Assalamualaikum


Saya harapkan doa sejahtera daripada sesiapa yang yang baca blog yang simple-mimple+sengal ini. Insya Allah, saya balas doanya kembali.Matlamat blog ini diwujudkan adalah untuk menjadi medium penceritaan sebahagian perjalanan hidup saya, perkongsian pendapat dan juga menjadi tempat penyimpanan cerpen saya.. Just wanna share.Sharing is caring, caring is loving. :D

Be katang, eh?


July 5, 2012

picisan time ! (bukan selalu)


new update. .cerpen picisan je pun.. lalalala~ enjoy membaca.. 
Cinta Yang Kedua
April  2023
 Keutuhan jiwanya menyelamatkan emosinya. Wajahnya cemberut mencuka.Ingin saja dia menghabisi riwayat lelaki itu, tapi, masih waras fikirnya. Kenangan lalu menimpa-nimpa ke benak.Menjelajah pelosok jiwa.Meratah hatinya.
Entah apa baran yang merasuknya.Lelaki itu telah menghancurkan hidup manisnya sebagai remaja.Merentap kegembiraan di usia  pucuk.Dulu, dia yang dikenali dengan pemurah senyuman telah bertukar menjadi pemencil diri.Mukanya selalu dihias dengan amarah.Wajah lelaki yang nampak naïf itu tidak banyak sedikit mencairkan amarahnya yang kian memuncak kini.
Setelah sekian lama geramnya terpendam, baru kini lelaki itu menyedari kesalahan lalu.Tulang pipi lelaki yang agak menonjol kelihatan cengkung di pipinya.Kening lebat itu sudah agak jarang.Mata sepetnya itu Nampak kuyu.Seperti baru lepas menangis.Tinggi lampainya tidak pernah terjejas.
“Apa pentingnya kau datang ke sini?Sudah 12 tahun cerita itu berlalu, baru sekarang engkau menginsafinya?Sudah siuman dari mental kau yang keji dulu?” Dia mencucuh api dalam katanya.Sakit hatinya agak terkawal tidak seperti tadi sewaktu terlihat wajah lelaki itu di depan pintu pengimbas elektronik di bilik kerjanya itu.
“Kesalahan aku sekecil itu ingin kau bahaskan?Cubalah ingat pesanku dulu.Nabi Muhammad pun memaafkan umatnya inikan pula kita manusia biasa.Apa merana sangatkah kau dulu?Kesalahan aku sikit saja.Hanya kau yang memperbesarkan.”Lelaki itu seperti ingin memarahinya.Agak putus asa intonasinya. Perempuan berkaca mata itu masih sabar.Menahan diri dari terus memaki hamun lelaki itu.
“Kalau aku tahu, akan ada kezaliman yang berlaku, sudah lama aku lupuskan cinta aku terhadapmu dulu.”Dia mengeluh melepas lelah.Lelaki itu tunduk.
“Itu zaman remaja.Tak mungkin aku akan setia.”Senang lelaki itu menjawab mempertahankan dirinya daripada terus dicemuh.Dia merengus kasar.
“Hei, apa kau datang ini ingin memohon maaf atau cuba memperbetulkan perspektifku terhadap kau?”Dia menanyakan soalan itu dengan kasar.
“Barangkali dua-dua.”Lelaki itu mengeluh.
“Sudahlah ingat waktu dulu.Cuma pengalaman untuk pedoman.Tolong jangan hampakan kedatanganku ini.”Lelaki itu memujuk lagi.
Mac 2010
“Mardhiah, sudah kecoh satu aspura kau dengan Ifkar.Apa betul yang dia orang semua hebohkan?” Syakirah bertanya.
“Ifkar suara itik itu yang gila.Dia yang hebohkan nama buruk aku.Boleh dia kata, aku ini tergilakannya?Dia yang menjolok sarang tebuan.Tidak ada sianya aku menengking dia depan orang ramai dulu.Dia bercerita dengan kawan-kawan seangkatannya yang dia hanya ingin  mempermainkan aku saja.Bukan serius pun.Aku pun tak mengharapkan apa-apa dari dia.Cuma aku tak mahu dia jadi budak sosial.”Mardhiah  lelah bercakap.
