut-pengikut kita, bahawa fahaman kita ini mengikut logik dan benar belaka. Tokoh-tokoh ateisme yang terkenal ialah Friedrich Nietzsche pada tahun 1844 hingga 1900 dan juga Karl Marx pada tahun 1818 hingga 1883. Kita patut jadikan mereka roll model. Kita akan menguasai dunia jika kita terus dengan fahaman kita ini. Ha!Ha!Ha!”
Dia ketawa dengan riak muka bangga dan angkuh sambil berdiri di atas katilnya seolah-olah sedang memberi taklimat. Aku hanya terdiam melihat dia. Apa punca dia jadi begitu?Sungguh aku mahu tahu. Aku sepertinya tidak boleh terima betapa dia tercampak dalam golongan orang yang tidak siuman. Aku terfikirkan seseorang.Ya, abang tirinya, Farhan. Aku harus berjumpa dengan Farhan. Aku mahu tahu apa yang terjadi selama ini yang tidak pernah aku tahu.
Lot 4563, Jalan Orkid.
Rumah ini memang rumah lama keluarga Dhamia.Betul lah alamat ini.Tapi, kenapa rumah ini nampak sunyi, macam tak berpenghuni. Aku berkata-kata dalam hati. Agak curiga sebenarnya. Aku membuka pagar rumah itu.Tidak berkunci. Aku mengetuk daun pintu. Aku memberi salam beberapa kali.Tidak ada balasan.Tiba-tiba daun pintu itu terbuka.Aku masuk.Sekitar rumah itu bersawang. Mungkin tidak ada orang.Aku lalu melangkah ke arah pintu untuk pulang. Tetapi, aku tiba-tiba mendengar orang berjalan sambil bunyi kasut yang diseret menandakan cara perjalanannya yang lambat dan malas. Aku cepat-cepat bersembunyi di dalam almari kosong.
Aku pantas menahan pintu almari yang ingin terbuka. Aku melihat tampang Farhan melalui celah pintu.Dia duduk di sofa berhabuk itu.Dia yang sedari tadi memegang setin air berkarbonat, mencampaknya ke dalam plastik yang penuh dengan tin kosong. Dia nampak tidak terurus. Aku benar-benar takut jika dia juga orang yang tidak betul hati. Aku memerhatikannya lagi. Dia bangun.Menghadap ke meja usang. Dia mengambil satu foto dari atas meja itu.
“Ibu, maafkan abang sebab tak dapat jaga adik. Adik sekarang dah masuk hospital sakit jiwa. Ini salah abang. Abang biarkan dia kahwin dengan Delson. Abang tak tahu Delson itu masuk Islam sekejap saja. Abang betul-betul tak tahu. Delson yang menyebabkan dia murtad dan jadi gila. Sebab Delson ibu. Bukan salah abang seorang. Abang rindu ibu dan adik…”
Manik-manik jernih yang terkumpul di tubir mata Farhan akhirnya terbarai lantas membasahi pipinya yang agak kecengkungan.Dia aku lihat begitu daif.Aku pasti, dia tidak gila.Dia sihat. Cuma, mungkin, dia mengalami kemurungan.Farhan melepaskan gambar ibunya, Mak cik Wardah, dan terus menyelinap keluar melalui pintu utama.
Aku melangkah ke rumah yang selang tiga daripada rumah Farhan.Aku melihat rumah lamaku .Betapa aku merasakan sesuatu perasaan yang sangat sayu. Tiba-tiba aku merasakan seperti berada di masa lalu.
Aku dan Dhamia sedang berehat di pangkin kecil itu. Aku dan dia begitu suka menikmati ais krim. Helaian buku yang berterbangan di tampar angin. Pokok yang melindungi pangkin itu membiarkan dahan yang memberat dengan daun hijau malar itu mengikut rentak angin yang bersenandung pada petang yang hening.
“Assalamualaikum, Haneef.”
Aku mendengar orang menyapaku. Aku segera berpaling. Farhan!
“Wa..Waalaikumussalam, Bang Farhan.Apa khabar?”
