Assalamualaikum


Saya harapkan doa sejahtera daripada sesiapa yang yang baca blog yang simple-mimple+sengal ini. Insya Allah, saya balas doanya kembali.Matlamat blog ini diwujudkan adalah untuk menjadi medium penceritaan sebahagian perjalanan hidup saya, perkongsian pendapat dan juga menjadi tempat penyimpanan cerpen saya.. Just wanna share.Sharing is caring, caring is loving. :D

Be katang, eh?


February 10, 2013

Manira dan SPM part 2


Assalamualaikum wbt. 

 wink-wink.

Question:

Do I stress?


Ashu tak tahulah, betul ke ashu stress sekarang ini? Ashu ada baca artikel, katanya:

*Orang yang kuat tidur, bukan kerana dia itu memang sukakan tidur, tetapi, dia sebenarnya sedang stress. (kecuali orang yang memang hobinya tidur, tak termasuk, yer.)

*Orang yang terlebih kuat makan, tapi, tak kenyang mana.(kecuali orang yang tak baca doa sebelum makan, memang padan tak kenyang-kenyang.)

*Orang yang terlalu banyak ketawa, buat loyar buruk, lawak tak jadi dan bercakap seorang diri, tapi, bila diamati ada satu waktu dia akan senyap, tak berbicara. (Bukan gila, tapi, dia macam nak cover stress dia dengan bergembira.)

Semua benda-benda ini ada pada Ashu. What the fish~

Ayat itu tak seratus persen la sama, ditambah mengikut kefahaman Ashu lah kan. So, konklusinya, yup, saya mengalami stress. ahaahahah~

I told my vampire sister about my probs.Tensen tahu dop, dah la netbook dah kena rampas oleh my abang atas arahan bonda, sedih weyh.Btw, tade lah besar mana lah probs nya, tapi, itu yang buat Ashu rasa terbeban. Ashu kan tak kuat.

Ashu ada mengadu kat dia, Ashu rasa dah salah pilih. Bajet pandai sangat nak ambil science stream. Dah dapat dua gagal dalam ujian diagnostik dan dua-dua subjek itu subjek science stream, KIMIA dan ADDMATH. Ashu jadi mental kejap bila dapat gagal. Tahu tak, dalam ujian tu, soalan ciput jer. Bukan ada soalan esei, bukan banyak section ke apa.Simple giler soalan dia. Tapi, boleh dapat G!

Memang lah kalau dapat gagal, normal lah, baru buka sekolah 2 minggu, dah exam. Tapi, yang tersirat di sebalik itu, nampak sangat Ashu belum bersedia untuk SPM. Soalan kalau nak ikutkan bukan payah, tapi, Ashu yang bermasalah.Tak faham soalan, macam tak belajar.Grrrr~

Ada orang cakap, Ashu tak bersyukur.AHAHAHA

Bukan tak bersyukur, cuma rasa macam frustrated dengan diri sendiri. Nak jadi doktor macam mana lah agaknya. Angan-angan nak fly oversea lepas SPM result keluar(Aamiin!),
Tapi....................................................................

Mr Otaqi said:
Rezeki itu datang dari Allah. Usaha ada pada kita. Kalau dah usaha, tapi, tak diberi rezeki untuk berjaya, nak kata apa? Tak kan nak salah kan Allah tak bagi rezeki kejayaan pada kita?

Puan Heartyana said:
Bukan masanya untuk lemah semangat buat masa sekarang. Banyak waktu lagi boleh cover. Setakat ujian diagnostik, lantak lah kalau nak dapat 0 pun, yang pentingnya final exam nanti yang perlu dititikberatkan.

Waaaah, ayat Puan Heartyana semakin lembut, sopan, dan lebih berhemah daripada dulu.Makin positif. Terima kasih kerana memahami, Puan Heartyana!(merepek)

Memang dasar manusia, tak pernah nak bersyukur. Bila disedarkan dari kelalaian itu, baru nak sobs-sobs sebab dah teralpa dengan kehidupan.

Ashu kadang-kadang rasa down jugak dalam kelas, masa addmath, selalu lambat nak faham. Faham tu memang faham,tapi, tak laju pick up macam orang lain. Especially, masa kelas addmath. Kawan sebelah dah start buat latihan, yang Ashu ni, pana lagi. Lepas tengok contoh dan formula berjuta kali, baru lah nak faham. Kalau orang lain, sekejap je dah faham. Jelly tau dop?

Ashu tahu lah kan, Ashu kalau bab-bab Math ini memang pana sikit. Tapi, kadang-kadang I am wondering, adakah aku tak dapat keberkatan seorang guru?Bila fikir-fikir semula, rasanya tak, sebab cikgu tu pun cikgu baru, tak pernah lagi buat perangai pelik-pelik dengan cikgu tu. Rasa geram sebab payah nak aplikasikan formula dalam latihan. I’m dissapointed with my self. Tak macam orang lain, cepat faham.Ashu rasa down sungguh. Adakah kerana nikmat cepat faham ditarik?