“Jadi, sebab tu lah kau pun dilabel budak sosial hanya disebabkan kekejian mulut Ifkar tu?”
Mardhiah cepat-cepat mengelap pipi kesan lekit air mata yang berjejeran.”Aku tak tahu apa motif budak tu nak sebarkan nama aku.Tak pasal-pasal aku terpopular dengan jolokan girlfriend Ifkar.Aku rasa aku budak jahat.Budak sosial.”
Syakirah hanya mengusap kura tangan Mardhiah dan kadang menepuk-nepuk bahu rakannya itu.
“Aku dengar dari budak aspuri yang sama sekolah dengan dia dulu, dia ni playboy, suka mainkan perempuan.Dan nampaknya kau perempuan yang termasuk dalam senarai mangsa playboynya.Sangkanya, dia budak baik.Muka dia memang suci tapi,huh,Keji perangai dia.”
Loceng membingitkan gegendang menandakan rehat sudah tiba.Seperti biasa dua sahabat itu berjalan melangkah ke kantin.Seusai habis berbelanja membeli makanan pagi, mereka pulang ke kelas.Mardihah yang tadinya ketawa dengan jenaka Syakirah tiba-tiba naik darah.Jelas di mejanya tertulis , ‘Mardhiah Ifkar ada skandal.’Dari kejauhan,dapat dia saksikan Ifkar bergelak ketawa dengan rakannya.Tangisnya lebur juga.
“Kau celaka, Ifkar!”
Disember 2011
“Kau serius nak pindah sekolah, Mardiah?”Atiqah bertanya jujur.Agak sayup di hujung talian.
“Ya, lagipun aku ada alasan nak pindah.Aku masih malu pada Ustaz Shauqi.Dia yang tangkap aku buat date dengan Ifkar.Padahal  aku terima surat layang, ada budak form 4 perempuan nak jumpa aku kat 3 Ibnu Sina.Rupa-rupanya, si Ifkar.
Tak sempat aku nak bla dari situ, Ustaz Shauqi dah tangkap aku.Beria-ia aku jelaskan.Mujur, dia percaya.Tapi, cikgu-cikgu yang tak tahu cerita yang betulnya, mempercayai yang aku girlfriend Ifkar.Lagipun, aku dapat PMR 9A, aku boleh berambus dari sekolah ni, walaupun aku masih sayang sekolah ni.Aku nak jauh dari budak celaka tu.Dia tu bijak, tapi akhlak hancur!”
Atiqah tidak memberi sebarang komen yang panjang melainkan menyuruh Mardhiah fikir masak-masak dan solat istikharah.Mardhiah menerima nasihat itu.
Tahun depannya, berangkatlah Mardhiah ke sekolah barunya iaitu di SMAP Kajang.

April 2023
“Apa sudah habis lamunnya?”Lelaki itu bertanya sambil menggoyangkan tangannya di depan muka perempuan yang keruh itu.Sejurus, kenangan bodoh itu yang tadinya menghinggapi mindanya berkecai.
“Cuba mengingati kejahatan kau.”Mardhiah membalas.
“Kenapa kau tidak habis-habis menyalahkan aku?Apa berat sangat salahku hingga engkau terseksa?”
“Hei, kau , lelaki!Kau memang bodoh untuk menyelami perasaan perempuan.Kau fikirkan kehebatan kau untuk mendapatkan perempuan.Tapi, bila tak dapat perempuan itu, mulalah kau mengatakan perempuan itu tidak baik dan tidak molek akhlaknya.
Apa kau masih ingat perbuatan terkutuk kau dulu?Kau merancang mahu kenakan aku bukan?Kau hantar surat kosong tanpa pengirimnya.Sampai kita dituduh berdating oleh warga sekolah!Apa kau sudah lupa itu semua, hah?”Dia menengking.
“Sepupu aku menceritakan pada aku, seekor serigala yang perasan hebat amat meminati segugus anggur yang nampak lazat, hitam pekat,berkilat cantik, dan ranum.Dia cuba menyeberangi sungai untuk mendapatkan anggur itu, malangnya tidak dapat juga.Lantas dia mengatakan kepada rakannya yang lain,”Anggur itu buruk.Sudah aku teliti.Ternyata masam.”