Aku menghulur tangan untuk berjabat.Farhan menyambut tanganku dengan mesra. Dia tidak menjawab pertanyaanku sebaliknya hanya tersenyum dan mengangguk kecil.
“Rindu dengan rumah lama? Setelah tujuh tahun kau berpindah, sudah jarang sekali menjenguk-jenguk di sini.”
Aku hanya sengih mendengarnya.
“Bang, jomlah, kita pergi makan dulu.Saya rasa abang mesti belum makan tengah hari lagi.Saya ajak abang makan di hospital tempat saya kerja mahu? Sedap makan di sana. Macam-macam menu.”
“Hospital Nif? Tempat adik akukah Nif?”
Farhan menanyakan padaku bersungguh.
“Ya. Jom.”
Aku mengiyakan. Aku begitu yakin, Farhan pasti tertanya-tanya, kenapa selama dia melawat adiknya di sana, tidak pernah ke temu aku. Sebenarnya,aku sudah banyak kali menemui Farhan. Cuma aku memilih untuk tidak mahu berjumpa dengannya. Entahlah, kadangkala aku rasa apabila aku melihat Farhan berjumpa dengan adiknya di taman, aku rasa sebak.Aku mungkin terlalu rindukan masa laluku.
“Abang, kenapa abang tak cari kerja yang bagus-bagus bang. Kalau tak silap saya, abang dulukan ambil degree dekat UPM. Betul tak abang? Saya memang dah putus hubungan dengan keluarga abang selepas kami sekeluarga berpindah ke Selangor. Lagipun saya sebenarnya begitu kecewa apabila dapat tahu yang Mia dah bertunang dengan orang luar. Saya…saya..tak dapat nak…”
Aku tiba-tiba menjadi sebak.Aku rasa ingin menangis semahu-mahunya.Tetapi, aku masih dapat mengawal emosi aku yang tergugat. Farhan cuba menenangkan hatiku. Aku hanya menekup mukaku dengan sebelah tanganku. Aku melenyapkan air mata yang merembes keluar. Dia menepuk belakangku.
“Nif, mungkin aku patut ceritakan pada kau. Apa yang telah terjadi kepada Dhamia selama kau sekeluarga pindah.”
"Dhamia dan Delson berkenalan di internet. Delson ialah pelajar di fakulti Kejuruteraan di UPM. Abang kenal dia. Delson kacuk Jerman dan Cina. Dia memang kacak orangnya. Sewaktu abang di tahun akhir, dia baru tahun kedua.Memang abang sempat berkenalan. Dhamia sebenarnya tidak mahu sukakan orang lain kecuali kau, Nif, tapi, dia rasa sangat sedih bila kau mengambil jurusan psikologi dan mengambil masa lama berada di luar negara. Mia mengambil keputusan untuk tidak menunggu kau. Dia perempuan,pastilah tidak mahu kahwin lambat. Abang pernah menasihati dia, beritahulah kau tentang hubungan barunya itu. Dia hanya senyap.Tidak memberi respon. Abang hanya mampu membiarkannya. Sejak dari itu, Mia banyak berubah.
