Assalamualaikum


Saya harapkan doa sejahtera daripada sesiapa yang yang baca blog yang simple-mimple+sengal ini. Insya Allah, saya balas doanya kembali.Matlamat blog ini diwujudkan adalah untuk menjadi medium penceritaan sebahagian perjalanan hidup saya, perkongsian pendapat dan juga menjadi tempat penyimpanan cerpen saya.. Just wanna share.Sharing is caring, caring is loving. :D

Be katang, eh?


December 16, 2009

pembukaan blog

Assalamualaikum w.b.t.

Ahlan Wasahlan….

Kepada sekelumit pengunjung yang

menziarahi blog saya yang tiada isi ni.

Blog ni bukan bertujuan untuk memberi cerita,

menghebah cerita, atau apa-apa sekalipun.

Seperti lazimnya, bloggers membuat post setiap bulan.

Dengan cerita yang hangat-hangat.

Tapi, saya tidak.Selok belok Internet pun belum saya fahami lagi.

Saya hanya membuat entry berkaitan dengan diri saya dan keluarga.

Objektif saya, hanya ingin menjadikan stor karya

sulung saya. Mungkin ramai yang akan melontarkan kritikan,

sama ada secara serius ataupun sindiran.

Tapi, itu bukan untuk cemuhan

sesetengah pihak yang lebih arif tentang pembuatan cerpen ya.

Saya ini jenis budak perempuan yang cengeng

jika dikritik dengan pedas,

Kalau teguran atau cadangan itu,

saya terbuka menerima.

Kelemahan saya amt dikesali.

Hanya untuk simpanan saya sahaja.

Kalau ada kesalahan

dari segi nahu dan jalan cerita yang tak berapa logik,

itu jangan dihairankan sangat.

Sebab saya ini baru 14 tahun.

Kanak-kanak ribena lagi.

Jadi, penyusunan cerita tidak sesempurna

cerpen orang dewasa.

Selamat membaca!

(Kalau tak sudi nak baca pun tak pe.) ^_^

Wassalam..

Faiz Nabil Azaman,

2 Bukhari (2010)

SMA Al-Khairiah, 280000, Temerloh Pahang



December 15, 2009
2028HRS


No comments:

Post a Comment