Kenapa sekarang ini manira rasa semangat nak ambil medic dah turun ke tahap yang sangat minima?
Mungkin sebab silibus makin susah.
Mungkin sebab dah ada pilihan kedua.
Mungkin sebab rasa tak larat nak bawak dah.
Pelbagai kemungkinan. Sampai manira rasa, macam nak tukar masuk sastera.Kenapa rasanya jadi macam ini?
Puan Heartyana cakap
"Tukar lah kelas. Tak payah la nak pening-pening study fizik, biologi, kimia. Awak pun bukan bijak sangat.Lagipun, awak akan bebas dari Addmath. Tak ke senang nak skor?"
Manira rasa setuju dengan Puan Heartyana. Itu belum diambil kira kata-kata seorang pendidik manira.
Cikgu/Ustazah teeeeeeeeeettt : Awak tak boleh main-main da sekarang ni.Blablabla.
Lepas cakap banyak-banyak tu, ada satu susunan ayat yang memang sentap tahap
Gulp!
Memang masa tu,perasaan manira rasa macam dicucuk-cucuk rasa pesimis dan paranoid dan mengalah.Manira, nak dapat 5A belum tentu lagi.
Tapi, Mr Otaqi cakap:
"Gila kau nak tukar kelas?Rugi duit, rugi tenaga, pergi kelas sana-sini, beli buku rujukan, buku latihan.Jangan nak mengada-mengada. Ada jugak kena gigit pipi sebelah!"
Oh my Allah! Apakah pilihan bidang ini salah?Rasanya, manira pilih ikut apa yang manira rasa manira suka. Masa dapat result PMR, rasa sangat yakin boleh bawak sains tulen agama ini.Tapi, sekarang ini? Tak tahu lah rasa macam apa sekarang ini. Rasa semakin down, sampai nak study pun tak ada mood. Padahal tulat (selasa, 16 Januari), nak exam pengesanan,ganti final exam tingkatan 4. Fuh. Manira pulak rasa macam nak masuk Masisupa (pertandingan ilmiah dan sukan antara sekolah-sekolah agama). Masisupa pulak start 25 Januari. Habis exam 19 Januari. Kalau manira dipilih, nak berlatih lagi. Kokurikulum kena ada kalau nak masuk universiti. Tak tahu lah kenapa jadi macam ini.
SPM terlalu cepat datang!
Tak sanggup rasanya.Sekarang ini, dugaan kemalasan tahap gaban, tak tahu nak cakap macam mana.
Manira rasa macam dah luntur semangat nak jadi doktor, sebab manira rasa manira tak layak nak jadi doktor. Tapi. sekarang ini manira akan cuba perbaiki. Sedaya mungkin. Walaupun, susah sebenarnya. Tak pernah rasa kemalasan maksimum seperti ini. Mungkin rasa down tu datang sebab niat manira dah salah. Dulu manira set, nak belajar sains sebab nak jadi doktor. Sepatutnya, niat kerana Allah. Memang padan lah kan Allah akan tarik semangat kita bila-bila masa saja. Tapi, sekarang ini, manira dah buat option untuk masa depan manira.
Konklusi yang manira buat:
Belajar molek-molek. Kalau result SPM mantap, insyaAllah apply medic dekat oversea, tak pun UIA/USIM sudah.Kalau SPM nanti suam-suam kuku, manira memang confirm ambil Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) di Kuliyyah Al-Lughah Al-Waddin, Pekan.Manira rasa itu lah yang terbaik.Manira dah minta persetujuan ayahanda dan bonda. Mereka setuju saja. Dah kalau tak mampu, kan. Tapi, manira bukan nak jadi ustazah. Tapi, nak jadi pensyarah. Okey tak,okey tak? :D
Harap semua yang dirancang itu diizinkan Allah. Kita hanya mampu merancang, kan.
note: jangan mudah ambil mudah dengan perkara yang nampak mudah. Nanti menyesal, tak sudah-sudah.
*ada kaitan ke dengan post? Hurm, ada kot. Layankan~
poyo tak? ahahaha. Layankan jugak*


Nab, just do it. May be it's hard to you. But, nothin' impossible in this world...just try n error. huhuhu
ReplyDeletehurm. .. yup .. enothin' impossible but everything can change. . try and error? itu kaedah yg sedg digune. huhuh
Deletebelieve yourself....
ReplyDeletei believe my self babe, .but i dunno if i can still survive or not in this year. T__T
DeleteInshaallah ~ says Maher Zain
ReplyDeletePick it up....and Never say never ~ say Justin Bieber
Allah is always with us!!!! ~ says Allah 'azzawajalla in surah At-Taubah
Ijtahid!!!!!!! ~ says ME!!!!
huhuhu. sedang ijtahada larh ni . :)
Delete