Setahun kemudian, Dhamia mengatakan Delson akan melamarnya dan datang ke rumah. Abang tanya padanya, Delson mahu masuk Islam kah?Mia hanya mengangguk. Abang dengan rela hati mengizinkannya. Entah kenapalah abang begitu percaya pada kata Mia. Akhirnya, mereka selamat menikah.Abang yang menjadi walinya. Selepas itu, Delson membawa Dhamia ke Indonesia. Akhirnya, mereka menetap di sana. Kau tahu kan Nif, aku ini sibuk dengan kerjaku di pejabat. Bagiku, Mia sudah menjadi isteri orang, jadi tak perlu aku mencampuri urusan mereka berdua. Tetapi, aku silap. Dhamia sudah terpesong. Dia sudah terjebak dengan fahaman ateis. Rupa-rupanya, Delson itu ateis!Patut sajalah dia tidak kisah untuk memeluk agama Islam. Dia tidak pernah mempercayai mana-mana tuhan, Nif. Aku sangat terkejut apabila mengetahui berita ini dari Shauki, kawan aku , yang menetap di sana.Dia berjumpa dengan Delson dan Dhamia di markas kumpulan ateis di Jakarta. Dhamia dan Delson yang menjadi ketua dalam kawasan Jakarta. Shauki hanya perisik. Dia mengetahui ada satu majlis perjumpaan penganut fahaman ateisme ini. Jadi dia memberitahu aku. Aku mengupahnya untuk menjadi perisik Dhamia. Aku terpaksa menggunakan duit gaji aku untuk membayar Shauki. Emosi aku terganggu dengan keadaan Dhamia. Disebabkan aku sudah semakin sambil lewa bekerja, aku sudah menerima tiga kali surat amaran. Akhirnya, aku dipecat.Aku sebenarnya sudah sangat kecewa. Apatah lagi, aku ni Nif, menghidap penyakit tumor otak tahap kedua. Aku merasakan tidak ada guna hidup di dunia. Tak lama, Nif.Aku dengar berita, Mia kena cerai talak tiga.Dia juga telah didakwa kerana telah melakukan cubaan membunuh anaknya dengan Delson.Dia terlalu tertekan apabila skandal Delson sudah terbongkar.Aku yang mendengar berita itu, rasa bagai dicabut nyawa. Aku terlalu terkilan. Aku marah, sedih, bengang. Semuanya bercampur aduk. Aku stress Haneef. Aku rasa lebih baik aku mati. Tetapi, aku masih ingat agamaku. Agamaku melarang keras membunuh diri. Aku masih ada agama, bukan macam Dhamia! Dia terlalu bodoh! Tolol! Sudah murtadkan dia? Dia jadi gila kerana perbuatannya. Dia serabut dengan cara hidupnya. Aku seakan mahu melepaskan dia. Tapi apabila aku mengingat arwah ibu dan ayah, yang sudah meninggalkan kami berdua semasa kami masih remaja, membuatkan aku sedar kembali. Haneef, tidakkah kau merasa belas kepadaku?Aku…aku ini lemah…Aku memang tidak bertanggungjawab.Aku tahu Nif, Dhamia sudah disihir.Kerana itu, dia langsung tidak mengingati aku lagi. Dia seolah-olah hilang akal. Aku sangat sedih…Aku tak tahu nak cakap apa lagi.Hidup aku sudah mati.”
Kini giliran Farhan yang mengalirkan air mata.Ya, jangan cuba percaya yang lelaki tidak menangis. Lelaki mampu menangis!Bukan kerana lemah seperti wanita, tetapi lelaki, mempunyai satu perasaan kasih sayang dan lembut jauh di sudut hati. Aku tiba-tiba merasakan hidup ini diselubungi dengan peristiwa melankolik.Setiap apa yang berlaku, aku rasa seperti satu bebanan. Aku cepat-cepat beristighfar.Betapa tidak moleknya membenci takdir. Aku tiba-tiba mendapat satu akal.
“Abang, saya akan bantu abang.Bantu Dhamia.Kalau betul dia di sihir kita akan cuba menyuruh pakar perubatan Islam untuk mengubatinya.Masalah penyakit abang, saya akan usahakan abang.Insya Allah.Saya hantar abang pulang dulu.Saya akan fikirkan yang terbaik untuk hidup kita.Memandangkan kita mengalami nasib yang sama, tiada ibu bapa dan tiada adik beradik.Abang, saya janji bang. Saya akan hidupkan kehidupan abang yang sudah mati itu, dan juga...hidup saya.”