Lelaki bermata kuyu itu merasakan seperti terkena hentakan pada kepalanya.Malunya tidak terperi.
“Seperti kau.Apabila kau tidak dapat mendekati aku, tidak dapat mencairkan hati aku, tidak dapat nombor telefonku, kau mula mengatakan yang aku ini berlagak malah sombong.Tidak semena-mena ada perkataan gedik yang di labelkan kepada aku ekoran ketidakpedulikan aku.Itu yang difitnahkan.
Dan waktu itu juga, aku sering dipandang sinis oleh rakan-rakan sosial kau yang lain.Sering dikutuk, dan diperlekehkan.Jika engkau tidak memperkenalkan aku kepada mereka, siapa lagi?”
Lelaki itu tunduk membisu.
“Memang kau tidak terasa malu.Tapi aku sebagai perempuan amat malu.Tidak tahu di mana mahu meletakkan muka aku.Bila aku tanyakan pada kau, kenapa kau buat begitu pada aku, kau akan mengatakan yang kau menjadi nakal sebegitu kerana kau pernah sukakan aku.Persoalannya, apa kaitannya dengan perasaan kau dengan fitnah yang disebarkan dan perbuatan khianat kau pada aku?Perubahan drastik kau ketara.Sungguh berubah dari yang asal.”
“Aku tidak meminta jadi…”
“Jangan mencelah semasa aku bercakap!Dengar apa yang aku mahu katakan!”Dia menengking lagi.
“Kau biarkan budak-budak menghina aku dengan kata-kata yang tidak pernah aku mahu dengari.Kau hanya tersenyum ketika aku diejek-ejek.Yang aku harapkan lain, lain yang jadi.”Dia lelah sebentar. Bersandar ke sofa baldu itu.Cuba menghirup hawa dingin meski hatinya agak kepanasan.Bau lemon tersebar tatkala bunyi dari sistem penyembur berbunyi, ’30 minutes;lemon’.
“Maaf, ingin aku bertanya.Apa sebenarnya yang kau harapkan dari aku?”
“Apa yang aku harapkan?Untuk pengetahuan kau, aku mahu kau berubah sepertimana aku berubah apabila menginjak ke tahun baru.Aku sudah berhenti berhubung baik dengan lelaki, tapi kau masih rapat, menjaga ‘ukhuwah’ antara perempuan.Ia sudah cukup menghibakan aku.
Aku sering berdoa agar aku dapat bersamamu.Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.Tapi, malang sungguh, ingin aku pertahankan, tapi tidak terdayakan.” Dia menghapuskan jejeran air jernih yang mula melimpah.
“Aku tidak menyangka itu yang kau mahukan.”Lelaki itu berbicara setelah rasa bersalah menderanya tatkala melihat perempuan di hadapannya itu berlinangan air mata.
April 2010
Surat itu di tatap lama.Dia membacanya dengan lahar marah yang boleh termuntah bila-bila masa.
“Memang aku tak sangka, ingatkan aku seorang je bertepuk sebelah tangan rupanya ada udang di sebalik mi.Tapi sekarang, aku tak sukakan kau sebab kau banyak berubah walaupun aku turut berubah.Aku tidak suka perangai kau.Sungguh menjengkelkan.Aku sudah muak dengan perangai sensitif kau yang melampau. Aku Cuma ingin mengenali kau dengan lebih rapat, bukan nak tackle.Itu pun tak boleh. Nombor tak mahu beri. Kaukan sukakan aku.Kau buang masa aku saja.Baik aku belajar dari layan kau.”
“No!”Mardhiah menjerit sekuat hati.Satu kelas terkhali.Ramai yang berbisik mengutuk.Mardhiah tunduk ke meja dan menangis.Hanya itu mampu dia lakukan.Aku mahukan perasaanku terhadapmu ini kekal.Sungguh kau keji!
April 2023
Dia menyilang kaki.Lelaki dihadapannya  masih direnung.Lelaki itu masih mengung.Dia seperti baru tersedar yang dia melakukan kesilapan yang telah menggoyahkan semangat perempuan itu.