My vampire sister give the answer:

Pemahaman kita dengan orang lain berbeza.Kemampuan kita lain-lain. Mungkin kita rasa kita lambat, tapi, mungkin ada je orang macam kita. Kita je yang paranoid dengan diri sendiri. Tak yakin dengan sendiri. *ayat yang ketiga tu dah campur ayat Mr Otaqi. heehehhe~

InsyaAllah, nikmat itu belum ditarik. Nau’zubillah min zalik.

Tapi, pada pendapat Ashu, selepas di fikir-fikirkan balik, apa puncanya, Ashu rasa mungkin banyak maksiat yang Ashu dah buat. Haa, ni bukan sesi nak aibkan diri sendiri. Normal lah orang buat dosa kan. Orang yang mencuri dalam solat pun dikira buat maksiat, apatah lagi yang benda tak baik yang lain-lain kita buat. So, mungkin itu sebabnya. Al-’ilmu ka annur. Ilmu itu seperti cahaya. Kalau kita banyak buat maksiat, ilmu payah nak masuk. So, memang kena muhasabah diri molek-molek la kan. Kita tak lepas dari lakukan maksiat, tapi, pastikan lah kita sedar perlakuan kita,dan cuba ubah. Itu lebih baik Ashu rasa,daripada kita buat maksiat,tapi, kita tak sedar apa yang kita buat tu salah, dan kita pun istiqamah dalam maksiat kita.Tak ke rugi, macam itu?

Pesanan untuk diri dan uolls dekat luar sana yang masih belajar, tak kira lah belajar ilmu apa sekalipun,marilah kita sama-sama bebaskan diri dari maksiat, baru hati jadi sihat, kita pun boleh jadi antara yang mumtazat(orang-orang yang cemerlang, jamak muannas salim). :D

Huh~’Seronok’ tahu tak dapat bebelan percuma daripada vampire tuh. Dah mengalir-ngalir air mata, dia sibuk membebel lagi. Tapi, tak apa, bebelan itu yang Ashu perlukan.

Nak hurai dia punya bebelan, satu page A4 tak habis lagi. Campur dengan curahat dia lagi. Well, rupa-rupanya dia pun macam Ashu jugak, banyak probs. Tapi, Ashu rasa probs dia lagi banyak dari Ashu. Muehehe~

Sekarang ini, malas nak fokus sangat pada impian jadi doktor, nak fokuskan belajar saja. Mujur SMAI rajin buat kelas tambahan setiap hari, termasuk Sabtu dan Ahad. Tak apa, Ashu tak kisah. Ashu pergi, sedaya mampu Ashu. Selagi Ashu sihat. Setakat bayar RM 30 sebulan, apalah nak kata susah?
Nak tuisyen, mungkinlah, tapi, nanti-nantilah. Kelas tambahan cukup buat masa ini. Kalau ada kesempatan, nak pergi jugak.

So far, buat masa sekarang ini, Ashu dah dapat 2G, 3A-. 1A, 1B, 1C. Canteq abjad-abjad tersebut. HARHAR

Exam kali ini, senang dapat fail, senang dapat A, sebab soalan sikit je, jadi peratusan untuk satu markah sangat tinggi. So, no wonder lah dapat A tu kan. Gagal tuh, eheheeh. no wonder jugak, sebab soalan dia memang __________. Malas nak hurai beria. Nak tengok paper kimia dengan fizik Ashu?Scroll bawah yer.



Kimia, section B tu kertas 2. Memang 'mantap'~


Kertas 1, 10/25. 2 bab je pun, electrochemistry & chemical bond.Haih~


Ini kertas fizik. Cantik nombor. ~poyo



Ini kertas fizik, tengok lar, kertas 1 dapat 23/40,kertas 2, 6/11.Dah la soalan kertas 2 tuh bab 2 je. BAB 2!. Hebatkan? AHAHA




See, soalan sikit je. Tapi, itu lah,haih, malas nak cakap.Fizik tu, bab 1-3 je pong. Kalau masuk bab 4-5, memang menangis air mata air dah rasanya. So, patut tak Ashu rasa risau?Patutkan?Gila kau tak patut!

SPM, AKU SAYANG PADA MU. Tolong jangan kejam.


 *SEPARA SINTING.

2 comments:

  1. Darl....don't be stress...we are same...SPM candidate....and i love SPM too....hehehe...doa byk2...inshaAllah ok punya lah!!ok???hehehe don't stress3x (jessie mcCartney pnya lirik)hahahaha...do the best habibati!!!all 4 one and one 4 all!!weeee~~~~~

    ReplyDelete
  2. huhhuhuhu. thanks 4 ur support yang. . i'll try to handle it. :D

    ReplyDelete