Aku merasakan perasaan sedih.Tetapi, disebalik kesedihan itu, aku seperti mendapat satu semangat.Hidup harus hidup! Aku meminta cuti hari ini.Aku tidak berapa sihat badan.Aku menjejakkan kaki di bank.Aku melihat akaun aku.Ahamdulillah.Simpanan aku mencecah lima angka.Pada tanganku ada dua ribu ringgit. Aku pergi ke bank satu lagi. Akaun aku mencecah empat angka, sudah lama aku tidak mengeluarkan duit daripada mana-mana akaun. Aku berhasrat untuk mengeluarkan duit itu.Aku merancang sesuatu. Pertama, aku mahu mengupah orang membersihkan rumah Farhan.Rumah lamaku yang sudah ada penyewa itu aku hanya biarkan saja.Berapa lama penyewa itu mahu tinggal di situ, aku tidak kisah.Aku sekarang ingin membangunkan rumah Farhan.Ada misi yang aku tanam. Aku akan membantu Farhan dan Dhamia ‘hidup’ kembali di rumah itu.
Pagi itu, aku dan dua orang pembantu aku bersama Farhan membawa Dhamia ke tempat perubatan Islam. Aku sudah meminta izin dari hospital untuk membawa keluar Dhamia sebentar dengan diawasi dua orang petugas hospital. Beberapa bulan Dhamia berulang ke tempat perubatan itu menjalani rawatan, aku sudah dengar banyak cerita yang baik. Dhamia seolah sedar dari lamunan. Dia sudah mahu bercakap. Dia seperti baru sihat daripada penyakit amnesia. Dia bercakap dengan abangnya begitu normal. Aku belum bertemu dengan Dhamia lagi semenjak dia beransur sihat. Dia ku perasan begitu gembira dengan hidup barunya. Farhan kini tinggal denganku. Sementara rumahnya diperbaiki. Farhan seperti pulih emosinya. Dia sering mengikutiku ke surau di kuarters hospital. Dia seperti mendapat semangat baru. Ya, semangat untuk terus hidup. Hidup di bumi sebelum disedut ke padang Mahsyar untuk dihisab.
Usaha-usahaku bukan habis di situ.Aku telah mendapat info dari Afif, ada rawatan psikologi di luar negara, iaitu di Australia. Dhamia boleh mendapatkan rawatan psikologi di sana.Aku akan menanggung segala kos rawatannya. Aku sanggup berhabis duit semata-mata untuk melihat Dhamia hidup bahagia. Aku betul-betul ingin dia kembali dalam hidup sebenar.Kalau ingin difikirkan secara logik, untuk apalah aku, yang bukan ada kaitan darah daging dengan Dhamia, menghabiskan duit aku untuk kehidupan dia? Untuk apakah? Aduhai, sudahlah.Tidak perlu ditanya. Aku sememangnya menyayangi dia sebagai kawan, sahabat dan...teman.
Farhan, dia sudah menjalani pembedahan otak.Dia sudah bebas dari penyakitnya. Bebas! Betapa aku berasa begitu bersyukur. Apatah lagi, Farhan.Dia sujud syukur tatkala dia sudah sembuh secara total selepas pembedahan itu.Dhamia? Dia masih berada di Australia.Menjalani rawatan. Aku mendengar cerita, Dhamia sudah banyak berubah. Dia tidak lagi mengingati kisah lamanya. Dia seperti kehilangan memori lukanya bersama Delson.Perasaan terharu, gembira dan syukur tidak terkata. Betapa besarnya hikmah yang tersembunyi di sebalik pahit jerih yang dilalui.
Pagi yang cerah itu, aku telah terserempak dengan seorang teman lamaku, Raihana.Dia kawan lamaku di luar negara.Dia anak jati Pahang.Aku pernah berjumpa dengannya di sebuah majlis ilmu di masjid dalam negeri Pahang. Dia sebagai penganjur. Sekarang, aku merasakan pintu hatiku terbuka untuk menerima seorang lagi perempuan dalam hidupku selain Dhamia.
Farhan mengkhabarkan aku, Dhamia sudah memperbaharui keIslamannya di Pejabat Agama. Dia juga sudah banyak menghadiri kelas-kelas agama. Itu semua untuk menyucikan hatinya daripada perkara-perkara yang boleh membinasakan imannya. Aku sangat bersyukur kerana Farhan sedia menghantar Dhamia ke majlis-majlis ilmu yang ingin dia pergi. Bagi aku, ia satu perkembangan yang sangat baik. Farhan begitu berterima kasih denganku. Dia tidak mampu membalas dengan apa-apa. Tetapi, dia ada berkata padaku.