“Disebabkan kau, aku letai untuk belajar meski resultku cemerlang dalam PMR dan SPM.Tapi,aku sungguh berasa keseorangan.Aku memang tidak menganggap kau sebagai teman aku, tapi, tetap saja aku rasa hilang sesuatu.
Selepas pertikaman lidah di antara kita dulu, dari situ langsung sedikitpun  kau tidak memalingkan muka kau kepada ku.Kau melakukan aku seperti tidak wujud.Sungguh terasa aku.Aku mahu kau tahu, sedalam manalah marahku terhadap kau, memang tidak akan hilang perasaanku terhadapmu sampai sekarang.” Jujur dia menyatakan.
“Bagi aku pula, selepas pergaduhan itu, aku rasa kau betul-betul membuang aku jauh dari ingatanmu.aku pernah juga curi pandang melihatmu, tapi hanya dari ekor mata dan dari jauh.Selepas aku tahu kau berpindah sekolah aku berasa keseorangan.Tiada tempat untuk aku buat nakal.Aku cuba menghilangkan kau dari hidup sedikit demi sedikit,dan ternyata aku telah melupakan kau, dan mengisi orang lain dalam hatiku.”Lelaki itu jujur mengaku.
Dia dapat  mengagak siapa orang lain itu.Siapa lagi kalau bukan si Airah yang terlebih lembut itu!Mardhiah bermasam muka.Teringat dia akan khabar dari rakannya dulu tentang perkahwinan Ifkar sejurus selepas habis STPM.
“Oh, ya...Ifkar.Dengar cerita kau kahwin dengan Liyana budak lepasan SPM tu kan?You married after got STPM’s result, right?Kau tahu tidak, itu membuatkan aku betul-betul kecewa dan benci pada kau.Tapi, tak sangka kau datang sini dengan status duda.Ingatkan kau dah ada berderet anak.Rupanya tak berkesudahan cinta monyet kau tu.”Mardhiah memprovok.Ifkar hanya senyap.Malas menungkit kisah lama.
“Sudahlah, itu cerita lama.Memang tak ada jodoh.Sekarang ini, bagi pihak Hanna, aku mahu tahu, kenapa kau selalu bergaduh dengan Hanna?Apa masalahnya?”Ifkar berani menanyakan soalan itu.
“Perempuan murahan itu?Huh, dia bersungguh-sungguh menarik perhatian semua lelaki.Dan bagi aku, dia yang mengajar kau kurang ajar.Ya, dari segi pertuturannya dulu yang berubah kasar dan perangai yang lebih lentur.Geli aku melihat duyung palsu itu!Kau nampak begitu berminat padanya.”
“Jadi, kau betul membencinya?”Lelaki itu mahukan kesahihan.Tiada reaksi untuk kata akhir Mardhiah.Malas menimbulkan kecemburuan yang tidak bertempat.
“Ya, terang lagi bersuluh!Aku tak sangka sebenarnya kau sanggup datang ke sini, semata-mata untuk meminta maaf.Aku rasa kau sudah sedarkan, semuanya.Ok, sekarang kau boleh pulang dengan senang hati.Aku sudah melupakan kau dari ingatan jahilku dulu.Cukup sajalah ini.Jadi, kau berbahagialah tanpa gangguan kesilapan kau dulu.Sudah, pergilah Ifkar.Kau sungguh melukakan hatiku.”
Lelaki  itu sekali lagi mengucapkan kata ampun seraya melutut.”Lupakan semua itu, Mardhiah.Itu cerita lama.”
“Tidak semudah yang kau fikirkan.Sudah, bangunlah.Jangan buat begini..Pergilah jauh dari hidup aku.”
Lelaki itu cekatan menegakkan kaki dan menunduk.”Assalamualaikum, Mardhiah.”
“Hmm… Waalaikumsalam warahmatullah.”Dia menjawab lemah.
Lelaki itu keluar dengan lesu langkahnya.Dia berjalan agak menunduk.Tiba-tiba, dia melanggar seseorang.
“Oh, maaf cik.Saya tak perasan.”Tulus dia meminta maaf.Perempuan itu mengutip alat komunikasinya yang selebar tiga jari saja.Satu fail elektronik yang mampu menunjukkan data dengan pancaran seperti tayangan itu hampir saja terhumban.Perempuan itu lantas memandang ke arah lelaki itu.
“Ifkar, kau buat apa kat sini?”Perempuan itu agak kaget.
Lelaki itu turut terkejut metah.”Oh, Hanna.Apa yang kau buat kat sini, siap bawa e-file ni?”Mereka berdua saling menanyakan soalan yang sama.
Setahu aku, e-file ini sering digunakan orang untuk temuduga atau pembentangan.Apa kerja dia ni?Ifkar bersuara dalam hati.
“Aku mahu temuduga di syarikat ini.Nama syarikat ini melambung tinggi apabila mencapai rekod pemasaran novel tertinggi  di Malaysia.Mungkin aku boleh cuba nasib.”Hanna melempar ibtisam madu seperti kebiasaannya.
Ifkar baru perasan, Hanna memang suka menggoda.Kalau dulu dirasanya biasa saja.Kini, baru dia mengerti apabila di bertemu dengan Mardhiah.
“Pergilah kau temuduga.Harap berjaya.”Ifkar mahu saja memberitahu bahawa  Mardhiah ialah pemilik syarikat itu, tapi, biarlah Hanna mengetahuinya sendiri.Ifkar terus menuju ke keretanya dan meluncur pulang.
“Assalamualaikum, puan.”Hanna memberi salam tatkala masuk ke ruangan itu.Bau lemon menusuk deria hidunya.Sungguh tidak percaya perempuan  berkaca mata itu adalah Mardhiah.
“Ya Allah Mardhiah, ini syarikat kau ke?”Hanna separuh teruja.Mardhiah melukiskan  senyum plastik semata.
“Kau yang mahu temuduga itu Hanna?Tidak perlulah kau sibuk bertemu duga.Aku terima saja kau bekerja di sini sebagai pembantu pengurus pemasaran .Setujulah.Kalau tak nak, ramai lagi yang nak kerja tu, walaupun tak setinggi mana gajinya.Lagipun itu saja kerja  yang ada buat masa ini.”Sebenarnya ada lagi kerja yang bersesuaian dengan Hanna, tapi, Mardhiah tidak mahu menjadikan Hanna salah seorang orang yang dipercayai.Risau juga kalau perempuan itu naik kepala.
Hanna hanya tersengih keriangan dengan rezekinya itu.Sungguh tak disangka Mardhiah masih berhati perut.Tidak ada kaitan salahku untuk dia jadikan alasan  tidak menerimaku bekerja di sini.Hanna bersuara dalam benak.
“Tapi, kau jangan ingat aku boleh percayakan kau lagi.Fitnah yang kau lingkarkan pada aku masih terpahat dalam nubariku.Aku menerimamu ke dalam syarikat ini pun hanya kerana kau pernah menjadi sahabatku.Esok kau sudah boleh bekerja.Oh, ya…harap jangan ada penyelewengan.Kau masih aku harap kau jujur walaupun kau tidak mampu ikhlas menjaga persahabatan.”Mardhiah menegaskan katanya.
Hanna agak terkejut ditebak dalam diam.Huh, Mardhiah dapat membaca hati aku.Bisiknya.
Dia hanya mengangguk patuh, lalu bersalam dengan Mardhiah sambil mengucap terima kasih.Lantas dia berlalu pergi.Sempat juga dia berbisik.”Aku tidak kisah apa saja kutukan yang mahu engkau berikan Cuma aku mahu kau ampunkan kekhilafanku.”
Mardhiah buat-buat tidak cakna, kerana sudah lali dengan permohonan maaf palsu sebegitu rupa.
21 April 2023
“Diyah, abah ada benda nak bincangkan dengan kau ni.Duduk kejap.”Mardhiah mengangguk patuh dan duduk berhadapan ayahnya.
“Abah terus terang sajalah.Abah sebenarnya nak sangat menimang cucu bongsu.Jadi, ayah fikir eloklah kau menerima pinangan ni.”Ayah Mardhiah mengeluarkan sebentuk cincin belah rotan.
“Bila pula ada orang pinang Diyah, Bah?”Mardhiah kaget.
“Pagi tadi, katanya kenalan Diyah dulu.Kenal Ifkar Zafri?Sama menuntut di sekolah menengah denganmu dulu.”Lancar ayahnya berkata.