“Nif, andai kau masih mencintai Dhamia, nikahilah dia.Aku sangat izinkan.Kami berdua berhutang nyawa dengan kau.Entah dengan apalah hendak dibalas segala kebaikan kau,Nif.”
Aku membalas.
"Abang, saya rasa cinta saya padanya payah untuk pudar.Tapi saya mahu menganggap cinta saya padanya sudah berakhir. Saya mahu dia memulakan cintanya.Tapi bukan dengan saya. Sebab, saya mahu dia hidup sekali lagi dengan nafas baru.Saya tidak mampu menjaganya.Kalau betul saya setia, saya tak akan lari ke Selangor. Andai saja abang tahu.S aya sekeluarga pindah ke Selangor kerana kehendak saya yang terlalu kecewa. Itu salah saya. Jadi, saya tidak mahu berundur. Biarlah bang. Cukuplah saya bantu dia mulakan hidupnya. Lagipun saya sudah ada calon isteri.”
Farhan tidak menunjukkan reaksi marah atau hampa.Tetapi, sebaliknya.Dia hanya senyum.
“Yalah, Haneef.Aku harap kau bahagia dengan orang yang telah kau pilih.Mungkin bukan jodoh kau dengan Dhamia.Walaupun kau tidak menikahi Dhamia, aku dan Dhamia masih berhutang nyawa dengan kau.”
Farhan memegang erat bahuku.Aku hanya mampu mengukir senyum.
Majlis perkahwinan aku meriah.Mungkin boleh dikatakan semua temanku semasa sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti datang menyambut hari kebahagiaan aku. Tidak lupa juga rakan sekerjaku di hospital. Aku sangat gembira. Tiada apa yang boleh dikatakan lagi, melainkan, Alhamdulillah. Dhamia dan Farhan turut hadir, itu semestinya.
Dhamia menghulurkan dua sampul surat kepadaku.Aku membuka dan membacanya dengan debaran di hati. Satu, surat tawaran bekerja di sebuah syarikat penerbitan di Melaka. Satu lagi, kad undangan perkahwinan. Dua sekaligus kad undangan. Aku membuka kedua-duanya.Dhamia dan Izlan. Farhan dan Aisya. Aku terkejut bercampur bahagia.
“Tahniah!Alhamdulillah.Akhirnya kita semua bertemu jodoh.Tidak sangka.Tapi, siapa Izlan?”
Dhamia tersenyum.”
"Haneef, kenapa kau cepat lupa?Afif Izlan itu siapa?"
Aku diterkam perasaan terkejut tidak terhingga. Afif dengan Dhamia? Oh,Tuhan!Kenapa Afif tak bagitahu aku? Aku mula pelik dan geram dengan Afif yang suka berahsia.
“Afif ,dia pergi mana ya? Tadi nampak sibuk nak tolong uruskan agihan bunga telur.Ah, dia tu memang nakal lah.Tak sangka.”
“Anyway,hope you will have a new life with him.And not with me.Our relationship now is over, Dhamia.But, I will remember everything about us.I will miss all of them so much.”
Aku separuh berbisik kepada Dhamia. Dia ku lihat bergenang air mata. Dia hanya mengangguk dan tersenyum. Apa-apa pun, aku sudah melepaskan Dhamia dari hidup aku. Biar dia melalui hidupnya dengan tenang bersama bakal suaminya. Biarlah. Biar semua berlaku. Aku, Dhamia dan Farhan, sudah hidup kembali. Bahagianya aku hari ini ku harap berpanjangan dalam hidup ku. Tetapi, sebenarnya aku makin merasakan bahawa mati itu saangat sementara.Dan kita semua hidup adalah untuk menghadapi...kematian!
Akhir huruf:2246 hrs(10.46 mlm)
28/12/2010
Rujukan-Majalah Mastika
Internet
Apabila cinta ku berakhir, sudah bermula cinta untuk dirinya...
No comments:
Post a Comment