Mardhiah tersentak.Jantungnya berdetak deras.Mengepam darah dengan laju.Oh, Tuhan, apa dia seorang saja lelaki yang ada dalam dunia ini yang ingin mengkhitbahku?
“Abah dah setuju Diyah.Mak kau pun dah setuju.Cuma tunggu kau saja.Ye lah, memandangkan umur kau sudah menaik, nanti saham jatuh.Ifkar itu pun lulusan Ireland.Jadi pensyarah dekat CMU.Sesuailah dengan kau, bergaji tinggi..Baik abah tengok budak tu.”
Mardhiah menterjemah kata ringkas CMU, Cleopatra Multimedia University.Antara universiti terelit di Malaysia. Ayahnya masih tidak mengetahui status duda lelaki itu.Malah tidak tahu, pelajaran di Irelandnya itu adalah atas paksaan ibu bapanya yang malu dengan perceraian anak mereka.Mardhiah tahu itu daripada sepupu Ifkar yang sekelas dengannya di Iskandariah dulu, Cuma tidak mahu diceritakan.
“Abah, bagi Diyah fikir dulu.Belum dapat fikirlah.”Diyah cepat memutuskan.
Malam itu, dia beristikharah.Memohon petunjuk dari Tuhan Maha Satu.Bangunnya dari maut sughra, tiada apa-apa yang dimimpikan.Tiada siapa.Tiada Ifkar.Tiada.Ya Allah, betulkah dia bukan jodohku?
Esok dan lusa, dia teruskan solat istikharah, solat hajat dan solat taubat.Dia hanya menyerah.Sungguh payah dia membuat keputusan.Ifkar, kalau sungguh kau sudah berubah, aku tidak teragak-agak untuk menerimamu.Kerana aku, masih merindu cinta lama..
Imbas kembali -April 2009
Hubungan Ifkar dan Mardhiah semakin rapat.Sering bertukar-tukar pendapat, belajar bersama dan bantu-membantu.Mereka nampak akrab.Keakraban itu membuatkan kecemburuan Anisa.Pergaduhan berlaku.Ifkar memenangkan Mardhiah.
Mereka memang seperti teman tapi mesra.Tapi, masing-masing menafikan perasaan yang hadir.Sungguh, Mardhiah telah terjatuh hati.Figura Ifkar selalu ada menyelinap dalam ingatannya.Tetapi, cepat-cepat dia memadam imbasan lelaki itu dari terus menari-nari di kotak fikir.
Hari itu, Mardhiah pernah meminta bantuan kepada Ifkar untuk mencari info tentang fahaman ateis.Itu untuk bahan tulisan cerpennya.Ifkar nampak suka.Dia sudah sedia maklum, Mardhiah tidak ada rangkaian internet di rumah.Bagi, Ifkar, apa salahnya membantu rakan sekelas.Dia telah menaip info-info dari internet.
Dalam kertas itu, ada tertulis,” Orang yang pertama kali secara terus terang, di zaman moden, mengakui dirinya sebagai seorang ateis dan membela ateisme, dalam pengertian yang kita fahami sekarang, adalah Jean Meslier. Dengan mendasarkan tulisan dan refleksinya observasi kehidupan sehari-hari, dia menulis Memoir of the Thoughts and Feelings of Jean Meslier, Clear and Evident Demonstrations of the Vanity and Falsity of All the Religions of the World. Judul buku yang muncul di pasaran pada tahun 1729, setelah kematian penulisnya, secara jelas menunjukkan kecenderungan ateistik. Dari sini, bermulalah sejarah ateisme, seperti yang kita kenal sekarang.”Dibawah perenggan itu ada tulisan tangan.
“Awak mahu buat cerpen ya?Masukkanlah nama saya sebagai hero.Tapi, saya nak heroin dia tu garang macam singa.”Ada gambar senyum disebelahnya.
Mardhiah senyum seorang diri.Dia memang terkenal dengan jolokan singa di sekolah.Dia mula merasakan satu perasaan yang tanpa dipaksa-paksa menular diseluruh sanubarinya.

24 April 2023
 Mardhiah melakukan kerja-kerjanya di pejabat seperti biasa.SD5nya yang dilengkapi semua kemudahan  sempurna dan fungsinya sama seperti  telefon bimibt, tapi ia lebih terkehadapan, tiba-tiba berdering.Melantun lagu nasyid kumpulan Al-Firdausi, menandakan ada orang membuat panggilan video.Segera dia menjawab.
“Assalamualaikum.Kenapa telefon ni?”
“Waalaikumussalam Mardhiah.Boleh saya berjumpa dengan awak di  bawah ?Ada perkara mahu dibincangkan.”Terpampang gambar Ifkar di skrin SD5 nya.
Mardhiah melihat tampang Ifkar yang sedang menikmati minuman di kafe.Dia menegur dengan memberi salam.Salam bersambut dan dipersilakan duduk.
“Saya fikir awak  sudah tahu dari abah awak tentang pinangan saya.Apa keputusan awak?”Ifkar tidak sabar bertanya.
“Biarlah saya order minuman dulu.”Mardhiah menempelak Ifkar.Ifkar terkedu.
“Err..Maaf.Silalah.”Pelayan di panggil dan dimintanya cappuchino ais.
Mardhiah mengumpul keberanian untuk berkata-kata.Lama juga jeda bermaharajalela.Lalu, dia mula bersuara dengan intonasi yang agak terketar tapi yakin.
“Sebelum itu, saya  tidak dapat menerima awak sepenuh hati  saya.Maafkan saya.Saya buat solat istikharah dan ternyata awak memang  tiada dalam mimpi mahupun bayangan.Hati saya tidak mengarah ke sesiapa pun.Kosong.”Bunyi yang datang dari skrin meja pelayan ‘ berbunyi table 5, cappuchino’.Tergambar figura cappuchino. Pelayan yang tercegat di situ segera datang bersama segelas cappuchino ais.
“Mungkin belum sampai jodoh saya.”Mardhiah menikmati cappuchino secepat mungkin.Dia mahu segera pulang ke pejabatnya.Tidak sanggup melihat wajah lelaki yang selama ini amat di ingatinya.
“Apa awak membenci saya?”Ifkar bertanya dalam nada kecewa.
“Tidak pernah sekali.Ok, saya  mahu kembali ke pejabat.Minta diri.Assalamualaikum.”Mardhiah membalas.
“Mardhiah, awak….”
“Biar sendiri hingga hujung nyawa.Asal tak sepi dari kasih-Nya.Kerana sesungguhnya hakikat cinta, hanya Dia Yang Esa.”Sempat Mardhiah berbicara.

Hujung bulan April 2023
 Hari ini dia mengambil cuti.Mardhiah hanya berehat di rumah.Dia teringat saat akhir bertemu dengan Ifkar.Usah dikenang kisah lama.Kalau dikenang merajuklah hati.Jiwa Mardhiah memujuk.Sambil dia  menonton tayangan projektor EXT smooth-85 inci itu (menyerupai televisyen), dia terdengar khidmat pesanan suara berbunyi menandakan ada orang berada di luar.’Guest at the gate, guest at the gate.’Dia mengintai di sebalik tirai.Rombongan pinangan.Dilihat di depan rombongan itu seorang lelaki yang amat dikenalinya.
 Irfan, rakan sekelasnya sewaktu  di Universiti Iskandariah dan antara penulis novel terbaik di Jordan dan Mesir.Dia, seorang penyair dan penulis.Sungguh Mardhiah merasakan kebahagiaan mula mendominasi segenap ruang hatinya.Lantas hati mekar berkembang seindah zahrah di musimnya.Oh, Tuhan, hatiku terbuka lagi untuk kali  kedua.Sungguh aku terharu.Alhamdulillah, Ya Rabb!
“Ya aiyuhal-ladzi naamanus tai’nu bissabri wassolah, inna Allaha maa’ assabirin.”
Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat.Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar…(Al-Baqarah ayat 153)

Akhir huruf:11.42 pm.-20 mei 2010

-anyone that knew about my life will understand this story.Sebarang persamaan perangai dan apa pun memang disengajakan.=)
Created by:LION 96-Faizatul Nabilah Binti Mohd Azaman
2 Bukhari, SMAKT (2010)

4 comments: